Donut tidaklah terlalu sukar untuk dibuat namun kadang kala hasilnya tidak segebu dan selembut yang dibayangkan. Teringin nak makan donat yang lembut tapi hanya guna bahan biasa? Resipi perkongsian Norhazwani Binti Johari ini boleh anda cuba.
BAHAN-BAHAN:
Ads
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar planta (cairkan)
1 biji telur (pukul sikit)
1 cawan air suam(*)
3 sudu besar gula (*)
2 sudu besar susu pekat manis (*)
1 bungkus mauripan (*)
CARA-CARA:
Ads
Satukan bahan bertanda (*). Kacau sebati dan ketepikan 15 minit untuk proses pengembangan.
Dalam bekas berlainan, satukan planta, tepung dan telur. Gaul hingga sebati dan seakan serbuk roti.
Kemudian masukkan bancuhan bahan bertanda (*). Masukkan sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang tidak melekat di tangan.
Tumbuk sedikit doh kemudian rehatkan selama 45 minit hingga 1 jam.
Setelah doh mengembang, uli semula kemudian canai. Bulatkan dan bentukkan menjadi bentuk donut.
Susun doh donuh dan biarkan seketika sehingga kelihatan kembang.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Guna minyak yang tidak terlalu panas bagi mengelakkan donut hangus.
Angkat, toskan minyak dan taburkan gula halus. Sedia untuk dinikmati.
Pernahkah anda menikmati cucur yang dihasilkan menggunakan bilis, cili kering daun daun kucai? Jika belum pernah, anda harus cuba. Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ jika cuba. Sedap, cukup rasa dan pedas! Patutlah viral. Sesuai sangat buat sebagai hidangan minum petang ni.
CUCUR IKAN BILIS VIRAL
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
100gm ikan bilis
8 tangkai cili kering
1/2 cawan cincangan daun kucai
Garam secukupnya
Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Donat yang gebu dan lembut memang jadi kegemaran ramai. Makan sebiji memang tak cukup. Bagi anda yang nak buat donut yang sedap, resipi perkongsian saudari Zurina Kifli ni boleh dicuba. Hasilnya memang gebu macam span. Kalau tiada mesin, uli dengan tangan pun boleh. Janji kena rajin menguli hingga dapat doh yang cantik. Jom cuba. Boleh buat untuk minum petang atau sarapan.
RESIPI DONAT GEBU
BAHAN PERAPAN YIS:
1 1/2 cawan air suam – isi dalam gelas besar @mangkuk untuk elak buih yis melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan@Saf
1 biji kuning telur gred A@2 biji kuning telur B yang dibuang pusat & dikacau terlebih dahulu (rahsia lembut gebu)
BAHAN-BAHAN LAIN:
4 cawan tepung gandum – ayak (Empunya resipi guna 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung high protein (tepung roti).
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan shortening
2 sudu makan marjerin (kalau tak ada Shortening boleh guna 3 sudu makan marjerin,cairkan dan biar sejuk)
2-3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada ( empunya resipi guna pelembut serbaguna Cream Super).
Sedikit air jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Satukan air suam dan gula. Kacau hingga gula larut.
2. Masukkan yis dan kacau sekejap. Biarkan selama 15 minit atau hingga berbuih.
3. Bila yis dah berbuih, campurkan kuning telur dan kacau sebati. Ketepikan.
4. Satukan tepung yang telah diayak bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Gaul rata.
5. Tuang perapan yis yang sudah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat. (Kalau doh rasa ok, tak perlu tambah air lagi. Doh mesti lembut dan sedikit melekit).
6.Terus uli dengan cara tarik tolak doh (seperti memberus baju) hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin. (Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas sekali sekala dan picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit).
7.Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Pada masa ini doh sudah tak melekat pada tangan.
8.Tutup bekas doh dengan penutup@kain lembap @ plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.
9.Apabila doh dah cantik kembang, tekan @ tumbuk perlahan-lahan untuk buang angin dan bolehlah dibentuk atau direrap guna acuan donat. (Sentiasa lumur tepung pada tangan supaya doh tak melekat.)
10. Dah siap bentuk, rehatkan doh lebih kurang 30 minit bergantung suhu ruang. (Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar. Jangan rehat doh sampai terlebih kembang kerana nanti donat akan mengecut, lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.)
11. Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan sehingga masak sepenuhnya. Toskan minyak dan salut gula.
GULA SALUT DONAT:
1/2 cawan snow Powder @dusting powder
Sedikit gula kastor
CARA-CARA: 1. Satukan kedua-dua gula dan kacau rata. 2. Letak donat yang telah digoreng dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan-lahan hingga gula tersalut cantik.
Nak try buat DONAT tapi bahan tak cukup? Tak perlu keluar rumah pun, beli je secara onlineDISINI. Ada banyak pilihan & tak perlu susah ke kedai. Jimat masa dan tenaga.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Keluarlah macam-macam resipi baru, tapi kuih lama juga yang terasa sedap. Antaranya apam kampung ini, cicah dengan kelapa parut memang enak.
Apam kampung ini ada beberapa jenis tapi yang selalu kita makan apam pandan dan gula merah. Kalau rasa teringin nak makan boleh cuba buat sendiri ikut perkongsian Salmah Shahidan. Menariknya menggunakan resipi sama macam-macam jenis apam boleh dihasilkan.
Cara buat apam kampung, macam-macam jenis
Apam kampung cicah dengan kelapa parut, sesekali makan memang sedap. Dengan guna resipi yang sama kita buat pelbagai jenis apam sama ada apam ros, apam pandan, apam gula Melaka, apam biasa.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1/2 paket (11 gm) mauripan dan 1 sudu kecil gula dibancuh dengan 1/2 cawan air (biar sampai yis kembang)
3/4 cawan gula putih (jika suka manis guna 1 cawan)
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Sedikit perwarna dan perisa
Kelapa parut putih
Cara membuat:
1. Rendam yis sehingga kembang dahulu baru masukkan semua bahan ke dalam bekas. Kacau hingga gula larut & sebati menggunakan whisk.
2. Kacau rata dan perap lebih kurang 1- 2 jam. Bancuhan akan naik sekali ganda atau dua kali ganda.
3. Sapu loyang 10 inci dengan minyak dahulu kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api besar untuk tempoh 1/2 jam atau 45 minit.
4. Untuk tentukan apam dah masak, boleh cucuk ngan lidi jika apam tak lekat bermakna dah masak. Sejukkan dan bolehlah dipotong. Hidang dengan kelapa parut putih yang digaul dengan garam.
Apam pandan – Jika nak perisa daun pandan kisar 7 – 10 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan pewarna hijau jika perlu.
Apam rose – Kalau nak buat apam rose, letak esen rose dalam 2 sudu kecil dan perwarna merah.
Apam gula merah – Untuk apam gula merah guna 1/2 cawan gula pasir dengan 1/2 cawan gula merah. Masak gula dengan 1 1/2 cawan air dan tapis.
Apam kuning dan ori – Jika nak buat apam kuning diraja tambah saja pewarna kuning. Untuk apam kampung ori tak perlu letak pewarna. Putih saja.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.