
Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
TEMPE GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN:
- Ketumbar
- Jitan manis
- Bawang putih
- Serbuk kunyit
- Garam
- Tepung gandum
- Air
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
INFO:
- Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
- Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Chinta Eyja
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Sayur Goreng Jawa Style Penuh Dengan Tempe, Tahu & Kacang Panjang
Kurang Gemar Makan Tempe? Mungkin Selera Anda Akan Berubah Selepas Cuba Tempe Nugget Masam Manis Ni
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Puji Jemput-Jemput Nasi Jejari Ketam Ibu Sangat Sedap, Mudah Je Resipinya

Isi Kandungan
ToggleTercari-cari menu sedap dan mudah untuk dijadikan sajian minum petang? Boleh cuba Jemput Jemput Nasi Jejari Ketam perkongsian saudari Aisyah Humaira. Sangat mudah ringkas sahaja caranya. Malah mengenyangkan.
Menurut beliau menu ini adalah kegemaran anak beliau. Wow..Kalau anak-anak suka, memang sedaplah maksudnya tu kan? Jom cuba resipi ni. Anda dan keluarga pasti sukakannya.
RESIPI JEMPUT-JEMPUT NASI JEJARI KETAM SEDAP. IKUT RESIPI NI PASTI JADI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi
2 cawan air atau secukupnya
2 1/2 cawan kecil tepung gandum – beli online disini
15 batang crabsticks / jejari ketam – dipotong kecil
Daun kucai secukupnya – dihiris halus
Sedikit garam
Serbuk cukup rasa
Minyak masak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
1.Kisar nasi bersama air hingga lumat dan sebati.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas. Masukkan juga bahan kisar dan semua bahan-bahan lain satu persatu.
3.Kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
4.Panaskan minyak dan goreng adunan cucur tdi hingga masak dan keperangan.
5.Jemput Jemput Nasi Jejari Ketam siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
5 Menu Mudah Kudapan Untuk Minum Petang

