Tenggiri Masak Lemak Padang, Indonesia. Menu Berbuka Mudah & Sedap

Share

Sedapnya menu Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang ni. Cukup rasa rempah ramuannya. Biasanya kalau tenggiri, dimasak singgang, sambal kicap atau sambal berlada. Kali ni bolehlah cuba masakan Indonesia pula. Waduh….Memang sangat-sangat membuka selera. Resipi ni bukan macam Masak Lemak Cili Apia tau Lemak Kuning tu tau. Tapi enak. Apa kata hari ni cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Ramuannya cukup ringkas namun rasa sangat merecik sedap. Anda pasti sukakan rasanya.

 

CARA MASAK IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK PADANG, INDONESIA

BAHAN-BAHAN:
5-6 keping ikan tenggiri
1/2 kotak kecil santan beli online disini
2 hiris lengkuas
1 batang serai
1 helai daun salam
1 biji tomato
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
1½ cawan air

BAHAN KISAR:
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
½ biji bawang besar @ 3 biji bawang merah beli online disini
3 ulas bawang putih beli online disini
2 biji buah keras beli online disini
2 biji cili merah

CARA MEMASAK:
1. Ikan dibasuh bersih dan dilumur kunyit serta garam. Goreng ikan sehingga masak.


2. Dalam periuk lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan hirisan lengkuas, serai dan daun salam. Masak seketika.


3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.


4. Seterusnya masukkan air dan santan. Masak sehingga sedikit mendidih.


5. Masukkan tomato dan ikan yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak seketika dan tutup api.


7. Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur