Bagi peminat Nasi Mandy, sajian dari Timur Tengah ini pastinya sentiasa dirindui. Ramai yang menggemari hidangan ini tidak kira tua atau muda. Keluarga anda pun suka? Ha…Inilah masanya nak belajar masak sendiri guna resipi mudah ni. Saudari Nik Imana ada kongsikan resipi Nasi Mandy Ayam yang mudah dan sedap. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Rebus ayam bersama kulit kayu manis, lada hitam, jintan manis, jintan putih, ketumbar, kiub pati ayam, sedikit garam, tomato & cili hijau. 2. Rebus beberapa ketika supaya ayam masak di bahagian dalam. 3. Kemudian toskan ayam. Rempah dalam rebusan into jika tidak suka tergigit, boleh kisar halus.
CARA MEMASAK: 1.Ayam yang ditoskan tadi disapu dengan bahan perapan ayam dengan secukupnya. 2. Kemudian letak hirisan lemon dan panggang dalam air fryer/ketuhar sehingga perang keemasan.
3. Jika nak masak ayam letak dalam nasi pun boleh tapi empunya resipi suka ayam yang dipanggang.
CARA MEMASAK: 1.Untuk masak nasi, cuci beras basmathi dan rendam setengah jam. Kalau guna beras biasa, tidak perlu rendam. 2. Panaskan planta/minyak sapi, tumiskan sedikit (anggaran secubit)biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih (kalau takut tergigit boleh kisar halus) & daun bay. 3. Tumis semua sampai naik bau kemudian masukkan beras tadi. Goreng sekejap. 4. Kemudian masukkan air rebusan ayam ikut sukatan biasa yang anda letak untuk masak nasi dan juga sedikit garam. 5. Bila nasi sudah kering, taburkan daun ketumbar & buat sedikit lubang dekat nasi untuk letak pewarna kuning. Biarkan sampai nasi masak.
BAHAN SALATAH: Bawang holland – beli online disini Timun Tomato Perah lemon / cuka Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Potong bawang holland, timun dan tomato kecik-kecil. Kemudian perah lemon serta masukkan garam dan gula dengan secukupnya. Kacau. Jika tiada lemon, boleh gantikan dengan cuka.
BAHAN SAMBAL NASI ARAB: Cili merah Tomato Daun ketumbar Garam & perahan lemon
CARA MEMASAK: 1.Kisar cili merah, tomato dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam serta perahan lemon.
Ads
BAHAN SUP: Lebihan air rebusan ayam Akar daun ketumbar Garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning
CARA MEMASAK: 1.Untuk sup, lebihan air rebusan ayam ditambah dengan akar daun ketumbar. Kemudian perasakan dengan garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning. 2. Kemudian hidangkan bersana Nasi Mandy, ayam, Salatah dan sambal.
Koleksi resipi snek yang ibu-ibu kena cuba. Maklumlah, bila tibanya cuti sekolah, riuh rendah rumah dibuatnya. Masa inilah kaum ibu ‘terlebih’ sibuk di dapur sebab kaki makan tengah ramai berkumpul. Memang meriah! Snek antara hidangan ringan yang menjadi kegemaran anak-anak namun kebanyakan snek beku yang dijual di pasaran, kurang bagus untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan garam serta MSG yang tinggi.
Bagi anda yang mementingkan kualiti makanan yang dihidangkan, anda boleh menyediakan aneka resipi snek ini secara homemade. Mudah je! Jom cuba.
1. NUGGET AYAM TEMPURA
BAHAN-BAHAN:
700gm isi dada ayam | potong kecil
2 biji telur
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah saiz sederhana
Serbuk lada hitam secukupnya
3 sudu makan tepung ubi kayu
Garam dan perasa ( jika suka) secukupnya
Tepung goreng serbaguna secukupnya
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus. ( boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)
2. Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.
4. Setelah masak, keluarkan kek nugget tadi dari loyang.
5. Potong kek nugget mengikut saiz yang digemari.
6. Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget boleh disalut dengan sekata.
7. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
250gm keju Mozarella parut (jika beli yang ketul, parutkan supaya senang cair.)
250gm krim keju
1 cawan daun bayam racik (daun sahaja tanpa batang.)
1 sudu makan mentega
1 ulas bawang putih | cincang
1 sudu teh lada hitam | tumbuk halus
1 sudu teh garam halus
BAHAN SALUTAN:
1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur | dipukul
1 cawan serbuk roti oren
Nota: ** Nak tambah isi ayam cincang pun boleh. ** Nak gantikan bayam dengan daun sawi pun boleh. ** Nak guna carrot pun sedap. Caranya ialah parut halus dan perah sikit airnya. ** Nak guna brokoli pun ok. Ambil kepala brokoli tu cincang halus. ** Nak campur pun ok sangat-sangat. Ikut citarasa masing-masing.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan bawang putih. Biar naik bau. Masak guna api perlahan sahaja bagi elakkan bawang garing.
2. Masukkan keju mozarella dan krim keju. Kacau hingga cair.
3. Bila keju dah cair, masukkan daun bayam, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga bayam agak layu dan bertukar warna hijau gelap.
4. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian yang tidak melekat. Boleh juga sapukan sedikit minyak pada bekas. Jika nak buat bentuk bulat, kepal semasa keju masih panas. Sebab jika dah sejuk, susah nak bentukkan keju tersebut.
5. Tekan-tekan keju supaya rata. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga set.
6. Bila dah pejal, potong keju menjadi kepingan serta saiz yang digemari. Sebaiknya jangan terlalu tebal atau nipis. Jika tak nak potong, boleh juga terap menggunakan ‘cookies cutter’. Bentuknya cantik nanti.
7. Salutkan dengan 1/2 cawan tepung gandum.
8. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur. Ulang poses beberapa kali. Urutannya ialah: tepung – telur-tepung-telur.
9. Salut pula dengan dengan serbuk roti berwarna oren hingga rata.
10. Simpan kepingan keju di tempat beku selama 15 minit sebelum digoreng.
11. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan hingga kekuningan. Jika nak ‘frozen’kan pun boleh.
Buat dulu stok begedil dan disimpan dalam freezer dan digoreng bila hendak makan. Begedil sesuai makan dengan soto atau bihun dan boleh juga makan sebagai lauk. Sedap juga makan begitu sahaja dicicah dengan sambal kicap.
BEGEDIL AYAM
BAHAN-BAHAN
5kg kentang
1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
200g bawang goreng
200g daun sup
Telur (untuk salut bergedil)
BAHAN PERASA
garam
gula
serbuk lada sulah
CARA MEMASAK
1. Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
2. Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
4. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
5. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.
Info: Pernah rebus kentang tapi bergedil cepat basi.
1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
1 gelas air / stok ayam
* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
Saiz gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.
2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.
4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.
Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Daun salad secukupnya
Tomato – potong dadu
Lobak merah – disagat
Timun – disagat
Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
Tepung gorengan serbaguna
Telur – dipukul
Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.
Kalau sebut nasi briyani pasti tahu lauk gandingan wajib iaitu kurma atau gulai. Ikut cita rasa sendiri samada daging atau ayam.
Resipi perkongsian daripada Nor Shakinah Md Zainal cukup istimewa dari ayahnya. Katanya, “Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi. Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap2 dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan.”
1. NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi (basuh toskan) Sedikit daging dan tulang untuk buat stok (daging itu nanti buat kari pulak)
2-3 labu bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5-6 biji buah keras
*Separuh dihiris separuh diblend
3 helai daun pandan
Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih utk tumisan
Masukkn bahan tumisan, bawang putih & bawang merah yang hiris.
Sudah garing masukkan tulang dan daging. Kacau sekejap baru masukkan air dan biar sampai mendidih untuk ambil stok daging.
Selepas itu angkat daging dan tulang itu ketepikan. Masukkan bahan kisar dan biar reneh sekejap.
Masukkan rempah beriyani. Biar memekat.
Masukkan tomato puri tomato sup gula batu dan oren Sunquick.
Nampaksudah masak cantik masukkan air. Sudah menggelegak masukkan beras dan susu cair.
Masukkan jagung dan kismis. Periksa kalau air kurang tambahkan sedikit air.
Hendak masukkan dalam rice cooker pun boleh lagi senang. Tanak sehingga nasi masak. Bahan2 tu sahabat2 blh la agak2 ye… Sbb biasa ayah saya masak untuk ramai orang.
2.GULAI DAGING/KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging + tulang basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
2 kuntum Bunga lawang
4 Buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
Daun kari
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
5biji buah keras
Sedikit halia
Kentang atau rebung atau betik ikut suka la nk letak apa
2 senduk sederhana serbuk kari daging bancuh dgn sedikit air.. Jadikan pes
Santan dari 1 biji kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perisa kalau guna.. Biasa ayah saya guna hilal
Sedikit gula dlm 1 sudu teh
1 senduk kerisik
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
Tumiskan bahan tumis.
Masukkan serbuk kari sampai pecah minyak.
Masukkan bahan kisar dan reneh lagi sampai masak.
Masukkan daging dan tulang. Kacau sampai daging kecut.
Masukkan air. Masak sampai daging empok.
Sudah empuk daging masukkan kentang/rebung.
Seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
Perisakan dengan garam gula dan perisa. Siap.
3.KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
8 biji kentang | belah empat
2 senduk sederhana serbuk kurma-bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes
1 biji santan kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Sedikit gula
1 senduk kerisik
4 biji cili merah dan hijau-belah 2
3 biji bawang besar-belah 4
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
Tumiskan semua bahan tumis. Masukkan serbuk kurma dan biar sampai pecah minyak.
Masukkan bahan kisar. Reneh lagi sampai masak.
Selepas itu masukkan daging. Kacau sampai daging kecut.
Kemudian masukkan air. Masak sampai daging separuh empuk.
Masukkan kentang/rebung seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
Perisakan dengan garam gula dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijua dan bawang. Masak dalam 3-5 minit.
MAGGI® Cukup Rasa berkongsi 3 resipi berasaskan ayam yang istimewa, sesuai di masak untuk hidangan di rumah yang lazat dan enak untuk seisi keluarga. Pasti berselera ketika menjamahnya, menu paling mudah dan senang disediakan yang boleh anda cuba hari ini.
AYAM BALADO HIJAU
BAHAN-BAHAN A:
5-6 ketul ayam
3 cawan air
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
2 helai daun salam
1 batang serai
4 biji buah keras | kisar
BAHAN-BAHAN B:
10 biji cili hijau | tumbuk kasar
2 biji tomato hijau | tumbuk kasar
1 sudu makan air asam
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumurkan pada ayam bersama buah keras dan 1 sudu makan MAGGI® Cukup R Kemudian rebus ayam bersama daun salam, serai dan 3 cawan air hingga air hampir kering.
Angkat ayam dari periuk lalu goreng ayam dalam minyak yang panas hingga keperangan. Ketepikan.
Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B yang ditumbuk kasar hingga harum dan tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya. Tambah air asam dan gaul sebati.
Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati. Hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Sekiranya suka pedas, boleh tambah cili padi hijau dalam kuantiti yang dikehendaki. Tomato hijau akan memberi rasa masam semulajadi ke dalam makanan. Jika suka, boleh juga ditambah hirisan belimbing buluh.
AYAM SAMBAL BAWANG
BAHAN-BAHAN A:
5-6 ketul ayam
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
1 sudu makan serbuk cili
BAHAN-BAHAN B:
3 sudu makan cili kisar
1 batang serai | titik
2 labu bawang besar | dadu kasar
1 sudu teh air asam jawa
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Perap ayam bersama MAGGI® Cukup Rasa dan serbuk cili selama sejam atau lebih. Kemudian goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
Panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis cili kisar hingga cili masak.
Masukkan serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati.Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan gaul sebati.
Tuang sambal bawang ke atas ayam goreng dan hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Jika suka pedas, boleh tambah cili padi yang dikisar bersama cili kering. Api jangan terlalu besar ketika menumis cili. Ini kerana api yang besar akan membuatkan cili tak masak sepenuhnya dan pahit.
AYAM DAN SAYUR TUMIS KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
2 keping dada ayam | hiris nipis dan gaul dengan MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
200 gram bunga kobis | potong kecil
10 batang kacang buncis | potong kecil
1 batang lobak merah | hiris memanjang
1 bij cili merah | hiris
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji sawi
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam hingga agak perang.
Tambah serbuk kunyit dan biji sawi. Tumis sebati.
Masukkan bunga kobis, lobak merah, kacang buncis dan cili merah lalu kacau rata. Biarkan beberapa minit masak hingga semua sayur lembut. Jika perlu tambah sedikit air.
Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan kacau rata. Hidangkan segera.
TIPS DI DAPUR: Selain sayur-sayur yang terdapat dalam resipi ini, boleh juga gantikan dengan pelbagai sayur lain mengikut citarasa. Sayur tak perlu ditumis keterlaluan untuk mengekalkan khasiatnya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.