Ayam percik selalunya dijual di pasar malam. Namun sekarang boleh dikatakan susah juga nak jumpa ayam percik di lokasi pasar malam.
Jadi, kalau anda teringin menikmati ayam percik, apa kata buat sendiri. Resipinya tidaklah terlalu susah. Boleh ikut resipi dari instagram Dapur syira Lokman ini. Senang sungguh. Bolehlah nikmati sepuasnya ayam percik yang anda inginkan.
Jom kita lihat resipinya.
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
10 ulas bawang merah kecil (kisar)
1 inci halia (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 batang serai (kisar)
3 tangkai cili kering (kisar)
7 tangkai cili padi (kisar)
1 ekor ayam (belah 2 atau 4 dan bersihkan)
Garam secukupnya
Gula secukup rasa
Air
1 cawan santan pekat
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar.
2. Kemudian masukkan ayam, garam dan gula.
3. Tambah air dan masak sehingga ayam empuk.
4. Tambahkan santan dan biarkan seketika hingga agak pekat.
5. Sediakan pemanggang di sebelah. Kemudian, angkat ayam lalu bakar ayam di atas pemanggang. Biarkan sehingga sedikit hangit.
6. Lebihan kuah percik tadi kacau rata sehingga pekat dan boleh tutup api.
7. Bila ayam dah siap bakar, boleh letakkan ayam atas pinggan dan limpahkan kuah percik.
Selamat mencuba!
Kredit: Intagram https://www.instagram.com/p/Bxw5bQ2lLvI/