Teringin Makan Lepat Liat Utara, Ini Cara  Membuatnya.

Share

Dulu-dulu sebut je Lepas Liat, di kalangan orang utara menang popular. Sejenis lepat yang dibuat dari tepung pulut santan dan berintikan kelapa. Rasa liat dan kenyal adunan tepung pulut dengan santan, gula merah menjadikannya ia lemak manis. Ditambah dengan inti kelapa, memang lengkap rasa sedapnya. Membuatnya pun tak susah, resipi sudah disediakan, anda boleh cuba.

LEPAT LIAT UTARA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan santan
1cawan gula merah | masak, tapis dan sejukkan
3 sudu makan gula putih
1 sudu kecil garam
1 cawan kelapa parut (putih sahaja) yang digaul dengan sedikit garam halus
Daun pisang secukupnya | dilayur dan lap bersih

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan, garam, gula ke dalam bekas berisi tepung pulut. Gaul sebati.
  2. Kemudian tambahkan ke dalamnya air gula merah, kacau supaya tidak berketul.
  3. Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak masak, kemudian letakkan dua sudu makan adunan tepung pulut. Ratakan.
  4. Sapu minyak pada jari dan tekan adunan.
  5. Letakkan inti kelapa di tengah adunan dan balut kemas macam buat lepat biasa.
  6. Setelah siap susun dalam pengukus secara bersilang, dan lakukan hingga habis.
  7. Kukus dalam pengkukus yang sedia dipanaskan selama 45 minit.
  8. Setelah masak, sejukkan sebelum sedia dihidangkan.

Kredit: Nor Hasimah

Lagi resipi berkaitan:-

Published by
webadmin