Selera bila duduk rumah ni, memang lain macam kan. Apa-apa resipi yang terlintas dalam online, mesti kita nak cuba.
Nah, resipi ini pasti boleh menambat selera ahli keluarga di rumah kan. Lebih-lebih lagi resipi mee kari netup pong pong menjadi bualan apabila ramai yang berkongsi akan kesedapan mee kuning dengan kuah kari yang pekat.
Jadi apa kata kita mula masak kuah mee kari netup pong pong hasil resipi Afy Al Habibi ini. Tengok pada bahan-bahan, sesuai untuk empat hingga lima orang makan. Seronok dapat makan satu keluarga!
MEE KARI NETUP PONG PONG
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang merah (saiz bola ping pong)* – beli online di sini 1 ulas bawang putih* – beli online di sini ½ sudu besar ketumbar+jintan manis* Sehiris nipis halia* Dua hiris bulat nipis serai* – beli online di sini 7 ekor udang kering* – beli online di sini (Kisar semua bahan bertanda * sehingga lumat) ½ sudu besar cili boh – beli online di sini Sebatang serai Setangkai daun kari 1 cawan air Secubit asam jawa 1 keping gula melaka – beli online di sini 1/3 sudu besar garam Serbuk perasa 3 ketul ayam | dicincang kecil-kecil Segenggam kerang 3 cawan santan – beli online di sini ½ kiub pati ayam
3 sudu besar rempah kari – beli online di sini ½ sudu kecil serbuk kunyit – beli online di sini Secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah ½ sudu besar serbuk lada
BAHAN TAMBAHAN:
Tauhu pok | dibelah empat Fishcake Fishball goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai dan masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan cili boh.
4. Kacau sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan air dan secubit asam jawa. 5. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama iaitu gula melaka, garam dan serbuk perasa. Kacau. Pada waktu ini juga, tutup periuk agar tumisan mereneh sehingga pecah minyak kira-kira selama 7 hingga 8 minit.
6. Apabila keluar lapisan berminyak, itulah yang dikatakan pecah minyak. Kemudian, barulah masukkan ketulan ayam yang dicincang kecil dan kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang). Kacau rata.
7. Selepas 10-15 minit, tumisan mendidih dan boleh dikatakan isi ayam sudah masak. Masukkan santan dan diikuti secawan air (tengok kepada kepekatan dan sukatan kuah yang diingini). Kacau rata. 8. Kemudian, perasakan kuah peringkat kedua iaitu masukkan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.
9. Masukkan kiub ayam untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih. 10. Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah pada akhir proses masakan. Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mee kari yang sangat lazat!
Ads
BAHAN SAMPINGAN UNTUK DIMAKAN BERSAMA MEE KARI:
Telur rebus Fishball putih | dicelur seketika Fuchuk goreng kering | beli siap lalu digoreng sampai garing – beli online di sini Tauhu | digoreng Kacang panjang | dicelur seketika dan direndam dalam ais Taugeh | dicelur seketika dan direndam dalam ais Limau kasturi – beli online di sini Cili merah – beli online di sini Daun sup Bawang goreng
Hari minggu, tapi tak ada mood nak ke pasar, lauk dalam peti sejuk pun hanya tinggal sotong. Apa kata anda cuba resipi Sambal Sotong Lengkuas, senang je nak masak. Lagipun sotong tak sampai 15 minit dah masak, makan dengan nasi putih memang terangkat. Sedappp.
SAMBAL SOTONG LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong saiz XL | bersihkan dan hiris bulat besar
150gm lengkuas | parut atau kisar kasar
1 biji bawang besar | hiris
1 keping asam gelugur
150ml santan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
12 biji cili padi
2 batang serai
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Gaulkan sotong dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Masukkan dalam kuali.
Setelah sotong kecut, tutup api dan toskan sotong.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan santan, asam gelugor dan parutan lengkuas yang telah diperah airnya.
Masukkan sotong kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Puding tiramisu cukup sedap dijadikan pencuci mulut dan manisan yang enak.Cuba check ada tak susu pekat, susu cair, tepung kastad dan biskut Marie dah boleh buat puding tiramisu ini.
Menurut empunya resipi gunakan dalam bekas besar lebih senang, kalau nak buat dalam cawan dadih lambat juga nak siap satu satu. Sedap dimakan sejuk-sejuk bila keluar peti sejuk. Tapi kalau untuk jualan boleh guna cawan tu.
🍮PUDING TIRAMISU
BAHAN-BAHAN : 1 tin susu pekat 1 tin susu cair 5 tin air(guna bekas tin susu tadi untuk sukat air) 11 sudu makan tepung kastad(penuh membukit) Biskut marie(nak sedap cari yang perisa kopi) Milo secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Masukkan susu sejat,susu pekat,air dan tepung kastad ke dalam periuk,kacau bagi sebati semua dulu kemudian baru buka api sederhana.. 2. Kacau sampai pekat dan berkilat,tutup api.. 3. Masukkan kedalam bekas/cup ataw apa2 yang sesuai secara berlapis.. 4. Kastad,biskut,tabur milo kemudian kastad dan ulang lagi kastad,biskut,milo sampai last biar tinggal kastad jaa.. 5. Lepas tu blend kasar sedikit biskut dengan milo untuk tabur bahagian atas(tapi yang ni saya blend biskut asing, tak campur milo)saya tabur dulu milo,lepastu baru tabur biskut yang dikisar. 6. Siap..Masuk freezer,tunggu sejuk dah boleh makan..Sejuk ja lalu tekak😋😋
Sos ikan atau nampla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.
foto: intihasilindo.com
Bahan penambah rasa ini boleh dikatakan sebagai bahan masakan yang tidak asing lagi bagi masyarakat yang tinggal di Asia Tenggara dan kawasan pantai Asia Timur serta digunakan secara meluas dalam masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam.
Cecair berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada pemeraman ikan dengan garam laut ini biasanya digunakan sebagai penambah perasa di dalam pelbagai jenis masakan. Selain ditambah kepada hidangan semasa proses memasak, sos ikan juga digunakan dalam penyediaan kuah celupan yang sesuai dinikmati bersama hidangan ayam, daging dan juga makanan laut.
Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin.
Nak belajar cara buat sos ikan sendiri? Ini resipinya. Dengan menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yang digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.
foto: http://ichef.bbci.co.uk
RESIPI SOS IKAN NAMPLA
BAHAN-BAHAN:
600gm ikan tenggiri
5 ulas bawang putih | dicincang kasar
1 biji limau nipis | diambil jusnya
5 helai daun salam
2 sudu kecil lada hitam
2 cawan air masak
1 sudu besar garam kasar
CARA MEMBUAT:
Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan,.
Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
INFO YANG ANDA PERLU TAHU:
Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bagi mengelakkan sos ikan yang anda hasilkan keluar dari bekas.
Di Thailand, penggunaan sos ikan boleh dikatakan digunakan di dalam setiap jenis hidangannya seperti tomyam, sup, hidangan kacau goreng dan juga kerabu. Ia memberikan rasa enak yang luar biasa dan mempunyai rasa berbeza dengan sajian yang sama tetapi hanya menggunakan bahan perasa yang biasa.
Berikut RASA kongsikan beberapa resipi kerabu yang menggunakan sos ikan sebagai bahan perasanya. Selamat mencuba!
1. KERABU SOTONG BERSUHUN
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | dibersihkan
6 biji limau kasturi
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh gula
1 tangkai daun ketumbar | dicincang kasar
5 biji cili api |hiris
2 kuntum bunga kantan | dihiris nipis
150gm suhun | dicelur
200ml air
1 batang serai | dititik
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Sotong yang siap dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong bunga.
Panaskan air dan celurkan sotong bersama serai, halia serta sedikit garam. Angkat dan toskan airnya.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk bersesuaian. Gaul rata.
Perasakan denagn menambah gula, sos ikan dan kicap cair dengan secukupnya. Gaul hingga sebati.
Sedia untuk dinikmati.
2. KERABU PERUT
BAHAN-BAHAN:
1 kg perut lembu | dibersihkan
Kacang panjang secukupnya | dihiris halus
3 ulas bawang merah | hiris halus
10 biji cili padi | dihiris halus
3 biji limau nipis | ambil jusnya
1 biji tomato | hiris
2 batang serai |hiris halus
5cm halia | hiris tipis
Daun kesum | dihiris halus
1 sudu teh sos ikan
CARA MEMASAK:
Rebus perut lembu bersama garam dan halia sehingga empuk. Toskan airnya dan hiris nipis.
Masukkan perut ke dalam bekas dan masukkan bahan-bahan yang dihiris. Gaul rata.
Kemudian masukkan jus limau nipis dan gaulkan hingga semua bahan sekata.
Masukkan sos ikan dengan secukup rasa dan gaul lagi sekali biarkan sekata .
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!