Masakan tradisi kampung iaitu pisang muda dimasak gulai dengan rasa manis kelat buah pisang. Lebih enak dimakan dengan sambal belacan.
GULAI LEMAK PISANG MUDA
BAHAN-BAHAN:
- 1 sisir pisang emas muda
- 100gm tulang ikan talang masin | rendam
- 1liter santan pekat
- 2 batang serai | ketuk
- Garam dan perasa secukupnya
- 10 biji cili padi | kisar
- 2.5cm kunyit hidup | kisar
- Daun kunyit | mayang halus
CARA MEMASAK:
- Pisang emas, disiat kulitnya dan dipotong serong. (Jika suka boleh masukkan kulit pisang sekali dalam masakan)
- Masukkan semua bahan kisar bersama tulang ikan masin ke dalam periuk.
- Seterusnya tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
- Selepas itu,masukkan pula pisang tadi dan serai yang telah diketuk ke dalamnya.
- Taburkan daun kunyit hiris, biarkan mereneh.
- ambahkan garam secukup rasa, dan biar kuah sedikit pekat. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Kulit pisang juga boleh dimasukkan ke dalam gulai jika suka.