Menu yang mengenyangkan dari telur dan kentang. Serta penuh rasa krim dari keju.
TELUR KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN:
Ads
4 biji kentang (dadu halus)
1 biji bawang besar (potong kasar)
3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
5 keping cheese
5 biji telur
Sedikit garam & lada
CARA MEMASAK:
Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
Panaskan non stick pan dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale dan mozarella.
Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.
Telur masin homemade. Buat sendiri lagi puas hati. Apatah lagi sekarang harga telur btermasuk twelur masin bukan murah ye. Tambahan pula, terjamin kebersihannya.
Telur masin memang laku lebih-lebih lagi pada bulan puasa yang bakal menjelang tiba. Ia adalah salah satu makanan pembuka selera terutama waktu bersahur. Betul tak?
Senang saja nak membuatnya. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sabariah Bahasar ini ye.
Telur mata antara hidangan yang boleh dikatakan setiap hari kita nikmati terutama pada waktu pagi. Namun kejadian dua kematian akibat keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada makan telur mata baru-baru ini mengundang kerisauan.
Justeru bagi mengelakkan kemudaratan berlaku akibat memakanan hidangan telur ini sebaiknya kita menitikberatkan kebersihan dan keselamatannya supaya tidak membawa mudarat kepada kesihatan.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu kita praktikkan dalam penyediaan telur untuk dimakan.
Menurut laporan Public Health Malaysia telur ayam terutamanya telur separuh masak/ telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.
Untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh dibawah air mengalir untuk memastikan ianya bebas daripada najis sebelum dimasak.
Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah/ separuh masak).
Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!
Bakteria salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.
Telur mata juga hendaklah dimakan dalam tempoh empat jam disediakan.
Kena pastikan telur masak sempurna jika masak dalam kuantiti banyak.
Sedapnya Sambal Telur Ikan Bilis & Bebola Ikanni. Dengar nama sambal macam senang sahaja sediakan tetapi untuk mendapat rasa sambal yang betul-betul sedap bukan mudah. Sambal harus dimasak dengan lama supaya cilinya betul-betul masak dan mengelakkan dari sakit perut.
Saudari Nurul Ateekahyang merupakan peniaga nasi lemak berlauk bermurah hati berkongsi cara untuk memasak sambal dengan betul dan mempunyai rasa yang sedap. Malah sambal ini juga boleh digunakan untuk bermacam jenis masakkan bersambal yang lain.
RESIPI SAMBAL IKAN BILIS BEBOLA IKAN
BAHAN-BAHAN: 10 biji telur – direbus & dibuang kulit 12 biji bebola ikan 4 sudu makan ikan bilis – beli online disini 50gm gula melaka – beli online disini 2 sudu makan gula pasir (ikut kemanisan yang disukai ) 1 sudu makan serbuk belacan @ ½ sudu kecil belacan biasa – beli online disini Garam & serbuk perasa jika perlu 1-2 sudu makan perahan air asam jawa Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR: 5 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1 genggam cili kering – buang biji, rebus, dibasuh & ditoskan barulah dikisar bersama bawang
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur rebus selama 1-2 minit. Angkat. Tujuan telur digoreng adalah untuk sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal telur pun susah nak basi.
2. Kemudian, goreng juga bebola ikan dan ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak sama yang banyak, tumis bahan kisar. Masak hingga warna kemerahan.
4. Apabila sambal sudah masak dan sedikit garing, masukkan perahan air asam jawa, serbuk belacan@belacan, gula melaka dan gula pasir.
5. Gaulkan sebati dan biarkan gula melaka cair. Pada masa ini sambal akan berubah jadi warna merah lebih gelap. Jika lebih suka sambal manis, lebihkan sedikit gula pasir. Ikut kemanisan sambal yang anda suka.
6. Apabila sambal sudah warna gelap dan cantik berkilau, masukkan telur, bebola ikan dan ikan bilis yang digoreng tadi. Gaulkan rata dan sambal siap untuk dihidangkan.
PETUA MASAK SAMBAL YANG SEDAP
1.GUNA MINYAK YANG BANYAK Minyak untuk memasak sambal harus banyak barulah sambal akan masak dengan sekata dan tidak hangus. Jangan risau, lebihan minyak sambal nanti boleh disimpan untuk goreng mi, nasi goreng atau goreng telur.
2. MASAK GUNA API SEDERHANA Untuk memasak sambal dengan sempurna, hendaklah mengunakan api yang sederhana.
3. MASAK SAMBAL LEBIH LAMA Masa untuk memasak sambal paling kurang 1 jam. Ia untuk dapatkan rasa tumisan sambal yang sedap. Lagi lama masa memasak sambal, lagi sedap rasanya dan sambalnya susah nak basi serta boleh tahan berhari-hari.
INFO: Sambal ini boleh juga untuk memasak sambal udang, sambal sotong, sambal ikan, sambal ikan bilis, sambal nasi lemak atau jenis-jenis sambal untuk mengoreng mee, kuetiau atau bihun.