Resipi Telur Pecah Sambal Berlado. Lauk Simple Tak Guna Banyak Bahan

Share

Sedapnya menu Telur Pecah Sambal Berlado ni. Lauk biasa-biasa je tapi kalau hiding dengan nasi panas-panas, memang tak cukup sepinggan. Ada yang masak menu ni menggunakan cili kering atau cili giling. Tapi resipi yang dikongsi oleh saudari Zana Mokhtar ni menggunakan cili merah, cili padi dan tomato. Waduh…pasti sedap. Jom cuba!

 

CARA MASAK TELUR PECAH SAMBAL BERLADO PADU

BAHAN-BAHAN:

  • Telur
  • 3 bij cili merah – tumbuk kasar (beli online disini)
  • 7-8 biji cili padi – tumbuk kasar (beli online disini)
  • 1 biji tomato – tumbuk kasar (beli online disini)
  • 1 biji bawang merah – tumbuk kasar (beli online disini)
  • 1-2 ulas bawang putih – tumbuk kasar (beli online disini)
  • Sos tiram secukupnya (beli online disini)
  • Garam secukup rasa (beli online disini)

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan bahan-bahan dan tumbuk kasar.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan yang dah ditumbuk tadi hingga nampak garing dan pecah minyak.


3. Seterusnya masukkan sos tiram dengan secukupnya. Kacau dan biarkan seketika.
4. Tambahkan air sedikit dan garam secukup rasa.
5. Biarkan bahan tumisan sekejap dan kemudian pecahkan telur di dalamnya satu persatu. Biarkan telur masak seketika.


6. Bila nampak telur sudah masak dan sempurna, padamkan api, angkat dan hidangkan segera.

Kredit resipi & foto: Zana Mokhtar

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur