Rasa nak makan daging bakar balut daun salad macam dalam drama Korea tu? Ha…cuba resipi mudah ni. Maklumlah, kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Makan berdua pun bil boleh mencecah ratusan ringgit. Jadi kalau nak makan puas-puas, boleh sediakan sendiri di rumah. Satu ‘family’ boleh rasa.

BAHAN PERAPAN DAGING:

  • 1-2kg bahagian knuckle , top side atau sirloin untuk penuh rasa daging

(Potong nipis. Untuk mudah potong, biarkan dia masa 20-30% sejuk dan potong nipis.)

Sos perapan:

  • 4 ulas sederhana bawang putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai kecil
  • 1 sudu teh halba
  • 1 1/2 sudu makan gula merah
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan madu
  • 2 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan minyak masak
  •  Sudu teh serbuk ketumbar
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 1/2 biji lemon

 

CARA MEMASAK:

1.  Tumbuk bawang putih, ketumbar, halia, lengkuas, serai dan halba hingga hancur.

IKLAN

2.  Masukkan lagi 1 1/2 sudu makan gula merah , 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk perasa. Teruskan tumbuk. Sos perapan tidak perlu masin sangat kerana ia akan menjadi tidak sedap apabila dibakar.

3.  Bila semua bahan dan hancur, keluarkan dan masukkan ke dalam bekas. Tambah 3/4 cawan air, 2 sudu makan madu, 2 sudu makan kicap masin, 1 sudu makan minyak masak dan 1 sudu teh serbuk ketumbar beserta sedikit serbuk lada putih. Perah 1/2 biji lemon. Gaul rata.

4.  Panaskn pemanggang dan cairkan sedikit mentega. Guna kuali ‘non stick’ lagi best sebab dia tak hangit.

5.  Celupkan daging ke dalam sos perapan dan panggang di dalam kuali. Masak daging ikut citarasa samada nak lembut atau garing.

IKLAN

6.  Enak dicicah bersama sos.

BAHAN KICAP SAMBAL:

  • 1/2 biji tomato
  • 4 biji lada/cili
  • 1/2 biji bawang besar
  • Kicap masin
  • Madu
  • Lemon

CARA MEMBUAT:

1.  Potong semua bahan dan satukan. Gaul rata.

IKLAN

2.  Boleh dinikmati bersama daging bakar.

 

IDEA RASA:

Daging bakar ni selain dinikmati begitu sahaja bersama sos, anda juga boleh menikmatinya bersama nasi. Bahkan kepingan daging berjus ni juga boleh dibalut dengan daun salad dan nikmati seperti ‘oppa’ Korea makan. Hmm…Sedap!

 

Kredit resipi & gambar: Cik Ain via MAHN

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI