Tepung gomak, kuih tradisi orang lama-lama. Rasanya yang kenyal-kenyal, dengan inti kelapa memang sedap. Kali ini kita buat versi tepung gomak pandan. Susah juga nak jumpa orang berjualan. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri.
Resipi menarik perkongsian daripada Rozita Daudini boleh membantu anda untuk menghasilkan Kuih Tepung Gomak Pandan yang lembut dan kenyal. Cubalah.
Ubi kayu sejenis ubi yang sinonim dengan masyarakat Melayu kerana dari ubi kayu terhasilnya pelbagai jenis makanan yang ternyata sedap olahannya, terutama kuih muih tradisional yang diperbuat dari ubi kayu. Antara yang disukai ramai hingga sekarang adalah talam dan bingka ubi kayu. Bagaikan terasa kenyal teksturnya dan rasanya yang lemak manis. Kalau korang nak cuba, ini resipinya
BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
2 cawan air
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula kastor
1/2sudu teh garam halus
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan. 5. Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
Sejukkan dan potong.
TALAM UBI
BAHAN-BAHAN:
A: LAPISAN BAWAH:
800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
300ml air
150ml santan pekat
250gram gula
Pewarna kuning
B: LAPISAN ATAS:
800ml air
320ml santan pekat
100gram tepung beras
80gram tepung ubi
80gram tepung gandum
2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
Sediakan loyang yang dialas dengan plastiK.
Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
Kukus selama 40 minit.
Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.
Kuih bakul merupakan hidangan bagi kaum Cina yang diperbuat daripada tepung pulut dan gula sebelum ia dibentukkan seperti dodol. Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Kuih Bakul antara manisan yang wajib ada dan ditunggu-tunggu oleh seluruh kaum untuk menikmatinya. Namun ada kalanya, agak susah nak jumpa Kuih Bakul yag dihasilkan oleh orang muslim. Jadi bagi anda yang nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Hidjrah Ali ni boleh dicuba.
Masukkan gula pasir, gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.
Sementara itu, masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk.
Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut. Kacau sehingga sebati.
Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan daun pisang melebihi bahagian atas tin agar mudah mengikatnya di sekeliling tin. (daun pisang dikelepetkan ke bawah)
Didihkan air dalam periuk kukusan dan kecilkan api.
Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah dialas tadi. Kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih.
Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.
Bila cukup masa, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi membuat keria keledek ungu. Nampak menarik sangat sebab warna keria tu berbeza daripada keria biasa. Bolehlah cuba ye. Boleh makan sambil menonton televisyen di rumah hujung minggu nanti.
KERIA KELEDEK UNGU
BAHAN KERIA
3 ketul keledek ungu
Garam secukup rasa
Tepung gandum secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT KERIA
1. Kupas keledek ungu. Rebus dengan air sehingga tenggelam keledek.
2. Masukkan garam.
3. Rebus sehingga empuk. Toskan dan sejukkan.
4. Lenyek keledek sehingga hancur. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
5. Jangan banyak sangat tepung kerana nanti keria jadi liat.
6. Bentukkan bulat seperti donut. Ulang sehingga adunan habis.
7. Panaskan minyak masak. Goreng keria sehingga masak.
Rupa keria sebelum digoreng.
Inilah dia ketika digoreng.
BAHAN GULA
2 cawan gula pasir
Air secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan kuali. Masukkan gula dan air. Biarkan mendidih sampai berbuih.
2. Apabila gula makin pekat, masukkan keria yang sudah siap digoreng tadi.
3. Salutkan keria dengan gula. Siap.