
Makan sejuk-sejuk memang nikmat. Bagi penggemar manisan, anda patut cuba resipi Agar Agar Buah @ Fruit Jelly perkongsian saudari Miz’s Shaliza ni. Mudah, sedap dan pelbagai rasa. Anda boleh menggunakan apa sahaja buah kegemaran. Buat sendiri memang puas hati. Anak-anak pun pasti suka bila tengok jeli warna warni dan banyak buah ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT AGAR AAGR BUAH @ FRUIT JELLY SEDAP
BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk agar-agar (clear) – beli online disini
200gm gula pasir halus (resepi asal 250gm) – beli online disini
1 liter air
Buah strawberi – potong dadu
Buah kiwi – potong dadu
Buah manga – potong dadu
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Kacau hingga semua bahan larut.
2. Kemudian masak sampai mendidih. Tutup api.
3. Ambil acuan lompang atau acuan lain yang bersesuaian. Sudukan potongan buah-buahan kegemaran.
4. Tuang cairan agar-agar ke dalam acuan yang sudah berisi buah tadi.
5. Simpan agar-agar di dalam peti sejuk hingga mengeras. Kemudian baru dikeluarkan dari acuan dan dinikmati.
6. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Miz’s Shaliza
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Sayur Pedas Timun Ikut Resipi Arwah Mak. Sedap Tak Terkata
Resipi Terung Goreng Bertuna. Sangat Sedap, Rugi Kalau Tak Cuba
Tambah Sedikit Soda. Petua Buat Cucur Manis Jadi Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Resipi Biskut Coklat , Boleh Masuk Dalam Senarai Biskut Raya Untuk Jualan.

Isi Kandungan
ToggleBiskut Raya memang istimewa dihidang tetamu, tak payah tunggu raya pun. Satu balang boleh habis tu sambil duduk bersantai depan tv. Senang dibuat dan tahan lama, inovasi baru biskut perisa coklat dari sentuhan kreatif Zaiton Ismail pemilik Dyra Bakery & Academy ini memang patut dicuba.
Rangup, enak dengan bentuk dan rupa yang menarik,jom semak 5 biskut berasaskan koko dan coklat ini. Boleh dibuat jualan masa puasa nanti.
1.DAISY CHOCOLATE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 110 gm gula aising
- 50 gm tepung ubi | diayak
- 20 gm serbuk coklat | diayak
- 300 gm tepung jagung | diayak
- 50 gm tepung kastad | diayak
- 1 sudu teh perisa coklat
- 1 biji telur
Bahan hiasan :
Manik gula warna perak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh.
4. Kemudian masukkan doh dalam acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
5. Susun manik sebiji di atasnya.
6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 15 minit
INFO : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.
2.CRANBERRIES CHOCOLATE CORN FLAKES COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 120 gm gula perang
- 1 biji telur
- 350 gm tepung gandum | diayak
- 30 gm serbuk coklat | diayak
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 50 gm corn flakes | diramas
- 30 gm cranberi | dipotong kecil
Bahan hiasan :
Coklat cair secukupnya sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik..
3. Masukkan pula serbuk coklat .Diikuti dengan corn flakes dan cranberi, gaul rata dan adunkan menjadi doh lembut
4. Bulat-bulatkan dan sudukan di atas dulang pembakar.
5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit atau perang keemasan.
6. Sejukkan kemudian boleh dilorekkan dengan coklat yang telah dicairkan dengan menggunakan beg piping.
INFO : Anda boleh juga menggunakan buah beri jenis lain seperti strawberi dan raspberi menggantikan cranberi jika suka.
3.DYRA RAISIN COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm mentega
- 100 gm gula perang
- 1biji telur
- 50 gm serbuk coklat | diayak
- 300 tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 100 gm kismis hitam campur kismis kuning
Bahan hiasan :
Coklat putih cair dan kismis kuning secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
3. Putar lagi dan masukkan tepung gandum.
4. Kemudian masukkan serbuk coklat diikuti dengan kismis.
5. Adun menjadi doh lembut
6. Bulatkan dan susun atas dulang pembakar.
7. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan, selama 18 minit.
8. Apabila sejuk hiaskan dengan coklat putih dan kismis di atasnya.
INFO : Anda boleh menambah kacang walnut atau jenis kacang lain untuk rasa lebih rangup.
4. BROWNIES COOKIES
BAHAN- BAHAN :
- 200 gm mentega
- 300 gm tepung gandum | diayak
- 50 gm serbuk koko | diayak
- 100 gm perang
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 20 gm coklat cip
- 1biji telur
Bahan hiasan :
- Cip coklat secukupnya
- Coklat cair untuk dipaipkan atas biskut
CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur.
2. Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata.
3. Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yang disukai.
4. Hiaskan dengan cip coklat.
5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
6. Sejukkan di atas redai, dan paipkan dengan coklat .
INFO : Jika mahukan rasa yang rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 minit
5. BUBBLE RICE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm mentega
- 80 gm gula perang
- 1 biji telur saiz C
- 30 gm serbuk koko | diayak
- 30 gm coklat masakan | dicairkan150 gm tepung gandum | diayak
- 100 gm bubble rice @ bertih beras
Bahan hiasan :
- Coklat warna merah muda yang dicairkan untuk paip atas biskut
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula perang.
2. Masukkan telur dan kemudian masukkan tepung gandum,
3. Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dicairkan diikuti serbuk koko.
4. Kemudian masukkan berteh beras, adunkan menjadi doh.
5. Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang
6. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 15- 17 minit
7. Setelah biskut sejuk paipkan dengan lorekan coklat.
INFO : Berteh beras dan koko memberi gandingan rasa yang cukup sedap dan pasti digemari tetamu.
Terima kasih :Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam.
fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail
Sambal Goreng Peria Ikan Bilis ‘Berhantu’, Gerenti Ketagih.

