Untitled design - 2020-02-20T101417.351

Sedapnya minum petang ditemani kuih muih yang disukai. Nikmat tak terkata. Kalau suka makan kuih tepung talam boleh cuba cara ini . Biasa buat tepung talam guna tepung gandum tetapi boleh saja guna tepung beras. Rasa memang tidak menghampakan.

Tepung Talam
Bahan²(lapisan bawah)

3 cwn tepung beras(cap gajah tiga)
2 sbtpg ubi
1 sk kapur mkn
1 cwn gula merah
1/2 cwn gula putih
6 cwn air.

Cara memasak:
1.Gula merah dan gula putih dimasak dgn 3 air.dah mendidih sejukkan..
2.Kemudian campurkan air gula kedlm tepung tadi bersama 3 cwn air…kemudian tapiskan..dan kacaukan seketika di atas api.
3.Loyang hendaklah disapu dgn minyak..bila kukus dah mendidih masukkan loyang dan tuang adunan kedlm nya..
4.kukus selama 20-30minit.bila dah masak calarkan ngan garpu bila nk tuang adunan lapisan atas..

IKLAN

Bahan² lapisan atas.
2cmn tpg beras
2sb tpg jagung
5 cwn santan
Sedikit garam.

Cara memasak:
1.Satukan semuanya..dan kacau diatas seketika..
2.Kemudian blh la dituangkan atas lapisan bawah td…
3.Kukus selama 20-30 minit lg..

IKLAN

Selamat mencuba.
Loyang ikut suka….

Credit : Norlela Abdul Lahak’

IKLAN

Resipi Kuih Lompang Sedap & Mudah Guna Sukatan Cawan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI