1. Gaulkan semolina/suji halus, gandum dan garam sehingga jadi sebati, jadikan lubang di tengah mangkuk. 2. Kemudian, masukkan air panas sikit-sikit dan uli sampai jadi doh. Uli dalam 5 minit lepas tu tutup dengan tuala lembab, perap dalam 20 minit. Kemudian uli lagi dalam 2-3 minit. Doh akan jadi lembut.
3. Bahagikan doh jadi 2 bahagian, canai nipis, tekapkan dengan acuan bulat saiz kecik. Jangan besar sangat tau, nanti tak boleh nganga mulut nak masukkan puri tu. 4. Bila dah habis canai, bolehlah goreng. Guna api sederhana saja, masukkan satu dulu, bila kembung baru masukkan satu lagi. Begitulah seterusnya sampai habis.
*Kalau nak cepat, pakai puri chips/papad. Saya pakai yang ni ja, cepat dan crispy. Terus goreng dan siap! Boleh tengok di shopee.
Segenggan daun ketumbar – beli online di sini ½ genggam daun pudina 1 inci halia – beli online di sini 2 batang cili api (nak pedas boleh tambah lagi, tapi saya bubuh 2 batang tu sedang elok saja untuk bagi rasa pedas) – beli online di sini ¼ cawan air asam jawa – beli online di sini ½ cawan air *Kisar semua bahan di atas sampai halus, kemudian tapis. 2 cawan air 1 sudu serbuk pani puri masala (saya beli di shopee) Garam secukup rasa ¼ sudu kecil lada hitam – beli online di sini Sedikit perahan lemon (dalam 2 sudu besar)
1. Masukkan bahan kisar tadi dalam bekas. Kemudian, tambahkan 2 cawan air, serbuk pani puri, garam, lada hitam dan perahan lemon. 2. Adjustrasa secukupnya. Kalau rasa bancuhan agak kuat, tambah air dan adjust rasa masala dan garam. 3. Adunan ini kena cair-cair saja tapi secukup rasa. Masam masin pedas, siap!
BAHAN UNTUK TAMARIND PANI:
Asam jawa tanpa biji (saiz bola pingpong) 1 ketul gula melaka mini (atau separuh kalau guna yang saiz biasa) 5 biji kurma, buang biji (saya pakai mariami sebab rasa nutty dia sedap) 2 cawan air 1 sudu kecil pani puri masala ½ sudu kecil serbuk cili – beli online di sini Garam secukup rasa
CARA-CARA:
1. Rebus asam jawa, gula melaka, kurma dan air sampai kurma lembik. 2. Kemudian kisar sampai jadi puree. Tapis untuk dapatkan puree yang cantik, kalau terlalu pekat tambah air sikit. 3. Tambahkan pani puri masala, serbuk cili dan garam secukup rasa. Kacau sebati, tekstur dia likat macam puree. 4. Dapatkan rasa seimbang masam manis masin pedas hujung-hujung. Siap!
Ads
BAHAN UNTUK ALOO STUFFING (KENTANG):
5 biji ubi kentang | rebus sampai lembut dan lenyek-lenyekkan – beli online di sini 1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini 1 sudu besar pani puri masala Garam secukup rasa 1 biji bawang besar | potong dadu – beli online di sini Sedikit daun ketumbar | cincang halus 2-3 batang cili padi | potong halus
CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan di atas dan kacau. Adjust bagi rasa seimbang. Boleh tambah lada hitam sikit kalau suka pedas-pedas. 2. Kemudian, masukkan bawang besar, sedikit daun ketumbar dan cili padi. Kacau-kacau. Siap!
CARA MAKAN:
1. Pecahkan bahagian atas puri dengan ibu jari, bagi jadi lubang. Masukkan aloo stuffing, bawang, daun ketumbar dan cili. 2. Tuangkan sedikit tamarind pani dan selebihnya mint pani. Terus masuk mulut sebiji tu.
Usai menjamu selera puding manis lemak berkrim pastinya melengkapkan sajian makan tengahari atau makan malam anda.
Enak dimakan sejuk dari peti ais, dua puding hasil idea tenaga pengajar dari KDU University College , Chef Fame Taufiq Fakarudin memang istimewa. Lembut dan cair di mulut…aahhh nyaman di tekak. Selamat mencuba.
