
Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
TEMPE GORENG REMPAH

.
BAHAN-BAHAN:
- Ketumbar
- Jitan manis
- Bawang putih
- Serbuk kunyit
- Garam
- Tepung gandum
- Air

.
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.

.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.

.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.

.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan

.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.

.
INFO:
- Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
- Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Chinta Eyja
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Gulai Batang Pisang & Laici Kang, Menu Versi Fikry Ibrahim Untuk Rasa Nostalgia Ramadan.

Pejam celik Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua dah pun nak sampai ke penghujung. Dah episod kedua terakhir pun, episod 21. Best kan episod hari ni dengan Fikry Ibrahim pelawak, pelakon dan model. Hehe tinggi orangnya, model lah katakan tampan menawan jugak

Serasi sungguh sembang gurau antara Fikri dengan yang membahasakan Datuk Chef Wan sebagai Abang Wan. Wah, sama-sama pandai melawak.

Sajian yang dikongsi boleh meleleh air liur menengoknya. Nah ini dia menu yang dikongsi gulai batang pisang dan laici kang ni memang sajian kegemaran Fikry masa berbuka. Jom tengok resipinya.
GULAI BATANG PISANG

BAHAN-BAHAN :
- Daging
- Santan
- Tulang
- Daun kari
- 4 Sekawan
- Asam jawa
- Serbuk kari
- Batang pisang
Bahan kisar:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
Bahan penumis:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- 4 sekawan
- Daun kari
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahagian dalam batang pisang yang lembut. Potong serong batang pisang dan bersihkan tali-tali getah yang ada
2. Lumur batang pisang yang telah dibersihkan dengan kunyit
3. Sediakan bahan-bahan tumis. Tumis bahan-bahan tumis (bawang, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang) sehingga keperangan
4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan ia masak/mendidih sehingga pecah minyak
5. Seterusnya masukkan daging. Kalau ada tulang dan perut masuk kan tulang serta perut terlebih dahulu. Masak sehingga daging empuk / lembut.
6. Apabila daging empuk, baru masukkan batang pisang.
7. Akhir sekali baru lah masukkan santan setelah daging dan batang pisang dah sekata bahan nya. Biarkan ia mendidih dan masak
LAICI KANG

BAHAN-BAHAN :
- Gula batu putih
- Gula perang
- Biji selasih
- Longan
- Laici
- Buah kundur
- Kurma merah
- Ais
- Daun pandan
- Air
CARA MEMASAK :
1. Panaskan air dan masukkan sekali daun pandan
2. Setelah ianya menggelegak, masukkan gula batu putih, gula perang, longan, buah kundur dan kurma merah. Biarkan seketika
3. Kemudian, sendukkan dan masukkan ke dalam mangkuk. Isikan dengan biji selasih, laici serta ais
Jangan lupa teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan episod terakhir,istimewa Raya bersama artis jemputan Awal Ashaari, Sabtu , 23hb Mei,ni jam 6 petang di Astro Prima saluran 125 dan Prima HD 105 . Rancangan ini diperhebatkan oleh Coway.

ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Resipi Ikan Rebus Thai Yang Mudah, Sedap & Membuka Selera

Pernah cuba rasa Ikan Rebus Thai? Menurut empunya resipi saudari Dior Sarah, ia merupakan resipi keluarganya dan merupakan hidangan wajib bila berkumpul. Ia sangat sedap digoreng dan makan bersama nasi panas. Kuah ikan rebus ni juga boleh dinikmati dan sangat enak dihidangkan bersama cili padi, sambal belacan, budu dan ulam-ulaman. Nak cuba? Jom lihat resipinya.
CARA MASAK IKAN REBUS THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ikan selayang @ sardin – basuh bersih
- Air secukupnya
- 2 keping kecil manisan @ gula melaka
- 7 keping asam gelugur
- 1/2 sudu teh serbuk perasa – jika suka
- 2 sudu makan garam halus
- 2 sudu makan pes asam jawa – campur dengan air
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan susun dalam periuk. Masukkan air. Jika nak ikan rebus berkuah, lebihkan air dari ikan. Jika taknak, masukkan air hampir-hampir tenggelam ikan sahaja.
2. Masukkan gula melaka @manisan, asam gelugur, perasa, garam dan air asam jawa.
3. Didihkan ikan menggunakan api sederhana. Biar hingga semua bahan larut dan meresap pada ikan. Tidak perlu kacau untuk elak ikan hancur.
4. Bila ikan masak sepenuhnya dan air sedikit kering, padamkan api. Pastikan air tidak terlalu kering bagi mengekalkan kelembapan ikan apabila digoreng.
5. Untuk menikmatinya, boleh goreng ikan rebus thai guna minyak panas. Angkat dan nikmati segera.
Kredit resipi & foto: Dior Sarah
Kek Batik Paling Mudah Buat Dan Disukai Ramai

Kek batik sentiasa digemari orang ramai kerana ia sangat mudah dan lazat! Penggemar kek batik harus mencuba resipi-resipi kek batik lain dari yang lain ni..
RESIPI KEK BATIK CHEESE

