Ada peminat makanan masyarakat India iaitu pani puri? Biasanya tengok makanan ini dalam cerita Hindi atau Tamil.
Terutamanya dalam filem Dangal apabila Amir Khan bagi last call untuk anak-anak dia makan pani puri sebelum mula hardcore training.
Menerusi perkongsian daripada Liza Sharif, menu pani puri yang dibuatnya memenuhi citarasa mereka sekeluarga menerusi resipi ini.
RESIPI CARA BUAT PANI PURI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan semolina/suji halus
¼ cawan tepung gandum – beli online di sini
1 sudu kecil garam – beli online di sini
½ cawan air panas
TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®: Sup Ayam Tomyam
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
CARA-CARA:
1. Gaulkan semolina/suji halus, gandum dan garam sehingga jadi sebati, jadikan lubang di tengah mangkuk.
2. Kemudian, masukkan air panas sikit-sikit dan uli sampai jadi doh. Uli dalam 5 minit lepas tu tutup dengan tuala lembab, perap dalam 20 minit. Kemudian uli lagi dalam 2-3 minit. Doh akan jadi lembut.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Bahagikan doh jadi 2 bahagian, canai nipis, tekapkan dengan acuan bulat saiz kecik. Jangan besar sangat tau, nanti tak boleh nganga mulut nak masukkan puri tu.
4. Bila dah habis canai, bolehlah goreng. Guna api sederhana saja, masukkan satu dulu, bila kembung baru masukkan satu lagi. Begitulah seterusnya sampai habis.
*Kalau nak cepat, pakai puri chips/papad. Saya pakai yang ni ja, cepat dan crispy. Terus goreng dan siap! Boleh tengok di shopee.
*Klik di sini untuk video cara goreng puri chips/papad
BAHAN UNTUK MINT PANI:
Segenggan daun ketumbar – beli online di sini
½ genggam daun pudina
1 inci halia – beli online di sini
2 batang cili api (nak pedas boleh tambah lagi, tapi saya bubuh 2 batang tu sedang elok saja untuk bagi rasa pedas) – beli online di sini
¼ cawan air asam jawa – beli online di sini
½ cawan air
*Kisar semua bahan di atas sampai halus, kemudian tapis.
2 cawan air
1 sudu serbuk pani puri masala (saya beli di shopee)
Garam secukup rasa
¼ sudu kecil lada hitam – beli online di sini
Sedikit perahan lemon (dalam 2 sudu besar)
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN RASA MERDEKA: AISKRIM MALAYSIA TETAP DI HATI]
CARA-CARA:
1. Masukkan bahan kisar tadi dalam bekas. Kemudian, tambahkan 2 cawan air, serbuk pani puri, garam, lada hitam dan perahan lemon.
2. Adjust rasa secukupnya. Kalau rasa bancuhan agak kuat, tambah air dan adjust rasa masala dan garam.
3. Adunan ini kena cair-cair saja tapi secukup rasa. Masam masin pedas, siap!
BAHAN UNTUK TAMARIND PANI:
Asam jawa tanpa biji (saiz bola pingpong)
1 ketul gula melaka mini (atau separuh kalau guna yang saiz biasa)
CARA-CARA:
1. Rebus asam jawa, gula melaka, kurma dan air sampai kurma lembik.
2. Kemudian kisar sampai jadi puree. Tapis untuk dapatkan puree yang cantik, kalau terlalu pekat tambah air sikit.
3. Tambahkan pani puri masala, serbuk cili dan garam secukup rasa. Kacau sebati, tekstur dia likat macam puree.
4. Dapatkan rasa seimbang masam manis masin pedas hujung-hujung. Siap!
BAHAN UNTUK ALOO STUFFING (KENTANG):
5 biji ubi kentang | rebus sampai lembut dan lenyek-lenyekkan – beli online di sini
1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
1 sudu besar pani puri masala
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar | potong dadu – beli online di sini
Sedikit daun ketumbar | cincang halus
2-3 batang cili padi | potong halus
CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan di atas dan kacau. Adjust bagi rasa seimbang. Boleh tambah lada hitam sikit kalau suka pedas-pedas.
2. Kemudian, masukkan bawang besar, sedikit daun ketumbar dan cili padi. Kacau-kacau. Siap!
CARA MAKAN:
1. Pecahkan bahagian atas puri dengan ibu jari, bagi jadi lubang. Masukkan aloo stuffing, bawang, daun ketumbar dan cili.
2. Tuangkan sedikit tamarind pani dan selebihnya mint pani. Terus masuk mulut sebiji tu.
Kredit resipi: Liza Sharif
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: