
Ringkas, enak, mudah dan cepat disediakan. Sesuai untuk dijadikan sajian pelengkap makan tengahari dan malam.
RESIPI TEMPE GORENG BERSAMA DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong dadu
- 1 keping tauhu | potong dadu
- 2 pokok daun bawang | potong 3cm
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan udang kering
- 2 ulas bawang putih | titik
- 1 sudu makan pes cili kering
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.
- Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
- Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kacau seketika dan tutup api.
- Sedia dihidangkan.
CUBA JUGA RESIPI TEMPE INI:
Sayur Goreng Jawa Style Penuh Dengan Tempe, Tahu & Kacang Panjang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sambal Garing Travel. Mudah Buat, Tahan Lama & Sedap!

Jom belajar cara-cara buat sambal garing. Sambal ni memang tahan lama dan buat pun mudah. Hanya guna bahan-bahan yang ada di dapur je. Jika tak ada selera, makan nasi dengan sambal ni pastinya memukau deria anda. Kalau nak bawa sambil travel ke luar negara atau buat bekalan anak di asrama pun boleh sebab memang tak akan basi. Garing pulak tu. Sedap weh. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Faridah Shahidah.
SAMBAL GARING
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis halus – jangan guna bilis yang lebar dan tebal. Nanti tak berapa rangup
- Tempe atau kacang tanah – jika suka. Nak abaikan pun boleh.
- Cili kering – kalau suka pedas, beli cili kering india. Kalau suka ratah sambal, beli yang kurang pedas.
- Kiub pati ikan bilis @ cukup rasa
- Gula
(Goreng ikan bilis, tempe, kacang dan cili kering sampai garing. Setiap bahan kena goreng asing. Toskan minyak guna tisu dapur.)
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar cili kering yang digoreng tadi. Pastikan cili digoreng garing jika tidak ia susah nak jadi flakes sebab liat. Biji boleh dibuang. Kalau nak kisar sekali pun boleh. Guna pengisar kering.
2. Ambil kuali gorengan tadi dan masukkan kiub pati bilis. Tak perlu letak minyak. Cukup sekadar saki baki lebihan minyak gorengan awal tadi. Masak guna api kecil.
3. Biar sampai kiub pati bilis berbuih manja macam ni.
4. Masukkan cili flakes.
5. Kemudian tambahkan semua bahan-bahan lain. Untuk sambal yang dibuat ni, empunya resipi guna 1 sudu gula. Anda boleh adjust ikut citarasa masing-masing.
6. Setelah semua bahan digaul rata dan sebati, padamkan api dan biarkan sejuk. Kemudian bolehlah disimpan dalam balang.
7. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Faridah Shahidah
Resipi Roti Kopi Boy Paling Senang. Lembut & Gebu

Bau semerbak roti boy memang buat anda tak tahan nak menikmatinya. Biasa membelinya jika ke mall sebaik selesai shopping. Jika masih tidak mahu ke mall, rasanya eloklah kita membuatnya di rumah. Lebih selamat dan puas makan.
Roti Kopi Boy
Bahan-bahan:
260gm tepung roti
170gm (1 biji telur + susu segar)
1 sudu kecil yis (5gm)
30gm butter
40gm gula halus
Secubit garam
Toping
40gm gula perang
50gm butter
1 biji telur
1 sudu besar nescafe – larutkan dengan 2 sudu besar air panas
60gm tepung gandum
10gm tepung jagung
Toping:
1.Pukul telur + butter hingga sebati.
2.Masukkan telur dan air nescafe.
3.Kacau lagi dan masukkan tepung.
4.Masukkan dalam piping bag.
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan roti kecuali butter dalam bm/mixer
2.Bila dah sebati masukkan butter.
3.Uli sampai elastik (yang ni penting supaya roti gebu)
4.Rehatkan doh dalam 1 jam hingga doh kembang.
5.Selepas direhatkan, timbang doh dalam 50gm dan masukkan inti (butter+gula perang).
6.Tutup balik doh dan roundingkan bulat.
7.Masukkan dalam paper cup atau susun dalam baking tray yang dilapik dengan parchment baking paper.
8.Rehatkan doh sehingga naik 3x ganda.
9.Bila doh dah kembang baru pipekan toping roti boy tadi.
10.Panaskan oven suhu 170 dan bakar selama 25 minit atau sehingga roti masak
Selamat mencuba.
Kredit: Hidayati Hana
INGIN MEMBELI BREADMAKER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Resipi Biskut Limau Pokkan Mandarin. Comel Macam Limau Betul
Cara Mudah Buat Kerepek Ngaku Sedap & Rangup Sempena Tahun Baru Cina
Cara Mudah Buat Churros & Sos Coklat Yang Sedap Dan ‘Perfect’
Koleksi Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Untuk Makan Tengahari

Isi Kandungan
ToggleDah masak lauk untuk makan tengahari? Bila masuk waktu begini, pasti ada yang pening fikir nak masak menu apa. Andai dibeli, rasanya kadang kala tak menepati selera. Jom cuba resipi orang bujang yang dikongsi Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz ini. Yang berkeluarga pun boleh ‘try’ kerana sngat mudah untuk dimasak. Rasanya pasti sedap! Jom lihat menu-menunya.
4 RESIPI LAUK PAUK TENGAHARI YANG MUDAH MASAK & SEDAP
KUPANG BERLADO
BAHAN-BAHAN:
Kupang
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili merah
Daun sup | dipotong-potong
Garam
CARA MEMASAK:
1. Cuci kupang dan toskan. Tumis bahan kisar hingga harum. Masak hingga terbit minyak.
2. Masukkan kupang. Kacau sekali sekala hingga masak.
3. Tambah garam secukup rasa. Tabur hirisan daun sup. Siap.
KARI IKAN TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN:
Ikan (apa-apa jenis pun boleh)
3 sudu besar rempah kari
3 biji bawang merah | dihiris – beli online di sini
2 ulas bawang putih | dihiris – beli online di sini
Halba campur
Air asam jawa
1 biji tomato | belah 4
4 biji bendi
2 biji lada hijau/merah – beli online di sini
Daun bawang
Garam
2 tangkai daun kari
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. Masukkan halba campur dan daun kari sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dah ditambah air. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dgn garam secukup rasa. Siap.
4. Sebelum dihidang, taburkan daun bawang serta hirisan lada merah/hijau.
IKAN BAKAR SAMBAL
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
½ cm belacan
1 biji tomato
BAHAN-BAHAN:
Ikan (apa-apa ikan pun boleh)
Cili kisar
Daun pisang
3 biji atau lebih limau kasturi
Garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sampai naik minyak. Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.
2. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian letak ikan. Tutup ikan dengan sambal sekali lagi dan balut ikan tu dengan daun pisang elok-elok.
3. Bakar ikan hingga masak. Perahkan limau sebelum dihidangkan.
RENDANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong
Santan
2 sudu besar kerisik
Daun limau purut
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan santan, kerisik, daun limau purut. Kacau sampai naik minyak.
3. Masukkan sotong. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
4. Masakkan sekejap. Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat. Siap.
Kredit resipi: Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan
Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official