BAHAN-BAHAN (KEK BATIK)
- Sebungkus biskut marrie (patah-patahkan)
- 250g mentega
- 200g Milo
- 3 sudu besar serbuk koko
- 1/2 cawan susu pekat (boleh tambah sukatan jika mahu manis)
- 1/4 cawan susu cair
- 2 biji telur
BAHAN-BAHAN (TOPPING CHEESE)
- 250g cream cheese
- 1/4 cawan susu pekat
- 1/4 cawan susu cair
- Sedikit perahan lemon
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan periuk/kuali. Masukkan mentega dan cairkan.
- Setelah mentega cair, masukkan serbuk koko, milo, 1/2 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan telur. Gaul sebati. Kecilkan api ketika menggaul supaya tidak-tidak berketul.
- Bila dah mendidih, tutup api. Masukkan kepingan biskut marrie dan gaul rata.
- Sediakan loyang, ratakan sedikit butter pada permukaan loyang. Masukkan adunan tadi kedalam loyang.
- Padatkan-padatkan adunan di dalam loyang. Biarkan ia sejuk sementara kita sediakan topping cheese pula.
- Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese bersama 1/4 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan sedikit perahan lemon. Pukul sehingga kembang.
- Kemudian, tuang dan ratakan atas kek batik tadi.
- Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam.
- Potong-potong dan sedia untuk dihidang
Kredit resipi & foto: Zila Mahadi
KEK BATIK KEKACANG

BAHAN-BAHAN
- 1 Bungkus biskut marie (sebarang jenama) -dipatah 4
- 1/4 tin susu pekat
- 1 cawan gula perang
- 185 gm butter
- 1 1/4 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan milo
- 1 1/2 cawan air panas
- 120 gm almond nibs – panggang dahulu
CARA PENYEDIAAN
- Bancuh serbuk koko, milo dan air panas hingga sebati.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk/kuali kecuali kacang almond dan biskut.
- Masak hingga pekat dengan api sederhana -lebih kurang 10 minit.
- Setelah pekat masukkan kacang dan biskut.
- Kacau sebati dan masukkan ke dalam loyang 8 inci yang telah di alas plastik. Tekan hingga mampat. Tabur kacang nibs secukupnya.
- Masukkan kek batik ke dalam peti sejuk beberapa jam.
Kredit resipi & foto: Semanis Gula
KEK BATIK CHEESE NESTUM

BAHAN-BAHAN
- Biskut marie 1 bungkus
- Susu cair 1 tin
- Telur 1 biji
- Mentega 3 sudu besar
- Esen vanila 1 sudu
- Susu pekat setengah cawan (jika suka manis lebihkan, jika tak suka manis kurangkan susu pekat. Ikut cita rasa sendiri)
- Serbuk coklat 5 sudu besar & 3 sudu besar serbuk milo
- Nestum untuk tabur atas kek
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan mentega dalam periuk. Masukkan susu cair, telur, esen vanila dan susu pekat, serbuk coklat & milo. Seeloknya bancuh dulu serbuk koko & milo dengan sedikit air.
- Kacau-kacau dalam 2 minit atau tunggu panas sedikit, masukkan biskut marrie. Gaul bagi rata. Kalau suka biskut tu lembik-lembik, biarkan lama sedikit.
- Sediakan aluminium foil atau kertas putih yang buat kek dalam bekas atau loyang. Masukkan kek dalam bekas. Tekan-tekan kek batik supaya jadi rata pakai plastik atau sarung tangan.
- Letakkan cream cheese atas kek dan taburkan nestum. Lagi banyak nestum lagi sedap.
- Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 5 jam kemudian baru potong. Makan sejuk-sejuk sedap!
BAHAN-BAHAN (CREAM CHEESE)
- Cream cheese tartura 250 gram
- Susu cair 3 sudu besar
- Susu pekat 4 sudu besar
CARA PENYEDIAAN
- Kisarkan semua bahan-bahan.
Kredit resipi & foto: Kasih Salina
KEK BATIK NUTELLA

BAHAN-BAHAN
- 1 paket biskut marie
- 1 cawan butter-BELI ONLINE DI SINI
- 1/2 cawan milo-BELI ONLINE DI SINI
- 1/2 cawan nutella-BELI ONLINE DI SINI
- 1/2 cawan nestum-BELI ONLINE DI SINI
- 2 biji telur
- Esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
- Satukan butter, milo & nutella dalam kuali masak atas api yang kecil. Kacau sebati.
- Masukkan telur yang dah dikocak sedikit dengan esen vanilla.
- Bila adunan dah betul-betul sebati tutup api dan cepat-cepat masukkan nestum dan kacau.
- Campurkan biskut marie yang dah dipatahkan 4 dan gaul sebati.
- Letak dalam acuan yang dah dilapik aluminium foil, padatkan adunan dan tutup dengan foil.
- Sejukkan dalam peti sejuk..Potong & siap!
INFO: Jika suka manis boleh tambah susu pekat.
Kredit resipi & foto: Min Hani
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

