Terliur Tengok Ikan Keli Percik, Jom Cuba Cara Mudah Untuk Buat

Share

Bab lauk-lauk percik ni, memang sedap untuk makan tengahari. Boleh buat kecur air liur.

Menerusi perkongsian daripada saudara Zaky Mat Ali ini, resipi dan cara yang ditunjukkan sangat mudah.

Jom cuba buat!

IKAN KELI PERCIK

BAHAN-BAHAN:

6 ekor ikan keli 
2 kotak kecil santan – beli online di sini
8-10 bawang merah – beli online di sini


4 ulas bawang putih – beli online di sini 
2 sudu serbuk kunyit – beli online di sini
2 inci halia – beli online di sini
6 tangkai cili kering atau 3 sudu cili giling – beli online di sini
2 batang serai – beli online di sini
1 sudu kecil asam jawa – beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa

Tonton Dapur Rasa Live: Mangolian Beef

(UNTUK PERAPAN IKAN KELI)

3 sudu serbuk kunyit – beli online di sini


2 sudu garam – beli online di sini

CARA-CARA:

1. Ratakan serbuk kunyit dan garam pada keseluruhan ikan keli, kemudian panggang.
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering. Masukkan bahan kisar kedalam periuk. Masukkan bersama santan dan serbuk kunyit.


3. Masukkan asam jawa dan serai yang di ketuk. Kacau perlahan- lahan.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Curah kuah percik ke atas ikan keli semasa dipanggang.

Kredit resipi: Zaky Mat Ali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff