Telur mata sweet sour ini memang paling sesuai dimasak waktu sahur. Kebiasaannya waktu ini kebanyakan kita suka hidangan ringkas dan mudah masak.
Jadi menu telur ini memang akan kena pada tekak kita. Tapi yang risaunya lauk ringkas ini cukup sedap dan kemungkinan menambah nasi memang besar. Awas ya.
5 biji telur ayam -dibasuh
10 sudu makan sos cili
2 udu makan sos tiram
1 sudu kecil serbuk perasa
1 tangkai cili merah -hiris nipis
2 ulas bawang putih -dicincang
1 tangkai cili hijau -hiris nipis
1/2 bawang merah -hiris nipis
Sedikit minyak masak
Gula
Garam
1/2 cawan air
1. Basuh telur ayam terlebih dahulu kemudian goreng telur mata
2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan bawang merah dihiris, cili merah,cili hijau dan masak sekejap. Masukkan air biarkan mendidih.
4. Seterusnya masukkan sos cili, sos tiram, serbuk perasa, garam dan gula. Kacau sebati dan rasa kuah, tambah apa yang kurang.
5. Biar kuah sedikit pekat masukkan telur mata tadi. Tutup api, sedia dihidangkan.
Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bitnik hitam.
Sekiranya telur tenggelam tapi dalam keadaan ‘menegak’ atau ”berdiri’ itu bermaksud telur sudah kurang segar. Ia masih boleh dimakan tapi perlu dihabiskan secepatnya.
Jika telur tenggelam di dasar dan dalam keadaan melintang itu bermakna telur segar.
Kredit resipi & foto: Wiwien Chempaka
Baca Lagi: Resipi Telur Bistik Sedap & Mudah Macam Dekat Restoran