PUDING SANTAN DAN MOUSSE SANTAN
BAHAN-BAHAN ;
300 gm susu segar @ penuh krim
200gm krim cair
3gm garam @ secukup rasa
100gm gula kastor
15gm serbuk gelatin
30gm air
50gm daun pandan | dikisar bersama susu
Bahan mousse santan :
120gm santan pekat
300gm coklat putih
15gm serbuk gelatin
35gm air
400gm krim putar manis
3gm gula
CARA MEMASAK :
Puding Pandan:
1. Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
2. Kisar daun pandan bersama susu, tapis dan buang serat pandan
3. Campurkan krim, susu, garam dan gula ke dalam periuk
4. Panaskan kesemua bahan tersebut diatas api yang sederhana dan masak sehingga suam
5. Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
6. Tuangkan adunan pandan ke dalam loyang atau gelas dan simpan di dalam peti sejuk sehingga kental
7. Potong puding mengikut kehendak hidangan
Mousse Santan:
1. Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
2. Cairkan coklat putih di atas air panas yang mendidih
3. Panaskan santan dan garam bahan tersebut di atas api yang sederhana sehingga suam
4. Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
5. Campurkan coklat puti yang cari kedalam adunan tadi
6. Pukul krim putar sehingga kembang
7. Masukkan krim putar tadi kedalam adunan santan, gaulkan sehingga sebati
8. Masukkan kedalam beg piping bersama star nozzle
9. Paipkan mousse santan ke atas puding pandan
SAIZ HIDANGAN : 6- 8 orang
INFO CHEF :
1. Hiaskan bersama kepingan isi kelapa yang dihiris nipis, daun pandan dan juga sedap bersama kepingan coklat
2. Garam akan menaikkan rasa lemak di dalam setiap hidangan yang mengandungi santan, susu dan krim
PUDING STRAWBERI & KOPI ITALI
BAHAN-BAHAN :
200gm susu segar @ susu penuh krim
500gm krim cair
4gm garam @ secukup rasa
120gm gula kastor
20gm serbuk gelatin
60gm air
10gm pes strawberi
10gm pes kopi
CARA MEMASAK :
1. Taburkan serbuk gelatin ke dalam air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
2. Campurkan krim, susu, garam dan gula ke dalam periuk
3. Panaskan kesemua bahan tersebut diatas api yang sederhana dan masak sehingga suam
4. Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
5. Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian dan masukkan pes starwberi kedalam satu bahagian dan pes kopi ke dalam bahgian yang lain
6. Tuangkan adunan strawberi ke dalam gelas yang disengetkan di dalam peti sejuk
7. Sejukkan sehingga kental dan tuang adunan kopi kedalam gelas yang sama dan sejukan sehinggan kental
8. Boleh dihindangkan bersama krim putar yang diletakkan hirisan strawberi, daun pegaga dan coklat ‘shaving’
INFO CHEF :Untuk memberi keenakan yang unik, puding ini boleh dihidangkan bersama sos strawberi
Resipi : Chef Fame Taufiq Fakarudin
Terima kasih : KDU University College, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my
Bubur ayam memang sedap kalau makan kosong atau tanpa tambahan lauk lain. Tapi kalau nak rasa yang next level atau lebih sedap, boleh tambahkan lauk seperti kangkung goreng belacan dan juga telur masin. Makan tak cukup semangkuk.
Hidang bubur ayam panas, diganding hebat dengan sayur kangkung goreng belacan dan sambal belacan. Walau nampak simple aje, tapi percayalah pasti makan bertambah-tambah. Sungguh menyelerakan.
BUBUR AYAM
Semangkuk beras
3 biji kentang
3 ketul ayam bahagian isi
bawang goreng
2 ketul kiub pati ayam
2 sudu teh garam
4 renjis minyak bijan
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras bersih. Selepas itu letakkan ayam di atas beras.
2. Isikan air 5 mangkuk yang sama sukat beras tadi. Masak sampai ayam empuk. Jangan gunakan api besar dan pastikan kacau setiap 5 minit untuk mengelakkan bahagian bawah hangit.
3. Keluarkan ayam bila sudah empuk. Isi ayam disiat-siat halus .
4. Masukkan isi ayam yang sudah disiat dalam periuk nasi tadi. Masukkan kentang, kiub ayam dan garam. Kacau hingga sebati.
5. Masak sampai kentang empuk. Akhir sekali tabur bawang goreng dan gaulkan sampai masak.
KANGKUNG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
*Cili padi
*Bawang putih
*Bawang merah
*Belacan
*Ikan bilis
Kangkung
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk semua bahan-bahan bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga naik bau. Selepas itu sos tiram 1 sudu dan secubit garam.
3. Masuk kangkung yang sudah dibasuh bersih dan kacau-kacau dalam 2 minit. Tutup Api (ingat tidak perlu tambah air)
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah
Cili merah
Cili padi
Belacan
CARA MEMASAK:
1. Gorengkan bahan-bahan sekejap.
2. Angkat dan tumbuk kasar.
3. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan bahan yang ditumbuk tadi. Masuk satu sudu gula dan sedikit garam. Masakkan sehingga kering.
