Dah 2022, telur penyu masih lagi di cari oleh orang awam untuk di makan. Penyu dah semakin terancam, mana taknya, tak sempat nak membiak, manusia dah kutip telurnya jadikan sebagai makanan yang saya pun tak berapa faham apa sebenarnya khasiat telur penyu untuk manusia. Korang antara peminat telur penyu ke?

Telur Penyu Masih Lagi Menjadi Permintaan, Namun Harus Dihentikan.

Pelanggan yang membeli telur penyu bukan sahaja berada di Terengganu tetapi dari luar Terengganu juga ramai. Harga jualan untuk sebiji telur penyu boleh mencapai dari RM 4 sehingga RM 10 sebiji. Bayangkan, jual 20 biji sehari je boleh dapat RM 200 hmmm patutlah masih ada yang gigih menjual telur penyu.

Ads

Telur Penyu Masih Lagi Menjadi Permintaan, Namun Harus Dihentikan.

Pada November tahun lepas, kerajaan Terengganu telah meluluskan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk mengelakkan kepupusan penyu.

Pesalah boleh dikenalan hukuman denda RM 50,000 sehingga RM 250,000 atau penjara tidak kurang setahun atau kedua-duanya.

Ads

Baru-baru ni, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 13 kotak mengandungi 11,700 biji telur penyu bernilai RM 109,250. Kesemua telur ini dirancang untuk dijual di negara jiran dianggarkan bernilai RM 80,000.

Masih lagi nak makan telur penyu ke?Makan jelah telur ayam ataupun itik je. Kesian nanti generasi akan datang tak dapat tengok rupa penyu tu macam mana depan mata nanti kalau pupus.

Ads

Telur Penyu Masih Lagi Menjadi Permintaan, Namun Harus Dihentikan.

Sumber: Sinar Harian

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI