Teringin Sourdough Rosemary Focaccia, Boleh Ikut Cara Ni

Share

Mendengar nama rasa macam susah saja nak buat roti ini. Namun kalau dilihat cara dan teknik yang dikongsi oleh Chef Ritz mungkin anda boleh membuatnya. Roti Focaccia berasal dari negara Itali tetapi telah tersebar luas ke negara-negara Mediterrenean selepas Empayar Rom meluaskan jajahannya.
Bahan-bahan asas untuk roti focaccia secara tradisionalnya adalah tepung, minyak zaitun, garam, air dan yis. Tetapi sekarang ada pelbagai versi roti focaccia di seluruh dunia. Ada yang savoury, ada yang manis, ada jugak diletakkan pelbagai topping di atasnya.


Ok… Jom kita start!

SOURDOUGH ROSEMARY FOCCACIA
BAHAN-BAHAN
500g tepung roti, T65
50g sourdough starter
275g mashed potato (rebus sekali dengan kulit)
10g garam
280g air
50g minyak zaitun (nak pakai yang dara pun boleh)
2 tangkai fresh rosemary

Topping
Tomato cheery, fresh rosemary


Cara membuat:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer kecuali minyak dan uli pada kelajuan perlahan (lebih kurang 3 minit)
  2. Masukkan minyak dan uli pada kelajuan sederhana lebih kurang 10-15 minit.
  3. Jangan risau kalau doh masih lembik tapi pastikan semua bahan sudah uli sebati.

4.Pindahkan doh ke dalam bekas lain dan biarkan doh rehat selama 10 minit.

5.Lakukan stretch and fold technique dan ulang setiap 30 minit selama 3 kali

6.Lumurkan dulang dengan minyak (saya guna dulang saiz 12×9 inci) dan ratakan doh.

7.Proof selama lebih kurang 2 jam atau sehingga double size

8.Tuangkan minyak di atas doh dan massage secara sopan ,susun topping kesukaan.

9.Panaskan oven dan bakar pada suhu 190 darjah selsius selama 30-35 minit (lebih kurang sehingga doh menjadi perang)

10.Siap untuk dihidang

Kredit : Ritzuwan Syde, ritzthebaker.com

 

Published by
Putri Adila Saari