Buah mangga yang telah masak ranum, memang sedap dibuat pulut mangga. Gabungan buah mangga yang manis, dimakan dengan pulut dan dicurahkan santan lemak masin memang padu rasanya.
Untuk membuat pulut mangga yang sedap, ikuti perkongsian resipi daripada Iza Abu Bakar untuk menghasilkan pulut mangga bersantan yang sangat sedap. Jom kita buat. Alang-alang tengah musim buah mangga ni kan. Memang mudah nak dapatkan buah mangga yang manis.
Mangga Harumanis terkenal kerana rasanya enak, lain daripada buah mangga yang lain. Baunya sangat harum apabila betul-betul masak , isinya akan bertukar kepada warna oren kekuningan.
Jom kita semak keunikan mangga ini seperti yang dikongsikan oleh laman manggaharummanis.com
Menurut Jabatan Pertanian mangga Harumanis Perlis adalah antara baka mangga terbaik di Malaysia.Selain rasa yang lebih enak, dan unik daripada mangga lain, faktor lain yang membuatkan mangga Harumanis begitu terkenal ialah kerana pengeluarannya yang terhad.
Ramai yang tak tahu bahawa mangga Harumanis hanya berbuah sekali sahaja dalam masa setahun. Tempoh berbuah pula adalah sangat terhad, iaitu dari sebulan hingga sebulan setengah sahaja untuk setiap musim.
Selalunya daripada penghujung bulan April hingga awal bulan Jun.Maknanya, mangga Harumanis hanya boleh didapati dalam masa sebulan sahaja setiap tahun, atau setiap musim.
Pokok Harumanis memerlukan musim kemarau dari Januari hingga Mac untuk berbunga. Tempoh ini juga dikenali sebagai “Stress Period” mengikut Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Yang membuat mangga ini lebih unik, di Malaysia, mangga Harumanis hanya tumbuh di negeri Perlis. Banyak kajian dan eksperimen yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menanam mangga Harumanis di negeri lain, tetapi sehingga kini masih belum berjaya.
Ada yang pokok berjaya tumbuh, tetapi tidak mengeluarkan buah langsung. Ada pula yang pokok pun tak tumbuh. Faktor-faktor ini membuatkan mangga Harumanis adalah unik dan berbeza daripada mangga-mangga lain di pasaran Malaysia, mahupun dunia.
Gred Mangga Harumanis
Masih ramai yang keliru dengan gred mangga Harumanis. Bagaimana gred Harumanis ditentukan? Sebenarnya gred mangga Harumanis ditentukan mengikut berat buah – dalam unit gram. 1. Mangga Harumanis Gred AA atau A+ – Berat 500gm ke atas. 2. Mangga Harumanis Gred A – Berat 350gm hingga 500gm. 3. Mangga Harumanis Gred B – Berat 350gm. 4. Mangga Harumanis Gred C – Berat 350gm ke bawah.
Yang membezakan gred Harumanis hanyalah berat buah. Rasanya masih sama, atau kalau ada beza pun tidak begitu banyak.Selalunya terjadi ialah banyak buah dari Gred A dan B. Buah gred AA atau A+ pula hanya sedikit. Begitu juga buah Harumanis gred C.
Mangga Harumanis Perlis asli selalunya akan mula dijual pada penghujung bulan April sehingga lewat Jun pada setiap tahun/musim. Walau bagaimanapun, ada pihak yang menjual mangga Harumanis pada lewat bulan Mac. Keaslian buah harum manis yang dijual awal ini tidak dapat dipastikan.
Oleh itu jika anda hendak merasai keenakan buah mangga Harumanis asli, tunggu sehingga mangga Harumanis gred AA/A betul-betul berada di pasaran.
Alang-alang bercerita pasal mangga harum manis ni…Ni min kongsikan resipi pulut harum manis dari http://ringkastapisedap.blogspot.com. Memang sedap nih.
1. RESIPI PULUT HARUM MANIS
BAHAN-BAHAN :
750gm Harumanis
500 gm beras pulut (basuh bersih, toskan, tak perlu rendam. Masuk dalam loyang, letak air sama paras pulut dan kukus 20 minit atau hingga pulut masak)
750 gm santan (guna santan kotak 500ml tambah air masak sampai dapat berat 750ml, kacau rata)
6 sudu makan gula pasir
3 sudu makan gula pasir
5 helai daun pandan
6 sudu teh tepung tepung jagung
2 sudu teh tepung beras
garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA;–
Sementara mengukus pulut, sediakan santan :
1. Masak santan (750 gm hingga seperti terbit minyak, kacau selalu jangan berketul atau pecah santan)
2. Masukkan gula (6 sudu makan), kacau hingga gula larut)
3. Asingkan 300 gm ke dalam mangkuk lain.
4. Masukkan garam secukup rasa dalam periuk dan kacau sebati. Matikan api.
5. Apabila pulut masak, masukkan santan dari periuk sedikit-sedikit semasa pulut masih panas. Masukkan santan dan kacau balik bersama pulut sehingga cukup lembut. Jangan terlebih santan.
6. Jika pulut sudah cukup lembutnya dan keseluruhan disaluti santan berhenti tambah santan.
7. Sos Santan : Tenggekkan semula periuk atas dapur dan masukkan semula 300 gm santan dalam mangkuk tadi.
8. Tambahkan gula (3 sudu makan) dan garam secukup rasa, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sehingga tepung larut dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api.
9. Hidangkan pulut bersama sos santan dan mangga yang masak.
Kredit foto dan resipi : ringkastapisedap.blogspot.com
2. RESIPI JUS MANGGA HARUM MANIS
BAHAN-BAHAN :
2 biji mangga harum manis
Gula secukupnya | boleh dikurangkan atau ditiadakan sebab dah ada susu
Susu pekat manis secukupnya
Ais secukupnya
Topping Jus Mangga Harum Manis:
50 gram serbuk krim putar
100 ml air sejuk (dari peti sejuk)
Susu pekat manis secukupnya
Cara Membuat Jus Mangga Harum Manis: 1 .Kupas mangga dengan pisau yang tajam ambil sebahagian untuk dipotong dadu dan sisihkan. 2. Kisar mangga dengan ais, gula dan susu pekat manis. 3. Kemudaian tuangkan ke dalam gelas. 4. Buat toppingnya: Kacau (menggunakan mixer kelajuan) serbuk krim putar dan is sampai halus. 5. Lalu picitkan krim diatas jus tadi, dan hiaskan dengan potongan mangga.
Kek coklat memang merupakansalah satu kek yang sangat popular dan digemari ramai. Kali ini RASA nak kongsikan kek coklat Nutella yang dicampur dengan susu Ensure. Rasanya boleh tahan sedap dan pasti akan jadi kegemaran orang ramai. Cubalah.
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil serbuk bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil marjerin
Nutella secukupnya
Coklat urai secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam dan masukkan dalam mesin pengisar (blender).
2. Masukkan susu Ensure, susu pekat manis, serbuk bikarbonat, serbuk penaik dan marjerin.
3. Kisar sehingga semuanya sebati.
4. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
5. Siap dibakar, keluarkan dan tunggu sejuk.
6. Akhir sekali, sapu Nutella dan tabur dengan coklat urai.
Selamat mencuba!
Kredit resipi facebook Liena Amiera IV Link: Liena Amiera IV
Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Ada yang juga memanggil getas-getas atau gegetas. Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain. Uli, gentel dan goreng je. 10 minit dah boleh siap! Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan sering dijadikan sebagai hidangan minum petang seisi keluarga.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN
1/2 biji kelapa parut
2-1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cwn air (atau secukupnya)
1 sudu teh garam
Untuk sira gulanya
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.
Bentukkan doh sebesar nugget
Goreng dengan api sederhana.
Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.
Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.
Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.