Kalau teringin nak makan steak, mesti korang makan kat luar dan makan pun sekali sekala, maklum jelah harga sepinggan steak pun boleh tahan. Kalau selalu sangat makan kat luar parah dibuatnya. Apa kata korang cuba buat steak sendiri di rumah dan sos boleh dipelbagaikan. Nak tahu macam mana cara buat sos steak, Ini RASA kongsikan cara buat sos steak, bukan satu ye, tapi lima jenis sos sekali. Senang dan jimat banyak kalau buat sendiri.
SOS CENDAWAN
Kalau suka sos yang creamy dengan tekstur pekat, korang boleh buat sos cendawan yang sedap seperti disediakan oleh kebanyakan restoran western. Caranya mudah je, dan ikut resipi ini:-
Bahan-Bahan:
200gm cendawan butang (dihiris)
50gm mentega
2 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu makan mustard
2 sudu makan whipping cream
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak, korang panaskan mentega, kemudian tumis bawang putih, hingga wangi kemudian masukkaan cendawan, kacau rata hingga layu. Kemudian tambah mustard dan whipping cream, terus kacau hingga pekat. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan memasukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Tak sampai lima dah siap, dan siram pada steak yang telah siap digrill.
SOS LADA HITAM
Sos ini adalah sos wajib ada di kebanyakan restoran western yang menyediakan menu steak dan paling disukai ramai. Rasanya yang sedap creamy dan sedikit pedas lada hitam memang boleh ketagih dibuatnya. Jangan risau ye, ini caranya kalau korang nak cuba.
Bahan-Bahan:
1 sudu makan mentega
1 ulas bawang putih |cincang
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1/2cawan air stok ayam
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos lada hitam
1/2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan susu makan susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak mudah je, korang panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih, apabila wangi, tambahkan kicap, sos lada hitam. Kacau rata dan masukkan air stok ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api, kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air dan tambahkan susu cair dan serbuk lada hitam sebagai penambah perisa, Memang terbaik rasanya.
SOS TOMATO
Sos ini sangat mudah dan bahannya memang sedia ada di dapur kebanyakan rumah korang semua. Cuma rasanya sedikit pedas dan masam. Untuk menyediakan sos ini anda perlu ada:-
Bahan-Bahan:
50gm mentega
2 biji tomato segar | dadu halus
2 sudu makan sos tomato
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan daun ketumar | cincang halus
2 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan air stok ayam
1/2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Keju parmesan secukupnya atau ikut cita rasa
Cara memasaknya, korang panaskan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan pes cili, kacau rata, diikuti oleh sos tomato. Seterusnya masukkan air stok ayam, kacau rata dan tambahkan tomato cincang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api, masukkan tepung jagung dan terus kacau hingga pekat. Tutup api dan tuangkan atas steak dan taburkan keju parmesan di atasnya. Memang mantap sedapnya.
SOS SALSA VERDE
Sos berasal dari Itali ini berwarna hijau, sangat sedap dan sedikit rasa masam, sangat sesuai di makan dengan steak medium rare. Aromanya yang kuat boleh menghilangkan rasa hanyir steak. Macam mana nak buat, ini caranya:-
Bahan-Bahan:
2 sudu makan daun peterseli | hiris halus
2 sudu makan daun bawang | hiris halus
2 sudu makan daun pudina | hiris halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu teh capers
Sedikit hirisan ikan masin
1 biji lemon | ambil jusnya
3 sudu makan minyak zaitun
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya, semua bahan hirisan daun peterseli, bawang dan pudina dimasukkan dalam mangkuk, kemudian tambahkan cepers hirisan ikan masin dan bawang putih yang telah dicincang. Gaul rata dan tambahkan jus lemon dan minyak zaiton. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Gaul rata. Sos sedia dihidangkan bersama steak yang baru saja dipanggang.
SOS TERIYAKI
Jika ingin steak dengan sos cita rasa Jepun, korang boleh cuba dengan sos teriyaki. Sos ini kaya dengan rasa manis dan masin, sesuai untuk yang tidak suka pedas. Cara menyediakannya juga senang. Korang hanya perlu sediakan:-
Bahan-Bahan:
5 sudu makan kicap masin
5 sudu makan air sejuk
1 ulas bawang putih |cincang
2 cm halia | hiris halus
1 sudu makan madu
1/2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Untuk menyediakannya, campurkan semua bahan kecuali tepung jagung, garam dan gula.Gaul rata, kemudian renehkan atas dapur menggunakan api sederhana setelah mendidih, kecilkan api dan tambahkan tepung jagung, kacau rata kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah siap, boleh tuangkan sos di atas steak bakar dan untuk penambah rasa boleh taburkan sedikit bijan yang telah digoreng sangai.
Wau korang pasti hebat menyediakan steak dalam pelbagai rasa dan paling penting sangat menjimatkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!