Sedapnya dapat menikmati kuih talam pandan. Lapisan atasnya putih yang diperbuat daripada santan, lembut dan sedikit masin. Manakala bawahnya dilapisi oleh jus pandan, rasanya manis dengan tekstur yang kenyal. Sesiapa yang ingin mencuba “tepung talam pandan” versi goyang..😂 silakan resipinya seperti berikut.
Bahan-bahan: Bahagian bawah
1 cawan gula pasir
4 3/4 cawan air(kalau nak letak santan pun boleh juga)
2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit pewarna hijau-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh garam
8- 10helai daun pandan
Cara memasak:
1.Panaskan kukusan hingga air mendidih. Sapukan minyak/marjerin dan lapik dalam loyang.
2.Kisar daun pandan dan air kemudian tapis.
3.Masukkan tepung gandum, tepung ubi, gula, garam, pewarna ke dalam air pandan tadi.
Ads
4.Kacau sebati masak seketika atas api perlahan(jangan lama sekadar sentuh periuk dah rasa panas satu hingga dua minit sambil kacau guna whisk) .
5.Kemudian tapis ke dalam loyang.
6.Kukus 20 minit. Kalau ada air bertakung, buang sikit-sikit guna sudu. Kukus sekejap tanpa tudung periuk kukus.. dalam 5 minit. Cakar-cakarkan sikit atasnya.
Bahagian Atas
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/2 sudu teh garam
Ads
Cara memasak:
1.Satukan semua bahan.
2.Kacau sebati dan tapis/ tuang atas adunan yang dah masak tadi. Kukus lagi 20 minit. Dah siap, buka penutup kukus dan kukus lagi 5 minit untuk mengelakkan air bertakung atas kuih. Biarkan sejuk. ( jangan letak dalam peti sejuk) bila dah betul-betul sejuk baru potong. Nak cantik, potong guna pisau plastik.
Tip- sebaiknya buat malam. Esok paginya baru potong. Setiap 7 minit buka tudung kukusan dan lap bawah tudung kukusan. Ulang hingga siap.
Kuih tradisional bukan sahaja sesuai dibuat sarapan, malahan kudapan petang pun menyelerakan juga. Tak payah kukus, tak payah bakar empata kuih ini boleh digoreng sahaja. Mudah aje buatnya. Resipi kuih yang tak lekang dek zaman ni, generasi muda patut lah cuba.
1. CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
Minyak masak untuk menumis
1/2 biji kelapa parut
100 gm udang kering /direndam dulu
1 ulas bawang putih
3 biji bawang kecil
7 biji cili merah
1 sm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
Bahan doh :
250 gm keledek /rebus dan lenyek
4 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Kisar semua bahan inti kecuali kelapa parut
2. Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, kacau hingga masak
3. Masukkan kelapa parut, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN :
1. Ambil keledek dan masukkan ke dalam bekas, lenyek.
2. Masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan uli.
3. Ambil sedikit doh, masukkan inti di tengah
4. Ulang sehingga doh dan inti habis
5. Goreng sampai kekuningan , angkat dan toskan
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kuih rasa keledek yang lembut dan berinti pedas INFO CHEF : Jika anda hendak menyimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama anda bolehlah menggorengnya separuh masak.
2. KUIH TOPI *(Kuih Pantai Timur)
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan gula
2 cawan air
Secubit garam
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK :
1. Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman
5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
7. Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
8. Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
9. Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
10. Kuih topi siap dihidangkan
Saiz hidangan : 4-5 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Aduan tepung gandum dan beras menghasilkan kuih yang rangup dan manis INFO CHEF : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
3. SARDIN GULUNG
BAHANBAHAN :
Bahan doh :
500 gm tepung gandum
150 gm marjerin @ mentega
1 biji telur
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
110 ml air sejuk/dingin dari peti sejuk
Bahan inti :
1 tin kecil sardin
2 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih /ditumbuk
3 biji cili padi /dicincang
1 biji bawang besar /dicincang
1 sudu makan jus limau nipis
1 biji ubi kentang /dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK : CARA MASAK INTI :
1.Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.Tumis cili kisar, masukkan bawang putih dan bawang besar dan cili padi.
3.Tumis hingga agak garing, masukkan kentang, kacau dan biarkan kentang masak
4.Masukkan sardin dan garam, biarkan masak . Angkat dan ketepikan
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN:
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan marjerin atau mentega. Gaul hingga menjadi tekstur serbuk roti dan tidak mengapa jika ada sedikit ketulan kecil mentega.
2. Masukkan telur ayam dan gaul sebati.
3. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin. Jika keras tambahkan lagi sedikit air.
4. Balut doh dengan ‘plastic wrap’ dan masukkan dalam peti ais selama 15- 30 minit.
5. Keluarkan doh dari peti sejuk, dan bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 25 gm setiap satu.
6. Ambil satu doh kecil, canai nipis jadi memanjang
7. Kelar bahagian atas, letakkan sedikit inti pada sebelah bahagian yang tidak dikelar
8. Gulung dan tarik bahagian sisi doh dengan kemas
9. Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kulit doh ini sama dengan cara membuat pastri INFO CHEF : Ketulan mentega yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup. Pastikan roh direhatkan di dalam peti sejuk.
4. KUIH BOM
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 cawan air
Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
1 biji kelapa parut/ putih sahaja
1 cawan gula merah atau gula Melaka
2 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan /disimpul
Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK : CARA MASAK INTI :
1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3. Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6. Angkat dan toskan. Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
Terima kasih : KUeh Cafe , Seksyen 13,Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, Shah Alam, Selangor.
Memang legend kuih Cucur Jawa ini. Memang sedap rasa kuih ini. Nampak mudah nak buat tetapi sebenarnya ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Anda perlu menggunakan teknik yang betul serta perlu praktis beberapa kali untuk mendapatkan bentuk yang cantik. Ini perkongsian resipi oleh saudari Siti Hadirah. Selamat mencuba!
Potato Fritters atau CucurKentang ni memang sangat mudah dan sedap. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan snek minum petang untuk anak-anak dan suami. Ada pelbagai jenis resipi yang boleh dicuba namun resipi perkongsian saudari Nurul Natasya Tasya ni antara yang terbaik yang boleh dihasilkan. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI CUCUR KENTANG (POTATO FRITTERS) SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang – kupas kulit dan parut
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
Daun sup/ daun bawang secukupnya
Sedikit emping cili ( chilli flakes)
Serbuk lada putih secukupnya
Serbuk pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata.
2. Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar.
3. Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.