Tepung gomak, kuih tradisi orang lama-lama. Rasanya yang kenyal-kenyal, dengan inti kelapa memang sedap. Kali ini kita buat versi tepung gomak pandan. Susah juga nak jumpa orang berjualan. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri.
Resipi menarik perkongsian daripada Rozita Daud ini boleh membantu anda untuk menghasilkan Kuih Tepung Gomak Pandan yang lembut dan kenyal. Cubalah.
TEPUNG GOMAK PANDAN
BAHAN INTI:
1 biji kelapa muda (ambil yang putih)
2 senduk gula merah* – Boleh beli online di sini
Sedikit gula pasir*
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan bertanda (*) ke dalam kuali dan letakkan sedikit air.
Masak sampai gula merah cair, baru masukkan kelapa putih.
Kacau sampai kering sedikit dan tutup api. Biarkan sejuk.
BAHAN DOH:
1 biji keledek oren (Buang kulit dan rebus. Letak 1 sudu kecil garam)
½ bungkus tepung pulut – Boleh beli online di sini
Sedikit perasa pandan
CARA MEMASAK:
Setelah siap rebus keledek, kisarkan sekejap.
Letak dalam bekas keledek dan masukkan sekali perasa pandan.
Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit dan uli sampai tak lekat di tangan.
Siap seperti doh di bawah.
CARA PENYEDIAAN:
Tepung beras sangai seketika.
Dah siap, ambil sedikit doh, buat bulat dan tekan ke dalam.
Ambil inti kelapa dan letak di atasnya. Tutup dan buat bulat.
Letakkan ke dalam air panas seperti di bawah.
Masak sampai doh naik sendiri macam masak buah Melaka.
Angkat dan toskan seketika.
Letakkan dalam kuali tepung beras yang telah disangai tadi. Gaulkan dan biar sejuk seketika.
Setelah sejuk, baru ditekan leper seperti di bawah.
Siap. Memang lembut dan kenyal.
Kredit: Rozita Daud
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official