Telur Dadar Kentang Cheese. Memang Sedap, Mesti Anak-Anak Pun Suka.

Share

Menu yang mengenyangkan dari telur dan kentang. Serta penuh rasa krim dari keju.

TELUR KENTANG CHEESE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji kentang (dadu halus)
  • 1 biji bawang besar (potong kasar)
  • 3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken
    atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
  • 5 keping cheese
  • 5 biji telur
  • Sedikit garam & lada

CARA MEMASAK:

  1. Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
  2. Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
  3. Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
  4. Panaskan non stick pan
    dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale dan mozarella.
  5. Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
  6. Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
  7. Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.

KREDIT GAMBAR & MASAKAN: Aida Ismail 

Published by
Ida Abd Aziz