Kari antara masakan paling digemari rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India semua sukakannya. Pergilah kemana sahaja, pasti mudah nak cari sajian ini. Andai ke Pulau Pinang, memang tak sah kalau tak pekena Nasi Kandar dan Kari Kepala Ikan. Perghh..memang terbaik. Jauh nak tuju? Usah risau, serata Malaysia ada banyak ‘lubuk’ kari terbaik. Google sahaja. Pasti ada info.
Kata orang, petua kalau nak tahu kari tu ‘pure’ ke tidak, bila makan dan basuh tangan dengan sabun, bau kari tu masih kuat melekat. Itulah hidangan kari yang terbaik. Selain itu, biasanya restoran-restoran Nasi Kandar yang lama dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain juga antara yang menawarkan sajian kari terbaik. Anda boleh cuba.
Para pelancong yang datang banyak yang tertanya-tanya akan rahsia keenakan kari yang mereka nikmati di negara ini. Memang ada beza dari segi rasa. Kalau nak tahu, rahsia keenakan kari di Malaysia tentunya dari rempah-rempah terbaik yang digunakan. Adunan serta campuran rempah-rempah bermutu menghasilkan rasa yang unik serta tersendiri. Ibarat makan kari di negara India! Memang kaw!
Ads
Jika anda nak hasilkan sendiri sajian kari di rumah, ada kalanya rasa & aroma kari yang dihasilkan tu tidak ‘mari’ dan tidak se ‘kaw’ kari yang disajikan di restoran. Bahan dan lengkap, namun rasa masih ‘kureng’. Kenapa ya? Ha…Kalau nak tahu, ada teknik dan rahsia sebenarnya untuk dapatkan kari yang enak dan lazat ni. Menurut Chef Adu;
“ Biasanya saya akan tumis rempah ratus yang ‘whole’ (kasar) terlebih dahulu sebelum masukkan serbuk kari dan sebagainya. Kemudian barulah masukkan daun kari, bawang dan rempah kari. Kenapa letak rempah ratus terlebih dahulu? Supaya kari kita berbau lebih kuat. Biasanya rempah ratus yang kita masukkan pada awal masakan akan mencetuskan rasa yang paling kuat di penghujung masakan, meletup sedap dan kaw rasanya.”
KARI DARAT DAGING KERBAU
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kerbau
500ml santan
3 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan pes cili kering
3 sudu makan rempah kari daging
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
Ads
3cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4cm halia
3cm lengkuas
BAHAN TUMIS DARAT:
4 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2 tangkai daun kari | leraikan dari tangkai
CARA MEMASAK:
Daging dicuci bersih dan rebus lebih kurang 30 minit,
Kemudian, daging rebus dihiris nipis dan ketuk supaya lembut. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis dan kisar hingga wangi.
Masukkan pula pes cili, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan santan dan daging, kacau sekali sekala dan biarkan kari mereneh lebih kurang 10-15 minit.
Lengkapkan rasa dengan memasukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
Untuk bahan tumisan, panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis semua bahan tumisan hingga wangi.
Akhir sekali tuangkan bahan tumisan dalam periuk kari daging tadi. Kacau rata.
Kari sedia dihidangkan.
Ads
INFO CHEF: Tujuan daging direbus dan ketuk, supaya ia lembut dan cepat dimasak. Ini kerana daging kerbau agak keras dan liat. Boleh juga diganti dengan daging lembu.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Jika beli kek bulat bersaiz kecil dan untuk dinikmati oleh beberapa orang sahaja, cara memotong yang biasa berbentuk tiga segi mungkin tidak memberi apa-apa masalah. Namun, macam mana pula jika kek yang bersaiz sederhana tetapi untuk dihidangkan kepada tetamu yang ramai ataupun yang jumlahnya tidak dapat pasti?
Situasi ini biasa terjadi terutamanya di majlis-majlis sambutan hari jadi, majlis jamuan sekolah dan sebagainya. Jika majlis itu dihadiri oleh kanak-kanak, lagilah serba salah dibuatnya. Maklumlah, budak-budak ni memang suka kek walaupun makannya bukan banyak sangat.
Jika dipotong saiz tiga segi, mungkin boleh tetapi bimbang pula tak habis dimakan. Malah lebihan kek yang dah dipotong tu mesti nampak kurang menarik. Segan pula nak hidang untuk tetamu yang datang lambat.
