Hujung minggu semua ahli keluarga berkumpul, sudah tentulah agenda utama adalah makan-makan sambil berbual santai.  Apa kata, meriahkan lagi hujung minggu dengan mencuba menu Shell Out yang  menjadi sebutan ramai sekarang. Pelbagai jenis seafood dengan rasa yang berbeza dalam satu hidangan di atas meja.  Lebih penting kosnya jauh lebih murah dan seisi keluarga boleh menikmatinya dengan santai di rumah sendiri. Jom cuba!

KETAM BERCILI

Tengah Fikir Menu Hujung Minggu Ke Tuu?Ini Haa Aneka Menu Shell Out..Confirm Menjilat Jari!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ kg ketam- saiz besar
  • 3 sudu besar pes cili kering
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 4 ulas bawang putih –kisar
  • 2.5cm halia muda-kisar
  • 1 batang serai-kisar
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • ½ cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
  3. Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
  4. Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
  6. Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Boleh juga jika ketam digoreng terlebih dahulu

SOTONG KICAP LADA HITAM

Tengah Fikir Menu Hujung Minggu Ke Tuu?Ini Haa Aneka Menu Shell Out..Confirm Menjilat Jari!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 4 ulas bawang putih –kisar
  • 2.5cm halia muda-kisar
  • 1 batang serai-kisar
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • 1 sudu kecil lada hitam  kisar kasar
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
  3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
  4. Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
  5. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
  6. Sedia dihidang.

INFO CHEF: Sotong dicelur angkat, untuk mengelakkan dari terlalu  berkuah dan keras.

LALA TIGA RASA

Tengah Fikir Menu Hujung Minggu Ke Tuu?Ini Haa Aneka Menu Shell Out..Confirm Menjilat Jari!

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 kg lala-bersih dan tos
  • 2 batang serai –kisar kasar
  • 3 tangkai cili merah-kisar kasar
  • 3 tangkai cili padi-kisar kasar
  • 3 ulas bawang putih-kisar kasar
  • 1 biji bawang besar-kisar kasar
  • 3 tangkai daun ketumbar-kisar kasar
  • 1 biji tomato-cincang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
  3. Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  4. Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
  5. Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.

INFO CHEF:  Untuk lebih pedas boleh tambah dengan cili potong.

UDANG LEMON HONEY BUTTER

Tengah Fikir Menu Hujung Minggu Ke Tuu?Ini Haa Aneka Menu Shell Out..Confirm Menjilat Jari!

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang saiz XL- bersih dan tos
  • 3 sudu besar mentega
  • 4 ulas bawang putih-cincang
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • 2.5cm halia-hiris halus
  • Sedikit parutan kulit lemon
  • 1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar oren sunquick
  • 1 sudu besar madu
  • ½ cawan susu segar
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
  2. Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
  3. Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
  4. Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
  5. Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
  6. Lengkapkan rasa dengan garam dan madu.
  7. Akhir sekali masukkan udang.
  8. Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jangan  goreng udang terlalu lama untuk rasa lebih manis dan mudah dibuang kulit.

Selamat mecuba! 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI