Tempeyek Nipis Dan Rangup Kesukaan Ramai

Share

Umpph sedapnya bila dapat merasa tempeyek yang rangup dan sedap. Sedar-sedar dah sebalang habis. Memang melekakan. Boleh cuba resipi tempeyek ini.

Bahan-bahan:

1/2 kg tepung beras -BELI ONLINE DI SINI
1/2 kg tepung ubi -BELI ONLINE DI SINI
200g tepung jagung -BELI ONLINE DI SINI
Udang kering secawan (kisar)
2 senduk lauk cabai kering (kisar)
4 sudu teh garam
3 sudu teh ajinomoto * jika perlu
4@5 biji telur ikut saiz (kisar akhir)
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan biji lemuju  (kalau tak letak pun tak apa)
1 sudu makan air kapur
Air tak reti sukat. Tapi pastikan adunan tak terlalu pekat atau terlalu cair.
Kacang & ikan bilis mentah untuk letak di atas (pastikan betul-betul kering kalau basuh)

Bahan tambahan:
Suka hati anda mahu letak apa, ada yang tambah daun limau purut dihiris halus, jagung dan lain-lain.

Cara memasak :


1.Campur semua bahan kecuali telur.

2.Lepas siap bancuh baru masuk telur yang dikisar.

3.Cara menggoreng, curah di tepi kuali.
4.Tempeyek kira dah masak bila dah tiada buih-buih di sekeliling masa menggoreng.
Resipi ni boleh dapat lebih kurang 400 keping

Kredit resipi:Jom Belajar Buat Biskut

Ada yang nak membeli  BLENDER baru? Jom klik sini .

 

Published by
Putri