Makan sejuk-sejuk memang nikmat. Bagi penggemar manisan, anda patut cuba resipi Agar Agar Buah @ Fruit Jelly perkongsian saudari Miz’s Shaliza ni. Mudah, sedap dan pelbagai rasa. Anda boleh menggunakan apa sahaja buah kegemaran. Buat sendiri memang puas hati. Anak-anak pun pasti suka bila tengok jeli warna warni dan banyak buah ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT AGAR AAGR BUAH @ FRUIT JELLY SEDAP
BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk agar-agar (clear) – beli online disini
200gm gula pasir halus (resepi asal 250gm) – beli online disini
1 liter air
Buah strawberi – potong dadu
Buah kiwi – potong dadu
Buah manga – potong dadu
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Kacau hingga semua bahan larut.
2. Kemudian masak sampai mendidih. Tutup api.
3. Ambil acuan lompang atau acuan lain yang bersesuaian. Sudukan potongan buah-buahan kegemaran.
4. Tuang cairan agar-agar ke dalam acuan yang sudah berisi buah tadi.
5. Simpan agar-agar di dalam peti sejuk hingga mengeras. Kemudian baru dikeluarkan dari acuan dan dinikmati.
6. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Miz’s Shaliza
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official