
Tak lama lagi, seluruh umat Islam akan berpuasa. Sekarang ni ramai yang mula memikirkan juadah bersahur. Lauk yang simple tapi membangkitkan selera selalunya jadi pilihan. RASA berikan lauk telur masak sambal tumis yang sememangnya sedap dan menyelerakan.
TELUR SAMBAL TUMIS

BAHAN-BAHAN
• 5 biji telur ayam (direbus)
• Minyak masak
• 1/2 biji bawang besar (dihiris bulat)
• Air asam jawa
• 1 sudu besar kicap lemak manis
• 1 sudu besar sos cili
• Gula
• Garam
BAHAN KISAR
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• Belacan
• 4 sudu besar cili kisar
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam selama 8-10 minit sahaja. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis BAHAN KISAR sehingga agak garing sedikit.
3. Masukkan air asam jawa, kicap lemak manis, sos cili, gula dan garam.
4. Masukkan telur dan bawang hiris tadi. Gaul rata. Tutup api.
5. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Resipi oleh Yatty Collection Star dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi 6 Resipi Sambal Malas Yang Pedas Sedap, Rahsianya Kena Cuba Dulu.

Sambal pemecah selera makan, malah ada juga orang berkata, takda sambal makan tak lengkap. Sebab itulah di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu sambal wajib ada dalam menu makan tengahari ataupun malam. Kalau bukan sambal yang bertumis, sambal yang tidak perlu masak pun dah ok. Kalau nak cuba, ini ada enam koleksi sambal mantah boleh korang cuba.

SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji cili merah
- 10 biji cili hijau
- 15-20 biji lada Thai merah
- 6 biji limau kasturi dibuang bijinya
- ½ keping belacan
- 3 sudu cuka
- 3 sudu makan udang kering
- ½ biji lemon ataupun limau nipis
- 100 ml air
- Garam dan gula
CARA MEMASAK:
- Bakar belacan terlebih dahulu
- Masukkan limau kasturi yang telah dibelah ke dalam kuali, layukan sehingga 5-8 minit untuk membuang rasa pahit limau kasturi.
- Selepas itu masukan cili merah, cili hijau, lada thai, udang kering, dan layukan pada api sederhana besar selama 3-4 minit untuk buang rasa mentah lada dan limau kasturi. jangan guna minyak.
- 4.Kemudian masukkan ke dalam blender semua bahan tadi dan kisar sehingga lumat.
- 5.Masukan air perahan lemon, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan bersama ulam-ulaman.

SAMBAL MANGGA
BAHAN-BAHAN:
- 1biji mangga muda
- 1 sudu makan gula merah
- 5/6 biji cili padi | pedas ikut kesukaan
- 1/2 sudu teh garam
- 1cm belacan bakar
CARA MEMASAK:
- Bersihkan mangga dan cencang atau parut halus atau mengikut kesukaan
- Tumbuk, cili pada bersama gula, garam dan belacan hingga lumat.
- Masukkan ke bekas dan gaul bersama mangga tadi. Pastikan semuanya sekata.
- Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji cili merah
- 10 biji cili hijau
- 15-20 biji lada thai merah
- 6 biji limau kasturi dibuang bijinya
- ½ keping belacan
- 3 sudu cuka
- 3 sudu makan udang kering
- ½ biji lemon ataupun limau nipis
- 100 ml air
- Garam dan gula
CARA MEMASAK:
- bakar belacan terlebih dahulu
- Masukkan limau kasturi yang telah dibelah ke dalam kuali, layukan sehingga 5-8 minit untuk membuang rasa pahit limau kasturi.
- Selepas itu masukan cili merah, cili hijau, lada thai, udang kering, dan layukan pada api sederhana besar selama 3-4 minit untuk buang rasa mentah lada dan limau kasturi. jangan guna minyak.
- Kemudian masukkan ke dalam blender semua bahan tadi dan kisar sehingga lumat.
- Masukan air perahan lemon, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan bersama ulam-ulaman.

SAMBAL CENDALUK
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 botol cencaluk
- 6 – 10 biji bawang kecil
- 10 biji cili api merah | kalau suka pedas boleh tambah
- 5 biji cili api hijau
- 5 biji lima kasturiCARA MEMASAK:
- Hiris halus semua cilipadi dan bawang
- Dalam mangkuk, masukkan cencaluk dan campurkan hirisan cilipadi dan bawang.
- Perahkan air limau kasturi. Kalau kurang masam, boleh tambah limau. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

SAMBAL MERAH CIBIUK
BAHAN-BAHAN :
- 20 biji cili padi merah
- 3 biji cili merah | hiris
- 4 biji bawang merah hiris
- 1 ulas bawang putih | hiris
- 1cm kencur | hiris
- 4 biji tomato | dadu
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk kencur bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
- Masukkan cili padi dan merah, tumbuk lagi.
- Kemudian masukkan tomato, tumbuk lagi seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Sedia dihidangkan.

SAMBAL LASANA
BAHAN-BAHAN:
- 15 cili padi
- 3 biji cili merah
- 4 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 cm kencur
- 1 genggam daun kemangi | hiris halus
- 1 sudu makan jus limau nipis
- garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk kasar kesemua bahan, kecuali daun kemangi.
- Kemudian masukkan daun kemangi, garam dan gula secukup rasa.
- Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Buat Sambal Hijau & Sambal Ayam Penyet,Gerenti Membuka Selera

Makan tanpa sambal rasa tak lengkap hidangan. Jom hari ni kita buat sambal yang membuka selera. Sambal hijau dan sambal ayam penyet ni enak dimakan dengan ikan goreng dan ayam goreng. Gerenti bertambah nanti.
SAMBAL HIJAU

Bahan-bahan:
- Cili api hijau-beli online di sini
- Cili besar hijau
- Tomato hijau
- Bawang merah-beli online di sini
- Bawang putih-beli online di sini

Cara membuat:

1.Rebus bahan-bahan hingga lembut
2.Toskan.
3.Tumbuk kasar
4.Panaskan minyak.
5.Goreng ikan bilis hingga garing.

6.Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk.
7.Masak hingga pecah minyak.
8.Masukkan 1 sudu makan cuka
9.Garam dan gula secukup rasa.
10.Biar mereneh perlahan-lahan.
SAMBAL AYAM PENYET

Bahan-bahan:
- Cili api merah
- Cili besar merah
- Bawang putih
- Bawang merah
- Tomato merah
- Belacan-beli online di sini
- Asam jawa-beli online di sini

Cara membuat:
1.Panaskan minyak.

2.Goreng bahan-bahan ni hingga layu.
3.Kemudian blend halus
4.Panas lagi sikit minyak.
5.Tumis bahan blend tadi hingga pecah minyak/ kering.
6.Masukan garam secukup rasa dan gula.
Kredit : Nasriah Ramli
Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Sambal Tumis Cepat Masak & Petua Jadi Lagi Sedap

Sambal tumis sentiasa menjadi menu popular untuk dihidangkan bersama hidangan juadah lain. Tapi ada kalanya sukar untuk mendapatkan rasa sambal tumis yang sedap.
Menerusi resipi yang dikongsi Suzana Othman ini, berkongsi cara dan petua bagaimana untuk mendapatkan rasa sambal tumis yang sedap.
Resipi sambal tumis ini sesuai untuk sambal nasi lemak, lempeng dan seangkatan dengannya.
SAMBAL TUMIS

BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili kering – beli online di sini
2 biji bawang besar – beli online di sini
6 ulas bawang putih – beli online di sini
1 mangkuk kecil ikan bilis – beli online di sini
Gula nissey/gula Melaka
2 sudu kecil belacan
Minyak masak
Air asam jawa
TONTON Biscoff Brownies
TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:
1. Potong cili kering, rebus dan toskan. Kisar cili kering dengan 1 cawan minyak masak dan setengah cawan air.
2. Kisar bawang besar dan bawang putih, jangan letak banyak air.
3. Kisar bilis guna pengisar kering.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Panaskan minyak dalam kuali. Dengan api sederhana, tumis bebawang yang dah dikisar tadi.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Bila bawang dah naik bau, masukkan bilis. Kacau hingga garing.

6. Setelah itu, masukkan cili kering. Sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.

7. Masukkan gula melaka. Gula ini yang mencantikkan warna sambal kita nanti selain menyedapkan lagi rasa sambal.
8. Masukkan 2 sudu kecil belacan yang telah dibakar, kacau sambal hingga dapat warna merah hati.
9. Part ni paling penting. Bila sambal dah garing, masukkan sedikit air, tumis lagi sampai garing semula. Kiranya macam tumis dua kali, supaya cili betul-betul masak dengan cantik dan sekata.

10. Bila dah dapat warna yang kita inginkan, barulah masukkan asam jawa. Kepantangannya ialah asam jawa tak boleh dimasukkan masa sambal belum masak, nanti proses memasak jadi lambat.

11. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan aji. Kacau rata, kemudian rasa sama ada cukup atau tak pedas manisnya. Kalau rasa sambal tu pedas, boleh tambahkan gula putih atau gula perang. Bila dah seimbang baru tutup api.
12. Enak dihidang bersama lempeng. Nak letak telur rebus atau tabur bilis goreng pun boleh. Sesuai disajikan bersama nasi lemak.

Kredit resipi: Suzana Othman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Lengkap Rasa Masam Manis, Resipi Ikan Talapia Garing Bersos Limau
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