Korang suka tak sambal peria katak dengan ikan bilis? Mesti macam-macam riaksi, tapi walaupun ada sedikit rasa pahit, tetapi ia pahit-pahit lemak. Kena dengan ikan bilis rangup dan pedas cili, sambal ini boleh jadi ‘berhantu’. Apa taknya, ia boleh menghabiskan dua atau tiga nasi putih, memang ketagih punya. Memang sedap dan peria juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Berikut RASA kongsikan menu Sambal Goreng Peria Ikan Bilis yang gerenti sedap.
SAMBAL GORENG PERIA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm peria | hiris nipis
- 250gm ikan bilis | belah dua
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang mera
CARA MEMASAK
- Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Setelah bahan tumisan garing tutup api.
- Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
- Sambal goreng peria sedia dihidangkan.
6 Jenis Nasi Goreng Popular, Sedap Dan Pantas Di Masak Tika Bulan Puasa!

Isi Kandungan
ToggleAntara resipi nasi goreng popular di makan di kedai makan Thai, yang sungguh sedap. Tapi kalau dah pandai masak ni, tak perlulah lagi ke kedai Thai kalau nak makan. Sediakan sahaja bahan-bahannya dalam peti supaya memudahkan ketika memasak semasa nak berbuka nanti. Cubalah sebab tak susah nak membuatnya!
1.NASI GORENG CINA
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk nasi putih
- 1 – 2 sudu besar mentega
- Minyak masak
- Minyak bijan
- 3 – 4 ulas bawang putih – tumbuk
- 4 ulas bawang merah – hiris
- Isi ayam – potong kecil
- Udang secukupnya
- 1 sudu besar lada sulah – tumbuk
- 2 biji telur
Bahan Sayuran:
- Karot – potong dadu
- Cili padi – hiris
- Sayur kubis – hiris panjang
- Daun bawang – hiris halus
CARA MEMASAK:
- Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.
- Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.
- Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.
- Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi.
- Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
2.NASI GORENG PATTAYA
BAHAN-BAHAN:
- Sepinggan nasi putih sejuk
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
- 1 mangkuk kecil isi ayam
- 3 sudu besar sayur campur
- 3 tangkai cili padi diketuk
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil kicap
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 2 biji telur ayam
- Garam & kiub ayam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
2.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
3.Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
4.Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
5.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.
Proses Membungkus Nasi dengan Telur:
1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3.Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.
3. NASI GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan nasi sejuk, dileraikan
- 1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
- 5 tangkai kacang panjang, potong kecil
- 1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan
- 1 biji telur, dipukul sedikit
- 1 biji bawang besar, hiris
Bahan Tumbuk Halus:
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi merah Thai
- 1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
- Secubit belacan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna.
- Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali.
- Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
- Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi, Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit.
- Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai.
Kongsi resipi: tiffinbiru
4. NASI GORENG PAPRIK
Bahan Nasi Goreng: (3 orang makan)
- 3 mangkuk nasi
- 2 biji bawang merah (hiris)
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 2 seduk kecil cili kering blender
- 1 sudu besar paste tomyam
- isi ayam (ikut selera)
- sayur kubis (ikut selera)
- 2 sudu besar minyak masak
- garam gula secukup rasa
Bahan Paprik Campur:
- Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 helai daun limau purut
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar cili giling
- 1 sudu besar sos tomato
- sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
- garam dan gula secukup rasa
- 4 biji cili padi (diketuk)
CARA MEMASAK:
Nasi Goreng:
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.
Paprik campur:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.
5. NASI GORENG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 4 – 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
- Sebesar 2 ibu jari orang dewasa, isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
- 1 camca besar sos tiram
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 biji telur, dipukul sedikit
- 2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
- 1 biji bawang besar, hiris
- 2 ulas bawang putih, hiris
- Hirisan cili merah, untuk hiasan
- Hirisan daun sup, untuk hiasan
- Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yang telah digoreng, hiris kecil, untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1.Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
2.Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.
3.Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur.
4.Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Tambah daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Hidangkan.
Sumber : Koleksi Resepi Nasi Goreng Terbaik
6. NASI GORENG TOM YAM
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk nasi goreng:
- 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
- 1 biji telur
- 2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung)
- 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
- 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
- 2 batang serai, hiris nipis
- 3 helai daun limau purut, carik-carikkan
- 2 sudu besar sos sotong atau sos ikan
- sayur kobis, potong kecil
- karot, potong dadu kecil
- 2-3 helai sawi, hiris nipis
Bahan untuk tumbuk kasar:
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 6 biji cili padi
- Bahan untuk hiasan tambahan:
- keropok goreng
- telur goreng mata
CARA MEMASAK:
Cara-cara untuk nasi goreng tom yam:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
- Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.
- Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
- Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata.
Kongsi resipi: Che’Nom