Kuih muih tradisi memang enak untuk minum petang. Bulan puasa kuih ini menjadi rebutan ramai. Nak tahu cara membuat kuih pelita dikongsikan cara membuatnya. Gunakan daun pisang yg telah dilayur atas api,lebar 10cm X 24 cm dan dilipat dua.
TEPUNG PELITA
Bahan-bahan:
Sebelum itu panaskan periuk kukusan
Bahagian bawah (hijau)
1 cawan air pandan (5 helai daun pandan kisar dengan 1 cawan air)
3 1/2 air
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
Sedikit garam
1/2 cawan gula
Cara membuat:
1.Tapis air daun pandan dan campurkan semua bahan-bahan di atas.
2.Masak adunan sehingga keluar wap dan sedikit pekat dan terus tutup api.
3.Setengah atau 1 sudu kecil gula untuk diletakkan dalam bekas daun pisang.
4.Masukkan adunan hijau ke dalam bekas daun pisang yang telah diletakkan gula pasir tadi.
5.Hanya separuh dari bekas daun pisang dan kukus selama 7 minit sahaja.
Bahagian atas (putih)
1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil sedikit garam
2 sudu kecil gula
Cara membuat:
1.Semua bahan-bahan di atas dicampur dan diaduk sekata dan masak sehingga keluar wap jangan terlalu pekat dan tutup api.
2.Setelah adunan hijau dikukus sudukan pula adunan putih ke atas adunan hijau dan kukus selama 7 minit.
3.Siap untuk dihidang.
Kredit: Tahrunnisah Jali
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official