Mencari kudapan atau menu menarik untuk minum petang bersama keluarga? Boleh cuba lima resipi menarik dan mudah saja untuk buat.
Pastinya anak-anak suka dengan hidangan hasil daripada resipi Aleen Julia ALeen Aireish ini.
RESIPI JEJARI KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN:
500gm kentang
1 cawan tepung jagung – beli online di sini
1 sudu makan susu tepung
5 keping cheddar cheese | dipotong-potong kecil
Garam halus
Daun bawang & sup | dihiris halus
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Buang kulit kentang. Kemudian, kukus hingga masak. Lenyek hingga halus, biarkan suam-suam dulu.
2. Kemudian masukkan semua bahan lain, gaul sebati jadi seperti doh.
3. Ikut suka nak buat bentuk apa, jejari ke bulat ke, terpulang. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
*Sedap dimakan bersama dengan cili, mayonis ataupun cili kicap.
RESIPI BABY HORNS
BAHAN-BAHAN:
Roti loaf secukupnya
Bancuhan tepung (untuk gam)
Telur | dipukul
Bread crumb warna oren
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Buang tepi roti yang coklat tu. Gelek dengan rolling pin hingga roti menipis supaya tak serap minyak semasa menggoreng nanti.
2. Potong/gunting roti bentuk segi tiga, gulung bentuk kon sapu gam di akhir gulungan, pastikan elok melekat.
3. Celup dalam telur, golek merata dengan bread crumb. Panaskan minyak, goreng hingga cantik kekuningan. Angkat, toskan minyak.
UNTUK INTI YANG SANGAT JUICY:
1 tin prego carbonara
1 sudu buttercup/margerine
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 mangkuk kecil isi ayam
3 keping cheddar cheese
CARANYA:
1. Dalam kuali, panaskan butter/margerine hingga cair, tumis bawang hingga layu, masukkan isi ayam, masak sebentar.
2. Masukkan 1 tin prego carbonara, cheddar cheese. Masak sebentar, inti dah mesra, tutup api.
*saya memang tak letak apa-apa perasa sebab prego tu dah ada rasa, dah sedap. Kalau nak rasa pedas-pedas, anda tumbuk la lada hitam, campur dalam inti. Siap.
HIASAN:
Salad
Hirisan tomato
CARA SETERUSNYA:
Ambil 1 kon, sumbat/isikan inti sampai atas. Letak salad dan tomato. Sedia dihidangkan.
RESIPI JEMPUT-JEMPUT CAULIFLOWER
BAHAN-BAHAN:
Suku cauliflower | diracik
2 cawan tepung gandum
1 mangkuk kecil ikan bilis
4 biji cili api
1 biji bawang | dimayang halus
Sedikit daun bawang & daun sup
1 cawan air panas
1/2 cawan air biasa
Garam halus secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng
CARA-CARANYA:
1. Bersihkan cauliflower, racik halus. Tumbuk lumat ikan bilis bersama dengan cili api.
2. Daun bawang dan daun sup diracik halus.
3. Tepung gandum diayak, masukkan cauliflower, bawang, ikan bilis ditumbuk, hirisan daun bawang dan sup, masukkan air panas cara berselang seli dengan air sejuk sambil diaduk mesra. Air tu ada baki tak guna habis.
4. Panaskan minyak yang secukupnya, pastikan tangan bersih, celup dalam air untuk basahkan tangan supaya adunan tak melekat, boleh jemput-jemput bancuhan guna tangan untuk dapat cucur yang bulat.
5. Goreng hingga warna kekuningan keemasan. Angkat toskan minyak. Sedia dihidang.
RESIPI RUJAK CIRENG
*panggilan asal dari seberang “Rujak Cireng”
BAHAN A:
200ml air
2 sudu makan tepung ubi
4 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
1 sudu kecil serbuk maggi cukup rasa
BAHAN B:
2 cawan tepung ubi
1 mangkuk kecil daun sup dan bawang | dicampur [optional]
CARA-CARA:
1. Dalam bekas yang selesa, satukan bahan B, ketepikan.
2. Campurkan semua bahan A bancuh sekata dahulu, masak atas api hingga adunan putih seperti gam.
3. Awas panas, kemudian masukkan secara bertahap ke dalam bahan B tadi, guna senduk gaul merata, jangan diramas, diaduk sahaja pastikan adunan itu tidak tercampur semua dengan tepung ubi, sekadar seperti menyalut ayam dengan tepung goreng ayam. Buat hingga adunan yang dimasak itu habis.
4. Setelah itu, cubit adunan bentukkan dengan cara menekan guna jari, dapat bentuk bulat leper, buat hingga habis
5. Simpan 30 minit dalam peti ais, untuk dapatkan hasil lebih rangup setelah digoreng nanti
6. Panaskan minyak, goreng hingga masak, apabila masak keropok ini timbul dan ringan, angkat dan tos minyak
BAHAN SAMBAL COLEK:
2 biji cabai merah **
3 biji cili api **
1/2 ketul gula melaka **
1 sudu kecil garam **
1 sudu makan gula **
1 biji limau kasturi | perah ambil jus **
1 mangkuk kecil air **
3 sudu makan bancuhan tepung jagung
CARA-CARA:
1. Semua bahan ( ** ) bertanda disatukan dalam pengisar, kisar hancur.
2. Masak sebentar atas api, campurkan sedikit bancuhan tepung ubi. Siap.
RESIPI KAYA BALL & NUTELLA BALL
KAYA BALL PANDAN
3 biji telur size A
250gm self raising flour
125gm buttercup salted
75gm gula kastor
200ml susu cair
2 sudu makan jus pandan
sedikit pewarna hijau
Filling: seri kaya ready made
CARA-CARA:
1. Putar buttercup dengan gula hingga gula larut sebati berkrim, speed perlahan.
2. Masukkan telur satu per satu, sambil tu terus putar adunan tu hingga telur habis.
3. Titiskan pewarna hijau dan masukkan jus pandan, putar lagi bagi rata.
4. Masukkan tepung cara berselang-seli dengan susu cair, mulakan dengan tepung, habis pun dengan tepung, kaup balik dengan spatula sahaja hingga sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag, senang nak pipekan ke dalam acuan.
6. Masukkan filling kaya ke dalam piping juga. Pleskan/sapu acuan dengan sedikit minyak, panaskan acuan dahulu. Jika guna ketuhar, panaskan acuan dalam ketuhar dahulu sebentar suhu 160C.
*saya guna pan takoyaki je.
7. Pipekan adunan, pipekan juga filling, lepas tu pipe semula adunan untuk tutup filling tadi.
8. Biarkan ball masak cantik, jika guna ketuhar, bakar lebih kurang 20 minit.
9. Jika guna pan takoyaki, tak perlu tunggu lama. Boleh terbalikkan bahagian yang atas tu ke bawah pula sebab pan takoyaki elektrik ni kepanasan dia kuat tak ada kontrol suhu, jadi sekejap je masak.
KAYA BALL NUTELLA:
3 biji telur size A
250gm self raising flour
125gm buttercup salted
75gm gula kastor
200ml susu cair
esen vanila
Filling : Nutella
Cara bancuh & cara semua sama seperti resipi di atas.
*NOTA:
Nak guna tepung gandum pun boleh, sukatan:
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Kredit resipi: Aleen Julia ALeen Aireish
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Kuih Peneram Rangup, Wanita Ini Kongsi Tip & Petua Cara Buat
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Mudah Hasilkan Fucuk Soya Secara Homemade.

Fucuk soya ni memang banyak guna dan sedap dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Letak dalam lontong boleh, sayur goreng jawa, sup sayur dan macam-macam lagi. Rupanya senang sangat nak hasilkan fucuk ni. Menerusi FB Lemang Biru, beliau berkongsi cara-cara membuat fucuk secara homemade hanya guna air soya. Mudah sangat. Malah kebersihan lebih terjamin dan lebih yakin untuk digunakan. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT FUCUK SOYA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Air soya segar – air soya kosong tanpa gula. Untuk lebih mudah, boleh beli air soya (tanpa gula)di pasar malam.
- Chopstick secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air soya ke dalam periuk. Panaskan guna api kecil sahaja. Jika guna api besar, air soya akan hangus.
2. Biarkan air soya di dalam periuk tadi memanas. Jangan kacau atau gaul. Biarkan sahaja.
3. Lama kelamaan, pada bahagian atas soya akan terbentuk lapisan berkedut-kedut. Biarkan sehingga lapisan tersebut bertukar dari putih ke warna kekuningan.
4. Dengan menggunakan pisau, potong bahagian tepi supaya senang lapisan fucuk diangkat nanti. ( boleh rujuk video di bawah).
5. Ambil chopstick dan angkat fucuk tadi. Ulang proses yang sama sampai air soya habis.
6. Keringkan air pada fucuk dan boleh dijemur hingga betul-betul kering.
7. Boleh disimpan dan sedia untuk digunakan dalam masakan.
Kredit resipi, video & foto: Lemang Biru / Zaujah Abu Syuhadah (Mama Amal)
Tonton video buat Fucuk homemade:
https://www.facebook.com/lemang.biru/videos/pcb.601881236915880/601880550249282/?type=3&theater