7 Resipi Ikan Untuk Seminggu! Bukan Setakat Teruja, Terliur Habis…

Share

Atie Jumaat Pengguna FB yang berkongsi koleksi resipi masakannya di FB miliknya menulis setiap resipinya boleh dikongsi pada setiap gambar yang dimuat naik.

Memang seronok betul tengok resipi-resipi yang dimuat naik. Koleksi Resipi Ikan benar-benar membuatkan netizen teruja untuk mencuba. Melihat gambar sahaja boleh buat kita pecah selera.

“Share je Kalau Sudi… Atie Izinkan” Ini yang ditulisnya pada setiap gambar.

Tulisannya ini memang amat bermakna sekali buat semua pengguna FB yang ingin mencari resipi. Moga keikhlasanya ini akan dibalas dengan seribu kebaikan.

IKAN KUKUS CHINESE STYLE
=======================

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan siakap 1 ekor
  • Halia 3 inci (mayang halus)
  • Lada merah (hiris mancis)
  • Daun bawang (hiris mancis)
  • Daun sup (hiris kasar)
  • Minyak bawang putih 4sbBAHAN SOS:
  • Soya sause 2sb
  • Kicap pekat manis 1sb
  • Minyak bijan 2sb
  • Gula perang 1sb
  • Cili padi 1 biji (hiris halus)CARA MEMASAK:
    1. Cuci ikan kelar2 kan badan ikan..letak atas pinggan selit2 kan halia kukus sampai masak..
    2. Panaskan minyak 2sb pastu  goreng bawang putih yg dah dicincang sampai kekuningan..angkat
    letak tepi dulu..
    3. Kemudian masukkan kesemua bahan sos..taruk air 1/2 cawan.. masak sampai mendidih..tambah
    apa yg kurang ikut selera sendiri k
    4. kemudian curahkan kuah sos ke atas ikan..taburkan minyak bawang putih dengan bawang2 sekali
    5. Hiaskan dengan daun sup, daun  bawang, halia dan lada merah.. Siap 😀

SALMON BAKAR & SOS LADA HITAM
=============================
BAHAN IKAN

  • Ikan Salmon 1 keping
  • Serbuk lada hitam 2sb
  • Paprika 1sb
  • Minyak bijan 1sb
  • Minyak zaitun 1sb


CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan semua bahan ke ikan.. Perap 2 jam..Pastu bakarBAHAN SOS:
  • Serbuk lada hitam 3sb
  • Oregano 1sk
  • Paprika 1sk
  • Sos Tiram 1sb
  • Kicap manis 1sb
  • Gula perang 1sb
  • Susu HL 5sb
  • Air 1/2 cawan

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua sekalimasak hingga mendidih..
  2. Tambahlah apa yg kurang ikut selera sendiri ..
  3. Bila dah siap..Curahkan sikit sos pada ikan yg telah dimasak..Siap

PAIS IKAN DAUN BARU
===================
BAHAN-BAHAN:

  • Ikan daun baru (apa2 ikan pun boleh)
  • Daun kunyit 1 helai (hiris halus)
  • Daun pisang (untuk bungkus)
  • Air Asam jawa (secukup rasa)
  • Santan pekat 5sb
  • Gula perang
  • Garam

BAHAN KISAR:

  • Lada merah 5 tangkai
  • Serai 4 batang
  • Bawang merah 7 biji
  • Bawang putih 4 bij
  • kunyit hidup 2 inci

CARA MEMASAK:

  1. Basuh ikan dan kelar2 sikit
  2. Kisar bahan kisar sampai betul2 halus..Dan campukan semua bahan Gaul2 sebati..tambah perasa ikut
    citarasa masing2..
  3. Lumurkan bahan rencah ke ikan., bungkus ikan..dan bakar hingga masak.
  4. cicah dengan sambal kicappun sedap..

