Terasa Nak Masak Lauk Istimewa Di Hujung Minggu? Boleh Cuba Resipi Pepes Daging Ni.

Share

Pepes Daging. Sajian tradisional yang menjadi hidangan orang dulu-dulu. Ia merupakan daging yang dimasak dengan pelbagai rempah ratus yang wangi, menjadi hidangan ini begitu enak sekali. Cubalah. Anda pasti suka.

PEPES DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging | rebus ¾ masak
  • Daun pisang secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 5 biji cili besar merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • Gula dan garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kesemua bahan dan gaul bersama daging yang telah direbus tadi.
  2. Kemudian balut dengan daun pisang.
  3. Bakar selama 8-10 minit.
  4. Sedia dinikmati.

Info chef:  Daun pisang tambah aroma wangi pada masakan.

 

 

 

Published by
Nur