
Berangan nak buat Ayam Gunting Rangup macam beli kat Pasar Malam? Boleh je dan tak susah, anda ikut cara yang dinyatakan dalam resipi ini. Gerenti jadi dan lepas ni tak kalau anak-anak nak makan Ayam Gunting tak perlu lah nak ke Pasar Malam, buat je sendiri, senang cerita, jimat dan sedap.
AYAM GUNTING RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 sudu teh serbuk lada sulah.
1 cawan tepung serbaguna (saya guna tepung bistari
1 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
Secubit garam.
CARA MEMBUAT:
- Isi ayam yang telah dihiris nipis dan lebar digaukan dengan serbuk lada sukah.
- Campurkan tepung serbaguna bersama soda bikarbonat, gaul rata.
- Masukkan isi ayam ke dalam bekas berisi tepung, gaulkan isi ayam dengan tepung serbaguna tadi hingga rata (isi ayam diselaputi tepung sepenuhnya).
- Kemudian celupkan dalam telur yang telah dikacau dengan sedikit garam.
- Selepas itu, masukkan semula dalam bekas berisi tepung tadi, gaul rata sekali lagi.
- Panaskan minyak yang banyak ( boleh guna periuk), goreng isi ayam dan pastikan ia tenggelam dalam minyak panas sepenuhnya.
- Setelah garing dan ayam goreng bertukar warna keperangan, angkat dan toskan.
- Kemudian gunting dan taburkan sedikit serbuk cili jika suka pedas.
- Hidangkan panas-panas untuk mendapatkan kerangupannya.
Sumber : Salimah Olie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pepes Ayam Beraroma Daun Pisang. Tumis & Kukus Seenak Rasa

Pepes ayam ni istimewa sekali bahan sambalnya ditumis dan disatukan dengan ayam kisar. Kemudian balut dengan daun pisang macam balut kuih koci dan kemudian dikukus. Semerbak bau ayam pepes yang mengecurkan air liur. Sajian ayam yang cukup sedap.
Resipi ayam pepes dan foto oleh Rosmaliza Omar ni memang nampak gerenti sedap. Rupanya aje sudah menggoda, bila makan memang licinlah pinggannya.
PEPES AYAM
.
BAHAN-BAHAN :
- Isi ayam bahagian dada dikisar
- 2 biji telur
- 2 sdb ketumbar**
- 2 sdb jintan manis**
- 2 sdb jintan putih**
- 3 btg serai**
- 5-6 ulas bawang merah**
- 3 ulas bwg putih**
- 4 biji buah keras**
- 1 inci halia**
- 1 inci kunyit**
- Segenggam cili kering**
- 2 kiub ayam
- 250 ml santan kara
- Secukup rasa
- Garam, gula
- Daun pisang utk membungkus
CARA MEMASAK :
1. Blend semua bahan² bertanda ** kecuali isi ayam dan telur hingga lumat dan tuangkan dalam kuali, masukkan sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.
.
2. Kemudian masak semuanya hingga pekat dan sejukkan sambal.
.
3.Isi ayam kisar digaul dengan telur, setelah sambal sejuk campurkan dengan ayam kisar tadi. Gaul rata² isi ayam dan sambal. Pepes ayam ni nak rasa pedas² manis.
.
.
4. Letakkan 1 sudu kecil adunan pepes atas daun pisang dan bungkus mcm kuih koci kemudian kukus selama 20 minit.
.
5. Masa nak makan bakar sekejap atas dapur. Makan panas², sedapnya
KREDIT FOTO DAN RESIPI : Rosmaliza omar
Ini 3 Menu Mudah & Sedap, Boleh Cuba Untuk Tahun Baru Lebih Sihat.
5 Jenis Mi Berkuah Sedap Di Nikmati, Sesuai Dengan Bajet Tengah Bulan!

Isi Kandungan
ToggleSajian hidangan yang pastinya memikat perutmu di tengah bulan ini! . Selain mudah disediakan, ia boleh disesuaikan dengan bajet yang anda ada. Maklumlah habis perayaan, bajet kena jaga. Jangan risau, cuba dulu hidangan mi berkuah yang RASA kongsikan ni gerenti tak menyesal. Selamat mencuba!
