Bila tibanya waktu makan tengah hari, pasti pening nak cari tempat makan yang sedap, banyak pilihan lauk pauk dan juga murah. Sebenarnya, ada banyak ‘port’ makan yang menepati kriteria diatas namun tidak diketahui ramai.
Bagi yang berada di sekitar Shah Alam, silalah berkunjung ke restoran D’Ranting yang terletak di Dataran Automobil, Seksyen 15 Shah Alam. Ini kerana, sekali anda berkunjung ke restoran ini, pastinya ia akan menjadi tempat makan pilihan anda selamanya. Ha..Nak tahu kenapa? Ada banyak sebab yang membuatkan anda jatuh cinta dengan restoran ini.
Setiap hari, terdapat lebih dari 50 jenis lauk pauk yang dihidangkan kepada para pelanggan. Ada masak lemak cili padi, lauk bersambal, hidangan daging salai, asam pedas dan banyak lagi hidangan kampung yang pastinya memecah selera. Mana tidaknya, pengalaman sang pemilik selama 16 tahun dalam bidang katering. Patutlah lauk pauknya sedap-sedap belaka!
Jika anda teringin sangat nak makan ikan bakar, pun ada disediakan di restoran ini. Ada ikan pari, kembung, cencaru dan banyak lagi. Semuanya dibakar panas-panas dan berasap lagi bila dihidangkan kepada anda. Malah, jika rasa nak makan nasi kukus, pun ada dijual disini. Pendek kata, hanya di satu lokasi sahaja, ada banyak sajian yang anda boleh cuba.
Ads
Selain itu, kalau anda nak tahu, lauk yang menjadi kegilaan ramai di restoran ini ialah cendawan goreng tepung. Memang diserbu sampaikan ada pelanggan yang sanggup menunggu semata-mata untuk mendapatkan hidangan cendawan goreng tepung ini sahaja. Rasanya yang segar, pedas-pedas dan rangup. Alahai…Memang sedap gila! Tak cukup dengan makan di restoran, ada yang ‘tapau’ bawa balik. Perghhh..Padu! Bayangkan, sewaktu sesi pengambaran ini dijalankan, satu bekas penuh cendawan diletak, sekelip mata sahaja dah habis dibeli pelanggan.
Menurut pemiliknya, setiap hari anggaran 14kg cendawan digunakan untuk menghasilkan cendawan goreng tepung ni dan semuanya habis dijual dalam waktu makan tengah hari sahaja. Wow! Anda boleh bayangkan betapa sedapnya hidangan ini. Selain cendawan, ada juga disediakan udang goreng tepung, sotong goreng tepung, ikan bawal putih goreng tepung dan banyak lagi. Di sebelah petang pula, restoran D’Ranting menyediakan sajian masakan panas. Terdapat pelbagai hidangan yang boleh anda cuba dan pastinya tidak mengecewakan selera anda. Harganya? Pastinya murah dan berbaloi dengan apa yang anda nikmati.
Bagi anda yang nak rasai sendiri keenakan hidangan di restoran D’Ranting, bolehlah berkunjung ke ke sini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.30 pagi hingga 12 malam. Jika nak nikmati keenakan cendawan goreng, pastikan anda datang pada waktu makan tengah hari bermula 11.30 pagi. Selamat mencuba!
Ads
INFO RESTORAN:
Restoran D’Ranting
Jalan Pahat H 15/H, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Ads
MESTI CUBA:
Cendawan Goreng Tepung, Aneka Ikan Bakar, Nasi Kukus, Nasi Bujang, Masak Lemak Cili Api Daging Salai.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kalau jalan-jalan cari makan di Kelantan, jangan lupa singgah ke kafe buku hipster, Hedwig Book & Kafe di Kubang Kerian, Kelantan.Mahu menikmati keterujaan alam fantasi Harry Potter seperti di layar perak, Hedwig Book & Cafe adalah lokasi tepat.
Lebih-lebih lagi buat penggemar siri filem Harry Potter kafe ini pasti memberikan keseronokan dan kepuasan menikmati sajian enak sambil berhibur menggunakan kemudahan yang ada.
Konsep ala perpustakaan dalam kafenya memang satu tarikan kuat pelanggan untuk datang menikmati selera di sini. Menurut pemiliknya Nur Raiha Hanafi anak sulungnya adalah peminat tegar yang filem Harry Potter yang memberikan inspirasi untuknya mengadaptasikan kafe berdasarkan cerita tersebut.
Walaupun pemilik kafe buku hipster biasanya banyak tertumpu di bandaraya besar, tetapi pemiliknya yakin permintaan di Kubang Kerian tetap tinggi potensinya. Buktinya kafe miliknya sentiasa dipenuhi pelanggan, terutamanya di kalangan pelajar dan belia. Kelainan yang dicipta dan tarikan dari filem tersebut turut menjadikan tempat ini menjadi tumpuan untuk berkumpul bersama rakan dan keluarga.
Bercerita mengenai hidangan menunya adalah berkonsepkan makanan kafe iaitu menu barat seperti kek, pastri, pudding, pai epal , sandwich serta spaghetti. Menariknya menu-menu adalah berlainan setiap hari kecuali menu yang menjadi ‘signature’ kafe Hedwig.
Menu yang paling mendapat sambutan dan menjadi ‘signature’ di sini adalah Hedwig Chocolate Cake, pie epal, quiche Lorraine, ‘baked potato’ serta spaghetti carbonara. Dengan harga yang berpatutan dan penggunaan bahan berkualiti tinggi aromanya sahaja sudah cukup meyakinkan tentang kelazatan rasa sajian yang dihidangkan.
