Mi Kolok Sarawak ni kalau tengok resipi memang nampak rumit tapi bila makan memang berbaloi sedap dan gerenti puas hati. Jadi apa kata kita cuba masak sendiri. Kalau sudah biasa mesti mudahkan. Sedap ni makan berulang-ulang di hujung minggu ni.
Cubalah ye..
Mi Kolok Daging Sarawak
Bahan-bahan:
- 3-4 gulung mi sanggul
- 1 sudu makan perencah sup
- 100gm daging
- 5 ulas bawang putih | dicincang
- 8 biji cili api
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4 sudu makan minyak masak
- 5 sudu teh kicap manis
- 1 sudu teh kicap pekat
- 2 biji limau kasturi | ambil jusnya
- 1 sudu teh sos ikan atau sos soya
- 1 sudu teh cuka
- Daun bawang & daun sup | dihiris
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
Cara Memasak Sup:
- Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
- Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
- Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
Cara Memasak Mi :
- Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
- Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
- Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
- Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
Cara Memasak Sambal:
- Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.