1. Mi Siam Berkuah
Bahan-Bahan:
- 500 gram mihun – rendam sehingga lembut dan ditoskan
- 300 gram isi ayam – potong dadukan
- 3 keping tauhu – goreng dan dipotong empat segi
- 50 gram daun kucai – Dipotong pendek
- 5 biji telur – Direbus dan dibelah dua
- 3 sudu makan minyak
- 3 camca besar taucu
- ¼ sudu teh garam – pilihan
- 5 biji limau kasturi – Dibelah dua
Bahan Kisar:
- 15 tangkai cili kering -rendam dahulu sehingga lembut
- 5 ulas bawang putih
- 2 labu bawang besar
- 20 gram udang kering – direndam dahulu
Bahan Kuah Mi Siam:
- 1/2 cawan kacang tanah – goreng dan ditumbuk halus
- 1 batang serai – dititik
- 5 sudu besar taucu
- 3 sudu makan air asam jawa
- 3 sudu makan minyak
- 1 sudu teh gula
- ¼ sudu teh garam – pilihan
Bahan Kisar:
- 20 tangkai cili kering (direndam dahulu)
- 3 ulas bawang putih
- 4 labu bawang besar
- 30 gram udang kering
Cara membuat:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau wangi.
- Masukkan isi ayam dan taucu. Masak sehingga taucu garing.
- Masukkan bihun dan kacau sehingga rata.
- Akhir sekali masukkan daun kucai dan kacau sebati. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat kuah mi Siam, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
- Tuang air asam jawa dan kacau rata.
- Kemudian masukkan taucu, gula, garam dan akhir sekali masukkan kacang. Tambah air jika perlu. Masukkan serai titik.
- Masak sehingga kacang masak secukupnya. Tutup api. Letakkan bihun ke dalam pinggan dan tuangkan kuah di atasnya atau hidang berasingan.
2. Mi Sup Daging (Chinese Style)
Bahan-bahan:
- 250 gram mi kuning – basuh dan dicelur
- 500 gram daging – Rebus hingga lembut dan potong nipis. Simpan lebihan air rebusan daging.
- 2 cm halia muda – Dicencang halus
- 2 ulas bawang putih – Dicencang halus
- 50 gram daun bawang – potong kasar
- 3 batang daun saderi – Dipotong kasar
- 50 gram salad cina
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 sudu teh ‘chinese five spice powder’
- 2 sudu teh sos ikan
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh jus lemon
- 1 sudu makan minyak
- ½ sudu teh serbuk lada sulah
- ¼ sudu teh garam
- Air/ stok daging secukupnya
Cara membuat:
- Panaskan minyak dan masukkan halia, bawang putih dan daun bawang. Masak sehingga terbit bau.
- Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.
- Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis.
- Tuangkan stok daging diikuti five spice powder. Reneh sehingga kuahnya pekat sedikit dan daging betul-betul lembut.
- Masukkan kicap cair, sos tiram dan sos ikan.
- Masukkan pula daun saderi, jus lemon dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
- Tutup api dan masukkan sayur salad cina.
- Akhir sekali, taburkan dengan sedikit daun bawang. Letakkan mi ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah di atasnya. Sedia dinikmati.
3. Mi Kuah Sempoi
Bahan-Bahan:
- 500 gram mi kuning – Dicelur dan ditoskan
- 200 gram tauge
- 200 gram daging – potong empat segi dan rebus
- 3 biji ubi kentang – Direbus dan dipotong nipis
- 4 biji telur – Direbus dan dibelah dua
- 3 biji limau kasturi – Dibelah dua
- 50 gram sawi – Direbus dan ditoskan
- 4 keping tauhu – Digoreng dan dipotong empat segi
- 2 biji cili merah – Dipotong bulat
- Minyak untuk menggoreng
Bahan-Bahan Untuk Kuah:
- 3 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan tepung ubi yang dibancuh dengan 1 gelas air
- 2 sudu air asam jawa
- 2 liter air
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
- Di dalam periuk, masukkan cili kering kisar dan air asam jawa dan masak selama 10 minit.