Saiz hidangan yang cukup mengenyangkan dan rasa yang enak sudah cukup membuatkan pelanggan datang berulang ke sini. Harga yang dijual juga agak sederhana contohnya untuk sekeping kek Hedwig coklat adalah RM9.80, pai epal pula RM7.80 manakala quiche Lorraine RM7.80
Selain menikmati keenakan sajian, pelanggan juga boleh menyewa buku-buku dengan kadar sewaan yang berpatutan iaitu serendah seringgit sehari.Di samping itu kafe ini menyediakan ‘props’ seperti jubah, ‘wand’, skarf untuk pelanggan bergaya seolah-olah mereka adalah pelajar di sekolah Hogwarts seperti Harry Potter.
Jelasnya kafe ini bukan sahaja sekadar menjadi tempat menjamu selera malahan pengunjung juga boleh berekreasi dan dapat bergembira di sini. “Kami menyediakan ‘board game’ seperti Harry Potter scrabble yang menguji kepintaran dan pengetahuan seperti dalam cerita tersebut.
Di samping itu terdapat juga permainan lain seperti jenga, uno dan susun kerusi untuk merehatkan minda. Pelanggan juga boleh mewarna di buku mewarna yang kami sediakan sambil menunggu makanan dan minuman sampai ke meja,” cerita Raihana kepada RASA.
Kafe ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Lokasi tepatnya adalah di PT 1667, Tingkat 1, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kelantan.
Masih ada lagi ke yang terpinga-pinga bila nak lepak makan di Pontian tapi tak tahu tempat makan best apa yang boleh ajak keluarga? Takpe, jangan risau! Admin kongsikan beberapa tempat makan best yang boleh dicuba kalau datang ke Pontian! Yang paling best anggaran harga pun masih berpatutan dan boleh dikatakan agak murah. Nak ngopi ke ngeteh ke semua sesuai.
Seronok betul kalau ada Hommy 3 Tier Adjustable Trolley dekat rumah mesti tersusun rapi je barangan di dapur! Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
NASI LEMAK RINDU
Bukan sekadar Nasi Lemak Udang Galah tapi ada juga Baby Crab krupp krapp krupp krapp!
No 30G, Jalan Delima 3, Pusat Perdagangan Pontian (di belakang kedai Eco RM 2, bersebelahan restoran Cendolboy)
3:00 PM – 11:00 PM
017-734 1733
NASI PADANG PARIT SEMERAH
Sesekali nak ubah selera, jom try makan di Nasi Padang Parit Semerah. Jangan pandang sebelah mata, lauk pauk begini selalunya memang sedap!
Beralaskan daun pisang, dengan aneka lauk-pauk yang dimasak dan disaji dengan style Padang..memang terbaik!
Hantu gearbox mari terjah warung ni gerenti tak menyesal!
HOT ITEM
SUP GEARBOX KAMBING
MEE HUN SUP/MEE SUP AYAM/GEARBOX
LONTONG JOHOR
SOTO AYAM/GEARBOX
MEE HOON GORENG
NASI LEMAK
ROTI CANAI
“DINE IN” dan Bungkus
https://www.facebook.com/warungjumahat2000
LOKASI: WARUNG JUMAHAT
No 438-C Jalan Parit Mesjid
82000 Pontian Johor
TEINOT CAFE
Tak tahu nak bawak family makan mana malam ni? Jom bawak makan kat Teinot Cafe ni ada Shellout, ada Ayam Buttermilk dan juga pelbagai jenis menu lain. Kalau nak sambut Birthday dekat sini pun boleh! Buat tempahan sahaja semua settle.
NAMA ‘roti arab skirt’ agak pelik kedengaran dan pastinya pelanggan tertanya-tanya bagaimana rupa roti tersebut.
Menurut pemilik warung Ayang Zairi, Noriza Shahrom, 43, idea itu datang daripada suaminya, Mohd Zairi Omar, 49, selepas makan di sebuah kedai roti arab.
“Sebenarnya kami sekeluarga memang kalau pergi kedai makan, kami suka pesan lain dari senarai menu. Suami pernah pesan roti arab ditambah telur atasnya, dia kata macam pakai skirt. Memang tukang masak rasa pelik.
“Lepas kami buka warung ini Mei lalu, saya ambil semula segala menu pelik yang kami pesan sebelum ini untuk kedai kami,” katanya kepada Sinar Harian.
Dari situ, maka terhasil lah roti arab skirt iaitu roti arab kosong yang dimasak dengan sebiji telur di atasnya dan dijual RM3 setiap satu.
Di warung Ayang Zairi, roti arab daging dan roti arab daging telur goyang turut menjadi pilihan pelanggan kerana keenakan daging cincang hasil air tangan Noriza sendiri.“Kami anak beranak memang suka makan daging tak kira kambing atau lembu. Jadi tercetus idea untuk makan roti arab cicah dengan daging.
“Saya cuba-cuba saja awalnya, tak sangka pula menjadi dan Alhamdulillah dapat sambutan. Saya hasilkan sendiri resipi daging masak rempah itu dan dijual RM4.50 dan RM5.50 setiap satu,” katanya.
Uniknya warung Ayang Zairi turut menjual roti jala telur bersaiz besar yang dimakan bersama kari ayam.
Melihat kepada saiznya pasti buat pelanggan teruja.
Warung Ayang Zairi beroperasi setiap hari kecuali Sabtu bermula jam 7 pagi hingga 4.30 petang di hadapan kompleks perumahan polis Mersing.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira