Sambal Telur Puyuh Kacang Buncis

Sambal Telur Puyuh Kacang Buncis

Sambal Telur Puyuh Kacang Buncis Semudah ABC, 10 Minit Dah Siap Masak

Di masa sibuk, agak sukar nak fikir menu lengkap yang mudah dan sedap untuk dimasak untuk keluarga. Kalau menu goreng biasa, jemu juga. RASA cadangkan anda cuba hidangan Sambal Telur Puyuh Kacang Buncis ni. Lengkap dengan sayur! Tak perlulah nak masak 2-3 menu. Satu pun dah cukup. Memang padu rasanya.

SAMBAL TELUR PUYUH KACANG BUNCIS

Ads

BAHAN-BAHAN

  • 1 sudu makan minyak masak
  • 3 biji bawang merah | dicincang
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 60g MAGGI Sambal Tumis
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • ¼ cawan air
  • 10-15 biji telur puyuh | rebus dan goreng
  • 1 biji bawang besar | potong bulat
  • 8 batang kacang buncis  potong pendek
  • 1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
  • Sedikit gula

 

Sambal Telur Puyuh Kacang Buncis

Ads

 

CARA MEMASAK

Ads
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan cincang Bersama MAGGI Sambal Tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan air bersama asam jawa. Reneh sebentar.
  3. Kemudian masukkan telur puyuh, bawang besar, kacang buncis, MAGGI CUKUP RASA dan gula secukupnya. Gaul rata supaya semua bahan bergaul mesra. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
- Advertisement -spot_img

Mesti Baca!

- Advertisement -spot_img