- Masukkan pula daging berserta air rebusannya. Kacau Rata.
- Masukkan tepung ubi dan masak sehingga kuah pekat.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Letakkan mi bersama telur, sawi, cili merah, tauge dan kentang rebus di dalam pinggan. Tuangkan kuah secukupnya dan letakkan limau kasturi di atasnya. Sedia dihidangkan.
4. Mi Kari Putih Penang
Bahan-Bahan:
- 500 gram mi kuning – Dicelur dan toskan
- 500 gram santan
- 1 genggam ikan bilis
- 2 inci lengkuas – Dihiris kasar
- 3 batang serai- Diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 2 1/2 liter air
- 2 sudu makan minyak
- Gula secukup rasa
Bahan Sambal (Dikisar):
- 2 biji bawang merah
- 2 hiris lengkuas
- 1/2 sudu makan belacan
- 1 batang serai
- 2 sudu makan udang kering
- 10 tangkai cili kering – Direndam dan toskan
Bahan Hiasan:
- 300 gram isi ayam- Direbus dan dicarik-carik
- 100 gram kerang – Direbus dan ditoskan
- 100 gram tauge – dibersihkan
- 5 tangkai daun pudina – Dihiris kasar
- 1 biji limau kasturi – Dibelah dua
Cara Membuatnya:
- Masak sambal terlebih dahulu. Panaskan minyak dan tumis bahan sambal sehingga wangi. Masukkan garam dan gula dan masak sehingga garing. Ketepikan.
- Tuang air ke dalam periuk. Rebus ikan bilis bersama air sekurang-kurangnya selama 30 minit.
- Masukkan santan dan kacau sekata.
- Masukkan pula lengkuas, serai dan daun limau purut. Masak sehingga mendidih.
- Perasakan dengan garam. Jika kuahnya pekat boleh tambah air lagi. Tutup Api. Letakkan mi ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan letakkan bahan-bahan hiasan dan sambal di tepinya. Sedia dinikmati.
Kongsi resipi: Terima kasih Azian Hasan, Subang Jaya, Selangor.
Resipi Cucur Ketam Crispy Mudah Dan Ketagih!

Bosan asyik buat cucur biasa yang ada bawang dengan ikan bilis je, anak-anak pun mesti dah bosan, apa kata cuba resipi dari Cik Dayang Zuhaila ni untuk minum petang nanti gerenti habis licin cucur ketam crispy ni. Tak perlu sediakan bahan yang mahal pun, semua bahannya mudah didapati di semua kedai runcit ataupun pasaraya. Haa jomlah cuba resipi cucur ni.
CUCUR KETAM CRISPY
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum – BELI DI SINI
250gm/1paket fillet ketam (dipotong lebih kurang 1inci) – BELI DI SINI
1 biji bawang besar (dihiris nipis) – BELI DI SINI
100gm taugeh
100gm lobak merah (disagat) – BELI DI SINI
50gm daun kucai
2 cawan air
1 1⁄2 sudu teh baking powder – BELI DI SINI
Garam
Gula
Secukup rasa
Minyak secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan kesemua bahan diatas dan kacau rata.
2. Kemudian masukkan air dan kacau sehingga adunan sebati. Adunan mesti lah tidak
terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau pekat boleh tambahkan air.
3. Perapkan adunan sekejap lebih kurang 20minit.
4. Panaskan minyak. Gorengkan cucur sehingga keperangan dan masak dengan
menggunakan api yang sederhana.
5. Sedia untuk dihidang. Rangup diluar. Lembut didalam.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Cik Dayang Zuhaila
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Baru Nak Belajar Buat Karipap? Ini Resipi A Sampai Z Karipap Gerenti Jadi.
Sambal Balado Resipi Asli Dari Indonesia Boleh Tahan Dua Minggu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official