Pernah tak anda terjumpa tempe yang sudah bertukar warna coklat ketika mengemas peti sejuk?
Mesti anda menyangka tempe tersebut sudah rosak, namun sebenarnya ia masih lagi selamat untuk dimakan.
Menerusi perkongsian daripada Izzat Ibrahim, sebenarnya, walaupun tempe dah rosak kecoklatan, masih boleh dibuat makan. Umminya belajar dengan orang Indonesia.
Tempe kecoklatan itu tidak perlu dibuang. Sedang dalam tempoh kawalan pergerakan ni, kita makan apa yang ada. Kita sama-sama berusaha untuk #StayAtHome #DudukDalamRumah
Masa sedang masak ni Ummi sebut, “Kesian orang dulu-dulu, mereka susah. Walaupun dah rosak, mereka cuba tak buang. Selagi boleh dibuat makan, mereka akan makan apa yang ada.”
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ayam goreng style mamak yang sangat sedap. Ayamnya kelihatan berwarna agak kemerah-merahan. Sudah semestinya, cita rasanya juga amat menyelerakan.
Jom kita lihat resipinya.
AYAM GORENG MAMAK
BAHAN KISAR
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
2 inci halia
BAHAN LAIN
1 ekor ayam (belah 8 atau ikut suka)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 tangkai daun kari
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar rempah kari ikan
Garam
1 sudu kecil serbuk lada
1 biji telur ayam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, masukkan bahan kisar.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong-potong dan dibersihkan.
3. Masukkan tepung jagung, tepung beras, daun kari, rempah kari ayam dan ikan, garam, serbuk lada dan telur ayam.
4. Gaul semuanya sehingga sebati dan perap selama 1 jam.
5. Panaskan minyak masak. Goreng ayam sehingga masak.
Kalau makan di kenduri kahwin, lauk ayam masak merah selaluya mesti ada dihidang. Ayam masak merah di kenduri mesti sedap, kan? Jom kita try buat nak?
RESIPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Bahan Utama 1 ekor ayam dipotong kecil dan basuh bersih. (Bubuh garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat.)
Bahan Kisar 3 biji bawang besar size besar 4-5 ulas bawang putih 1 1/2 inci halia
Bahan-bahan Minyak masak untuk menumis 1 kulit kayu manis 3 bunga lawang 5 buah pelaga 2 batang serai diketuk 3-4 senduk cili kisar Garam dan gula secukupnya 5 sudu besar sos cili 2 biji tomato (didadu kecil)
Cara membuat 1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap. 2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing. 3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perasakan garam jika perlu. 4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap.
Buat sambal tumis udang ada kalanya tak menjadi disebabkan kesilapan menumis atau terkurang bahan-bahannya. Kali ini RASA ingin berikan resipi memasak sambal tumis udang yang gerenti sedap dan cantik warnanya.
Resipi ini dikongsikan oleh Sue Sera Saira di laman facebooknya. Jom kita tengok resipi sambal tumis udang ini.
SAMBAL TUMIS UDANG GERENTI JADI
BAHAN-BAHAN
30 ekor udang
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
Minyak masak secukupnya
1 labu bawang besar (dimayang, potong bulat)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 mangkuk cili giling
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam halus
Sebesar ibu jari asam jawa (diramas dengan sedikit air)
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan udang. Kemudian gaul udang dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak masak. Goreng udang seketika supaya udang kenyal dan tidak lembik. Angkat dan ketepikan.
3. Guna minyak masak yang sama. Goreng bawang besar dan bawang putih yang dimayang tadi.
4. Selepas naik bau, masukkan cili giling. Tumis dengan api perlahan sehingga cili elok masak kemerahan.
5. Masukkan gula dan garam. Biarkan tumisan pecah minyak. Kemudian masukkan pula air asam jawa.
6. Akhir sekali, masukkan udang yang sudah digoreng tadi. Kacau sekata. Bolehlah dihidangkan.
Nampak sedap, kan?
Tip: Udang yang digoreng terlebih dahulu sebelum dibuat sambal akan rasa lebih manis dan isi udang lebih kenyal.