Tepung pelita. Antara kuih-muih yang sering kali dicari terutama pada bulan puasa. Rasanya yang manis dan lemak, memang sedap. Tapi kadangkala yang kita beli tak memenuhi cita rasa kita. Jadi, lebih baik buat sendiri.
Ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Habsah Ngah ini ye. Gerenti menjadi. Dah siap dan sejuk, masukkan dalam peti ais dulu. Dah dekat nak buka, baru keluarkan. Nikmat sungguh makan sejuk-sejuk.
1 cawan membukit tepung beras – boleh beli online di sini
1 1/2 cawan gula – boleh beli online di sini
7 cawan air daun pandan
1 cawan tepung beras – boleh beli online di sini
Sedikit garam untuk bagi rasa lemak-lemak – boleh beli online di sini
2 kotak santan kara (200ml
5 cawan air (guna sukatan kotak santan itu)
Bahagian hijau itu disatukan dalam satu bekas. Bila dah sebati, masak di atas api sederhana. Kacau sampai likat.
Kemudian bolehlah tutup api. Curahkan ke dalam acuan daun yang sudah dibuat terlebih dahulu. Ketepikan.
Untuk buat yang putih pun sama caranya. Setelah masak, tuang ke atas adunan hijau tadi.
Buat satu-satu adunan. Apabila dah siap yang hijau, baru buat yang putih.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official