Makan

Telur Hancur Pedas, Lauk Simple Yang Sedap. Kicap Kena Ada!

Share

Ada hari kita teringin nak makan nasi dengan lauk yang simple saja. Bila datang selera begini boleh buat telur hancur pedas ini. Makan dengan nasi panas dan kicap memang ngam.

Resipi Telur Hancur Pedas

Bahan-bahan

3-4 biji telur
8-10 tangkai cili kering -dibelah dua
2 ulas bawang putih
Ikan bilis
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sos tiram (jika suka)

Cara membuat

1.Goreng cili kering yang dibelah dan ikan bilis hingga garing secara berasingan.

2. Kemudian tumbuk cili kering, ikan bilis dan bawang putih guna lesung batu. hingga hancur.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan yang dah ditumbuk tadi.

4. Pecahkan telur dan kacau rata dengan bahan tumisan dan perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan sos tiram.

5. Bila telur sudah berketul-ketul boleh tutup api. Siap untuk dimakan nasi dan kicap. Boleh juga dimakan dengan roti.

Kredit resipi & foto: Adawiyah Abdul Rahman

 

Published by
Rose