IKAN SIAKAP KUKUS MASAM MANIS
=============================
BAHAN-BAHAN:

  • Ikan siakap 1 ekor
  • Halia 3 inci (mayang halus/goreng)
  • Daun bawang (hiris mancis)
  • Lada merah (hiris mancis)
  • Limau nipis (hiris nipis)

    BAHAN PERASA:

  • Sos plum 3sb
  • Jus limau nipis 4sb
  • Gula perang 2sb
  • GaramBAHAN KISAR:
  • Halia 3 inci
  • Bawang putih 4 biji
  • Cili padi 2 tangkaiCARA MEMASAK:
    1. Basuh ikan bersih2..pastu kukussampai masak..Air yg keluar dari ikan buang ye..letak tepi dulu
    2. Panaskan minyak zaitun 2sb..goreng  halia yg dah dihiris sampai kekuningan, angkat dgn minyak2 sekali..letak tepi dulu
    3. Kemudian terus taruk bahan kisar tumis kejap..Pastu taruk Air 1/2 cawan biarkan mendidih..
    4. Masukkan bahan perasa..biarkan mendidih..tambah apa yg kurang.. manis masam pedas..ikut selera sendiri
    5. Akhir sekali curahkan kuah ke atas ikan dan taburkan halia goreng tadi dengan minyak2 sekali.. serta taburkan
    daun bawang dan lada besar

SUP KEPALA IKAN MERAH
=====================
BAHAN-BAHAN

  • Kepala ikan merah 1
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Limau nipis
  • Gula garam

BAHAN TUMIS:

  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Buah pelaga   (ambik sikit2 je)

    Bahan Tumbuk (tumbuk lumat k)

  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 3 biji
  • Halia 1 inci
  • Cili padi 3 tangkai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak..Tumis rempah  tumis..masukkan bahan tumbuk dan umis sampai kekuningan
  2. Masukkan Air (agak2) biarkan mendidih..dah mendidih masukkan kepala ikan, gula garam secukup rasa.
    tutup biarkan sampai masak.
  3. Masa nak hidang..tapis kuah sup supaya nampak cantik dan perahkan asam limau..taburkan
    bawang goreng dan daun sup..

 


IKAN SIAKAP KUKUS AIR ASAM
************************************
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor Ikan siakap
  • 1 1/2 cawan Air asam jawa
  • 2 sb Sos cili cap Arnab
  • 1 sb Gula perang
  • Garam

BAHAN KISAR:

  • Bawang besar 1 biji
  • Tomato 1 biji
  • Cili padi 3 tangkai

CARA MEMASAK:

  1. Ikan kukus dulu.
  2. Bahan kisar cincang2 dulu pastu campur  dengan semua bahan kecuali ikan..kisar kasar2.
    dan curahkan ke atas ikan… siap!! 😀


IKAN MERAH MASAK DETOX
••••••••••••••••••••••••••

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan merah bahagian ekor 1
  • Lada hitam 1s (tumbuk)
  • Bawang putih goreng
  • Halia goreng
  • Daun bawang
  • Cili padi (cincang)
  • Serai (hiris nipis)

BAHAN SOS:

  • Kicap soya cair 2sb
  • Sos plum 1sk
  • Gula perang 1sb
  • Minyak bijan 1sb
  • Minyak zaitun 1sb

CARA MEMASAK:

  1. Lumur ikan dengan kicap soya cairdan minyak zaitun..perap 1 jam..kemudian. Bakar..taruk minyak 1 sudu..
  2. Halia potong mancis pastu goreng, Bawang putih cincang2 pastu goreng. Angkat letak tepi dulu.
  3. Satukan semua bahan Sos..taruk lada hitam ..air sikit.. biarkan mendidih..rasa dulu
    ikut selera masing2…pastu curahkan ke  atas ikan..
  4. Taburkan halia bawang putih goreng, cili padi,serai dan daun bawang. perahkan lemon kalau suka.
Published by
Mastura Abu Kassim