Terasa Nak Makan Bubur Nasi Yang Sedap & Lain Dari Biasa? Cuba Bubur Nasi Vietnam Ni.

Share

Sesekali layan bubur nasi pun enak juga. Malah lauk atau padanan yang diperlukan pun tak perlu banyak. Jika anda terasa nak makan bubur nasi tapi versi yang lain sedikit dari kebiasaan, boleh cuba Chao Ca Vietnam ( Bubur Nasi Vietnam) ni. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm beras | cuci bersih dan tos
  • 2 ulas bawang merah | mayang galus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan minyak masak

BAHAN KUAH SUP:

  • 2 liter air rebus daging
  • 1 batang lobak merah | hiris memanjang 3 cm
  • 4 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukupnya

BAHAN ISIAN:

  • Hirisan daging
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun ketumbar
  • Hirisan halus halia
  • Tauge
  • Sambal kicap / hirisan cili

CARA MEMASAK:

  1. Mulakan dengan menyediakan kuah sup,  Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
  2. Masukkan air rebusan daging, perasakan dengan serbuk lada sulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Setelah mendidih, Ketepikan.
  4. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  5. Masukkan beras, goreng seketika, kemudian tuangkan ke dalam periuk rebusan sup tadi.
  6. Kacau dan biarkan ia mereneh atas api kecil hingga menjadi bubur nasi pekat.
  7. Masukkan dalam mangkuk, kemudian letakkan hirisan daging di atasnya, hirisan dan sup, daun ketumbar, halia dan tauge.
  8. Hidangkan bersama dengan sambal kucap atau hirisan cili.

INFO CHEF: Selain air rebusan daging anda boleh gunakan air rebusan ikan siakap atau ikan merah.

Published by
Nur