


Sajian yang cukup mudah untuk dibuat tanpa memerlukan masa yang lama. Gabungan keju, roti, sosej dan telur menghasilkan hidangan yang cukup lengkap untuk sarapan atau makan lewat malam anda.
ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh
- Sosej
- Cheese
- 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak

CARA MEMASAK:
1. Mula-mula sediakan 2 keping roti.
2. Letakkan cheese di atas roti
3. Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga.

4. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi


5. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau.
6. Kemudian celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata.

7. Panaskan kuali dan goreng

Kredit: Noor Haffiza Mohd Rashid
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rahsia Nak Dapatkan Churros Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam.

Churros memang sedap dimakan sebagai kudapan. Lembut, rangup dapat pulak dicecah dengan sos coklat memang padulah. Resipi Churros ni memang istimewalah banyak tip dan teknik yang diikongsi oleh pemilik resipinya.
CHURROS
°°°°°°°°°°°°

BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan air*
- 1 sudu besar mentega/margerin
- 1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu)
- 1 sudu teh esen vanila*
- Secubit garam*
1 cawan tepung gandum
1 biji telur B
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan-bahan bertanda * dlm kuali (guna kuali non stick). Buka api dan kacau smpai gula larut, biarkan mentega tu cair….
2. Tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan. Terus je balik-balikkan tepung tu sampai doh yang lembut terhasil, kalau doh tu berketul, pedulikn jee…
3. Telur pukul sikit dan tuang dalam doh. Doh masih panas, jadi terus aje uli-uli dengan senduk. Bila doh dah sejuk sikit dan boleh dipegang, ulilah dengan tangan sampai betul-betul sebati dan takde lagi ketulan tepung.

Tip : Doh yang cantik adalah doh yg licin dan agak kenyal. Tak melekat dekat tangan.
4. Masukkan doh dalam piping beg. Guna star nozle dan paipkan atas dulang yang dialas baking paper (tujuan tak bagi melekat aje)
Sementara dok paip Churros tu, bolehlah la panaskan kuali minyak.

5. Goreng sehingga keemasan dan diangkat.

6. Sira dgn gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih umph kalau cecah dalam sos coklat.
SOS COKLAT
°°°°°°°°°°°°°°°°
BAHAN-BAHAN :
- 100gm coklat masakan
- 1 sudu mentega (sy guna 2 sudu minyak jagung je)
– cairkan secara double boil
Tip nak dapatkan Churros yang best dan menjadi :
1. Ada beberapa resepi Churros yang empunya resipi dah cuba tetapi baginya ini yg terbaik. Rangup di luar, lembut di dalam.
Ada resepi saya buat, Churros saya keras macam belimbing besi,sebab tepung yg berlebihan. TEPUNG 1 CAWAN dah cukup ye, kalau lebih, confirm boleh baling dinding.
2. Masa nak masukkn & tepung, kebanyakan resepi suruh perlahankan api, Tapi saya TUTUP API masa tu.
Ikut petua, jangan uli tepung dengann air yang menggelegak, ini untuk mendapatkan churros yang berkulit rangup dn kerangupan tu tahan lebih lama…
3. Kalau agak agak doh panas lagi tak boleh uli dengan tangan, boleh je tunggu kejap, no hal Ambil masa anda untuk uli doh untuk uli doh bagi licin ye, tak perlu tergesa-gesa sebab kuih ni takde istilah bantat ke ape…
4. Seeloknya guna piping beg yang tebal kalau tak nak 10 kali tukar bag, kalau piping bag nipis mudah pecah.
5. Guna star nozle untuk corak belimbing yg cantik. Kalau nak guna acuan samprit pun boleh. Pada yang tak pentingkan rupa, nak gentel aje pun takde masalah.
Saiz Churros saya ni, agak dlm 2 inci setiap satu.
6. Pada yg expert pro master boleh je paip terus dalam minyak yang panas. Bagi amatur boleh paip dulu semua dalam dulang, biar saiznya seragam paip dulu semua dalam dulang untuk seragamkan. Selepas itu baru masukkan dan goreng baru campak semua sekali dlm kuali, masak pun seragam je.
Kredit: BBOS
Kebab Ayam Ringkas Pilihan Terbaik Untuk Bersahur

Bosan makan nasi tapi ingin hidangan sahur yang penuh tenaga dan ringkas. Beli roti pita segera dan hanya filling mengikut kegemaran anda.