Ada penyelesaian mudah yang boleh membantu anda iaitu dengan menukar cara pemotongan. Menurut Katherine Sabbath; seorang pakar kek dari Australia, beliau tertarik dengan cara pemotongan kek yang dilakukan oleh salah seorang kawannya.
Unik! Kek yang biasanya dihidangkan 6-8 hidangan jika dipotong tiga segi, kini anda boleh hidangkan hingga 30 hidangan dengan teknik memotong sebegini.
Menarik bukan? Sangat sesuai dipraktikkan lebih-lebih lagi dimusim jamuan akhir tahun ni kerana pasti ramai anak-anak yang bawa kek ke sekolah. Potongan sebegini nampak lebih kemas malah tak membazir. Selamat mencuba!
Bila terkejar-kejar nak memasak, time tulah rasa nak makan sambal. Masalahnya sambal ni kalau nak sedap, kena masak lama. Tambah sedapnya tu. Macam mana agaknya nak buat sambal yang sedap tapi tak ambil masa yang lama?
Satu lagi, kalau buat sambal bila dimasak lama ia akan menjadi kering. Lama-lama hangit jadinya sambal tu. Apa yang boleh dibuat untuk pastikan sambal dimasak sentiasa ‘basah’ dan tahan lama? Inilah resipinya yang boleh anda cuba:
BAHAN-BAHAN:
2-3 biji cili merah | dikisar
3-4 biji cili padi | dikisar
3-4 labu bawang merah | dikisar
1 labu bawang besar | dipotong bulat
3-4 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit jus asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak
CARA MEMBUAT:
Kisar cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih.
Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap!
Jika mahu masukkan bahan protein ke dalam sambal ini juga tidak ada masalah.
Sesetengah orang suka mencampurkan sedikit sos tiram ke dalam sambal udang atau sotong.
Kek yang dibuat sendiri pastinya sangat enak lebih-lebih lagi jika anda memang teringin sangat nak makan kek tersbut. Namun, jika kek yang dimasak kurang menjadi dan hasilnya tidak cantik seperti yang dibayangkan, memang menyakitkan hati. Banyak kot tenaga dan masa dihabiskan! Jika ia berlaku pada anda, puncanya mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Jom semak!
PUNCA KEK YANG DIBAKAR TIDAK MENJADI
1. KEK TIDAK NAIK SEKATA :
Suhu dalam ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh.
Bancuhan tepung tidak sebati.
Suhu ketuhar mungkin terlalu panas.
Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar.
Loyang tidak sesuai dengan jenis ketuhar yang digunakan.
2. KEK MENJADI BANTAT :
foto: blog.kingarthurflour.com
Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul.
Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok.
Sebaik-baiknya gunakanlah telur yang segar. Isikan air di dalam bekas dan letak telur di dalamnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
Suhu ketuhar terlalu rendah.
3. KEK MENDAP DI BAHAGIAN TENGAH :
Ketuhar yang digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya.
Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.
Bancuhan mentega tidak sebati dan bergentel
Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul-betul gebu dipukul.
Mentega dan gula tidak betul-betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
4. KEK TERLALU LEMBAB DAN LEPER :
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
5. KEK TERLALU BERAT :
Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung.
Gula yang digunakan melebihi sukatan.
Terlalu banyak cecair.
Suhu ketuhar terlalu rendah.
6. KEK MEREKAH :
foto: food52.com
Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yang digunakan.
Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan / loyang terlalu kecil.
Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
7. KEK BUAH MENDAP :
Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur kek terlalu kasar atau berlubang-lubang besar.
Terlebih serbuk penaik.
Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit.
Adunan tidak dipukul sebati.
8. KEK MENJADI KERAS :
foto: www.nigella.com
Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
Terlalu banyak tepung gandum.
Tidak cukup cecair.
Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yang boleh dipercayai.
9. KEK MENJADI KERING :
Selalunya, dengan menambah 2 – 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat.
Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
10. KEK MENJADI SEPERTI ROTI :
Sukatan serbuk penaik tidak tepat.
Sukatan mentega / marjerin tidak tepat.
Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai.
Tepung tidak sesuai.
Adunan tidak dipukul dengan sempurna
11. KEK MENJADI SEPERTI BINGKA :
Bancuhan tidak dipukul sebati.
Terlampau banyak cecair.
Tepung terlalu sedikit.
Suhu ketuhar tidak cukup panas.
Lepas ni, boleh elakkan dari melakukan kesalahan-kesalahan diatas. Selamat mencuba!