Telur Masin Telur Ayam Homemade. Lagi Sedap Dan Lemak Dia Ada Ummpp!

Share

Untuk peminat telur masin, jika kamu ingin berjimat di zaman kegawatan ekonomi ni, apa kata kali ni cuba buat sendiri secara homemade, tapi guna telur ayam pula.. lebih sedap dari beli kat kedai! Yang penting boleh berjimat dan murah!

 

Setelah 2 minggu rendam dengan air garam…
Guna telur ayam je…. zaman2 sekarang ni semua kena jimat…
Telur gred B RM9.20 + garam kasar 1 kg RM0.80
total RM10+ je..dapat 30 biji telur masin!!!

BAHAN-BAHAN:

  • telur ayam 30biji
  • garam kasar 1kg
  • air secukup nya (agak2 tlur tu tenggelam)

CARA-CARA:

  1. Masukan garam kasar dan air dalam periuk..
  2. Masak atas api sehingga garam larut..
  3. Sejukan dulu baru masukan telur..
  4. Rendam di tempat yg gelap selama 14hari.
  5. Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dng air biasa.. boleh di simpan dalam peti sejuk…
  6. Bila terasa nak mkn baru rebus…

Nota: Petua nak bagi telur kuning tu jadi warna oren… masa peram pastikan simpan di tempat yang gelap… lagi gelap lagi bagus…. saya simpan dalam kabinet dapur.!

Kongsi resipi : Are Peace

Published by
Mastura Abu Kassim