Telur Dadar Letak Kelapa Parut, Lauk Orang Lama Yang Sedap. Lemak Manis Rasanya!

Share

Telur dadar ada macam-macam versi, termasuklah yang dari Thai. Tapi telur dadar kelapa parut ini lain sikit, ia antara menu orang lama yang jarang kita jumpa sekarang.

Tidak mustahil sekiranya ada yang tak pernah makan pun. Rasanya memang sedap lemak manis dari kelapa parut dan juga pedas. Kalau ingin rasa keenakannya cuba buat, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Wan Shaz Hanis

berdasarkan resipi emak mertuanya.

Cara buat telur dadar kelapa parut

Balik rumah emak mertua, pertama kali makan telur goreng kelapa parut. Lepas itu ada bawang merah, ada bawang putih, ikan bilis. Pelik sangat sebab memang tak pernah makan kelapa dicampur telur. Selalu yang saya makan lepat pisang campur kelapa parut, lempeng kelapa. Tapi kali ni menu mak mertua.

Bahan-bahan

Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Cili api (kalau nak pedas)
Telur
Kelapa parut muda
Garam & serbuk perasa
Serbuk kunyit

Cara membuat:
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis tapi jangan lumat untuk beri rasa bawang, ikan, bilis dan lada. Ketepikan

2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul rata.

3. Masukkan kesemua yang telah ditumbuk dan masukkan garam, serbuk perasa dan kunyit sikit.

4. Selepas itu gaul kesemuanya termasuk kelapa parut muda sehingga rata.

5. Panaskan minyak masukkan ke kuali, masak dengan api yang sangat perlahan.

6. Masak sehingga rata sehingga keluar bau harum kelapa. Bila keperangan terbalikkan.

Dah masak kedua belah bahagian, angkat dan hidang.

Sumber: Facebook Wan Shaz Hanis 

 

Published by
Rose