KEBAB AYAM RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
• 3 keping roti pita
• 200gm isi ayam | dipotong dadu
• 1 ulas bawang putih | dicincang halus
• ½ biji bawang besar | dimayang halus
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos lada hitam
• 1 sudu besar mayones
• 8 helai daun salad | dibersihkan
• 2 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan mayones. Gaul hingga rata bersama isi ayam.
4. Potong roti pita dan letakkan daun salad.
5. Sudukan inti ayam tadi secukupnya. Hidangkan.
Info: Panaskan roti seketika untuk tekstur yang lebih lembut. Boleh juga letakkan cili padi kalau mahukan rasa pedas ‘terangkat’.
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
ATAU JUGA RESIPI INI :
Wanita Ini Tunjuk Step By Step Buat Wanpaku, Senang Sungguh Nak Buat
Mini Rainbow Roll Cake, Cantik Kejadian Sedap Dimakan

Mini Rainbow Roll Cake, cantik Kejadiannya makan pun sedap. Sangat comel dan cantik mini rainbow roll cake kukus. Sesuai untuk majlis hari jadi dan sebagai hantaran perkahwinan. Bila dihidangkan memang sekelip mata hilang jadi rebutan tetamu.
MINI RAINBOW ROLL CAKE

1 loyang 8″ lapik dengan kertas
- 6 butir telur
- 200 gram tepung
- 150ml minyak masak
- 200 gram gula
- 60ml santan atau susu cair (susu tepung campur air suam)
- 1 sudu makan Ovalet
- 1 sudu esen vanila
- sedikit garam
CARA MEMBUAT:
- Satukan telur, ovalet, gula, vanila dan garam ke dalam mixer dengan kelajuan tinggi sampai mengembang.
- Setelah bahan pertama mengembang masukan tepung sedikit demi sedikit sambil di mixer kelajuan sederhana dan sambil di kacau hingga 10 minit. Hentikan mixer.
- Masukan minyak beserta santan atau susu (jangan di mixer) cukup kacau guna spatula hingga rata.
- Bila sudah siap bahagikan adunan kepada 6 bahagian berikan pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
- Kukus adunan ikut turutan. Setiap 1 lapisan 10 minit. Selepas itu tuang dengan adunan warna lain dan seterusnya sampai selesai. Untuk kukusan lapisan terakir lebihkan masa 15 minit untuk masak sekata.
- Apabila kek sudah masak keluarkan panas-panas dari loyang.
- Kemudian potong kek nipis gunakan pembaris panjang dan potong dengan kemas.
- Filling boleh letak kegemaran anda seperti cream cheese, coklat, atau sebagainya. Gulung dengan kemas

INFO:
- Masa keluar dari pengukus terus terbalikan kek dan hati-hati kek panas. Kemudian potong nipis-nipis dalam anggaran 0.5cm. Kalau tebal masa gulung mesti patah.
- Untuk elakkan patah masa menggulung gunakan kain lembab.
KREDIT RESIPI: Aznie Khasri
KREDIT GAMBAR: Hasmona Abu Hassan
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Pulut Panggang Inti Ikan. Sajian Enak, Sesuai Untuk Minum Petang
Resipi Daging Goreng Kentang. Menu Mudah, Sedap & Cepat Masak
Resipi Kari Ikan Tongkol, Makan Dengan Nasi Atau Roti Ngam Sangat!

