3 Sajian ‘Simple’ Tapi Sedap Dari Ayu Shuhaimi di Rasa : Instafamous Episod 11.

Share

Tengok dari rupa dan hidangannya pun dah tahu sedap. Rancangan Rasa : Instafamous episod 11 menampilkan Instafamous @ayu.shuhaimi dengan tiga resipi hebatnya Telur Sumbat @ Devil Egg, Tomyam Seafood dan Koktel Buah Ais Krim Vanilla.

Ayu Shuhaimi ni nama sebenarnya Ayuazuraimi Bt Ahmad Shuhaimi, 34 tahun, dia mempunyai latar belakang akademik Seni RekaGrafik dan Digital Media. Pernah bekerja di bidang ini , tetapi wanita kreatif ini kini menjalankan perniagaannya di pejabatnya sendiri iaitu Fotografi Perkahwinan dan jualan tudung jenamanya sendiri Juzy Store.

Akuan instagramnya memang padat dipenuhi dengan video memasak ‘step by step’ yang kini mempunyai pengikut mencecah lebih 50 ribu orang. Sebelah tangan memasak, dan sebelah tangan merakam video . Setiap hari Ayu akan membuat dua posting video iaitu pada jam 8 lebih pagi dan sebelah malamnya balik dari pejabat pada jam 8 malam untuk sajian malam pula.

“Asalnya saya hanya memuat naik cerita-cerita biasa yang berlaku di sekitar saya, baru dua tahun kebelakangan ini saya mula memuat naik video memasak. Saya tertarik dengan video memasak orang lain di IG dan saya rasa teruja nak berkongsi sajian dari saya pula. Lagi pulak masa tu saya tengah ‘test’ iphone yang baru dibeli, jadi saya ‘explore’ dengan mengambil foto makanan dan membuat video memasak sendiri.

Selepas memuat naik video yang ke sepuluh tiba-tiba jumlah followers makin ramai hinggalah meningkat ke lebih 50 ribu orang kini. Video yang paling ramai pengikutnya adalah semasa saya berkongsi sajian Asam Pedas, Chicken Buttermilk dan sajian Barat.”

ceritanya kepada RASA.

Isteri kepada Mohd Zul Helmi Tahuddin, 36 tahun juga beruntung kerana hobinya ini mendapat sokongan dari suami. Ibu kepada seorang cahaya mata Muhammad Arfan, 1 tahun setengah ini juga banyak memuat naik sajian Johor iaitu hidangan yang dipelajari dari ibunya dari Johor.

Sejujurnya Ayu mengakui dia belajar memasak secara serius selepas mendirikan rumahtangga 2010. Lagi pula suaminya memang gemar makan di rumah. “Saya belajar masak tak tengok resipi. Masak ‘trial and error’, kalau biasa memasak lama-lama kita tahu sendirilah. Prinsip saya , saya suka masak yang simple tapi sedap.” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai perasaannya bila bersiaran dan memasak di dalam rancangan Rasa : Instafamous, jawabnya, “ Terkejut dan teruja sebab dapat tengok kerja-kerja rakaman dan produksi di belakang tabir. Kalau biasa memasak depan video sahaja, bila berpeluang masak di kaca tv memang sangat mengujakan,” akhirinya dengan nada ceria.

Ni dia 3 resipi dari Ayu, bolehlah dicuba nanti, ya. Memang sedap dan mudah dibuat, gerenti jadi .

1.TELUR SUMBAT

 

 

 

2. TOMYAM SEAFOOD

3. KOKTEL BUAH AIS KRIM VANILA

Untuk resipi yang lebih menarik di episod akan datang, teruskan menonton rancangan Rasa : Instafamous setiap Isnin jam 12 tengahari , hanya di Astro Prima 105 dan Maya HD 135.

 

Published by
Faridah Talib