Berangan nak buat Ayam Gunting Rangup macam beli kat Pasar Malam? Boleh je dan tak susah, anda ikut cara yang dinyatakan dalam resipi ini. Gerenti jadi dan lepas ni tak kalau anak-anak nak makan Ayam Gunting tak perlu lah nak ke Pasar Malam, buat je sendiri, senang cerita, jimat dan sedap.
AYAM GUNTING RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1-2 keping isi dada ayam | hiris nipis dan lebar
1 sudu teh serbuk lada sulah.
1 cawan tepung serbaguna (saya guna tepung bistari
1 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
Secubit garam.
CARA MEMBUAT:
- Isi ayam yang telah dihiris nipis dan lebar digaukan dengan serbuk lada sukah.
- Campurkan tepung serbaguna bersama soda bikarbonat, gaul rata.
- Masukkan isi ayam ke dalam bekas berisi tepung, gaulkan isi ayam dengan tepung serbaguna tadi hingga rata (isi ayam diselaputi tepung sepenuhnya).
- Kemudian celupkan dalam telur yang telah dikacau dengan sedikit garam.
- Selepas itu, masukkan semula dalam bekas berisi tepung tadi, gaul rata sekali lagi.
- Panaskan minyak yang banyak ( boleh guna periuk), goreng isi ayam dan pastikan ia tenggelam dalam minyak panas sepenuhnya.
- Setelah garing dan ayam goreng bertukar warna keperangan, angkat dan toskan.
- Kemudian gunting dan taburkan sedikit serbuk cili jika suka pedas.
- Hidangkan panas-panas untuk mendapatkan kerangupannya.
Sumber : Salimah Olie