Telur Dadar Kentang Cheese, Menu Next Level Patut Cuba. Makan Tanpa Nasi Pun Sedap

Share

Telur dadar kentang cheese, menu yang perlu anda cuba. Biasa kita dengar telur dadar biasa ataupun telur dadar mayonis. Nak sedikit kelainan boleh buat telur dadar kentang dengan cheese ini.

Menu yang mengenyangkan dari telur dan kentang selain penuh rasa krim dari keju, pasti buat anda sekeluarga teruja nak cuba. Tak perlu makan dengan nasi, makan begitu sahaja pun sedap.

Nak lebih rasa boleh dicicah bersama sos dan juga sayur-sayuran. Sesuai juga jadi menu untuk anda yang sedang berdiet.

TELUR DADAR KENTANG CHEESE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji kentang (dadu halus)
  • 1 biji bawang besar (potong kasar)
  • 3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
  • 5 keping cheese
  • 5 biji telur
  • Sedikit garam & lada

CARA MEMASAK:

  1. Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
  2. Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
  3. Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
  4. Panaskan non stick pan dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale
    dan mozarella.
  5. Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
  6. Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
  7. Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.

KREDIT GAMBAR & MASAKAN: Aida Ismail 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin