Menu telur sambal cili kering ni memang ‘berhantu’, suapan pertama dah fikir kena tambah nasi. Renjis pula kicap manih, perah asam lima, tabur daun bawang sikit memang tak pandang lauk lain.Tak percaya cubalah nanti. Pastikan masak lebih nasi jika buat menu ini.
Telur Sambal Cili Kering
Bahan-bahan:
2 biji telur
Cili kering
5 ulas bawang putih
Segengam ikan bilis
Sos tiram
Gula & garam secukupnya
Daun bawang & bawang goreng
Sedikit asam limau
Cara memasak:
Ads
1.Cili kering dikerat belah dua. Kemudian goreng hingga garing.
2.Tumis ikan bilis dengan bawang putih.Goreng sampai garing.
3.Biar sejuk sekejap baru tumbuk dalam lesung.
4.Jangan tumbuk terlalu lumat.
Ads
5.Letak 1-2 sudu besar sos tiram.
6.Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk dan masukkan gula dan garam.
7.Pecahkan telur. Nak kacau sekaligus pun takpe.
8.Bila putih dah masuk, tarik ke tepi sikit.Hati-hati jangan sampai pecah kuning telur.
9.Asingkan dulu yang putih.Bila kuning tu dah sampai piawaian yang ditetapkan baru angkat letak atas yang putih.
Ads
10.Dah siap.
11.Tabur daun bawang dan bawang goreng. Wajib perah asam limau untuk lebih sedap.
Bila tonton rancangan masakan luar negara, biasanya mayones yang dihasilkan mengandungi sebatian telur mentah dan minyak serta tidak dimasak. Ada sesetengah dari kita tak suka rasa yang macam tu. Macam makan telur mentah pula rasanya. Jadi, anda boleh cuba resipi perkongsian FB Assalamualaikum Hai Saya Reen ni. Mayones ni perlu dimasak terlebih dahulu. Rasanya pun sama macam yang dibeli. Anda pun pasti seronok nak mencubanya.
MAYONES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur saiz sederhana
1 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka makan (bole tukar dengan jus lemon)
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak – nak guna minyak zaitun pon boleh
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan dan kisar hingga menjadi putih.
Panaskan kuali menggunakan api paling kecil dan masukkan bahan kisar tadi.
Masak seketika dan gaul sentiasa hingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan api perlahan supaya mayones tidak hangit.
Padamkan api dan masukkan kembali bahan tadi ke dalam pengisar.
Kisar sekali lagi hingga adunan menjadi benar-benar halus.
Boleh masukkan mayones ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk.
Menerusi perkongsian Puan Nor Azimah Udin, resipi telur itik masin ini diperolehi dari kakak ipar beliau iaitu Puan Wan Teh Salmah. Sejak itu, beliau memang jarang sekali beli telur masin di kedai. Selain puas hati, kebersihan juga terjaga. Malah, rasa telur masin homemade ini juga lebih sedap. Bagi yang nak cuba buat telur masin homemade ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT TELUR ITIK MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur itik
1 cawan garam
4-5 cawan air
CARA MEMBUAT TELUR ITIK MASIN:
1. Telur itik dibasuh bersih dan dikeringkan.
2. Satukan garam dan air. Masak hingga mendidih dan garam larut. Sejukkan.
3. Susun telur didalam bekas yang bersesuaian. Tuang air garam yang telah sejuk ( pastikan benar-benar sejuk). 4. Biarkan pada suhu bilik selama 2-3 minggu. ( empunya resipi simpan botol berisi telur ni di dalam kabinet).
NOTA:
Air garam tidak perlu ditukar sepanjang proses pengasinan tersebut.
Setelah cukup tempoh pengasinan tu, telur boleh ditos airnya dan disimpan dalam peti sejuk. Jika biar dalam air garam terlalu lama, dibimbangi telur akan terlebih masin.
Bosan makan makanan berat boleh gantikan egg muffin untuk kenyangkan perut. Resepi ringkas egg muffin sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak dengan penyediaan yang mudah.
BEEF EGG MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
Telur
Lada benggala
Daging kisar
Serbuk kari
Garam
Keju ( kalau nak letak )
Daun bawang
**Kalau nak lagi sedap, boleh jugak guna tauhu telur. Kisar sekali dengan isi ayam. Boleh juga guna udang dan sotong. Ikut citarasa.
CARA MEMASAK:
1. Tumis daging kisar hingga garing. Kemudian masukkan serbuk kari, garam dan daun bawang. Ketepikan.
2. Sapukan sedikit minyak masak pada loyang muffin. Kemudian masukkan lada benggala.
3. Letakkan daging kisar yang telah dimasak tadi. Kemudian masukkan keju.
4. Tuang telur yang telah dipukul. Tabur daun bawang dengan secukupnya.
5. Bakar pada suhu 180C selama 20-24 minit atau sehingga muffin masak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!