Datuk Ruhaidini Abdul Kadir, Setiausaha Akhbar kepada YB Menteri KKLW, seorang wanita yang sangat sibuk dengan tugas hariannya. sebagai orang kuat seorang menteri, semestinya tugasnya sangat padat. Namun tanggungjawabnya sebagai eorang isteri dan ibu berkerjaya tidak langsung menjadi alasan kepada beliau untuk tidak turun ke dapur. Malah memasak adalah ‘passion’ ibu kepada dua anak bujang ini.
“Saya suka memasak dan memang dari dahulu suka ke dapur. Setiap hari mesti nak masak sesuatu. Terus terang, setiap pagi saya pasti memasak waima satu lauk pun. Itu sudah cukup membuatkan hati saya merasa lega untuk keluar bekerja.”
Malah setiap hari kalau ditengok update nya di FB, beliau akan menyediakan hidangan dua tiga jenis lauk untuk suami dan anak-anak sebelum keluar bekerja atau mempunyai urusan luar.
SUMBER DARI FB DATUK RUHAIDINI
Ads
Lebih menarik lagi setiap hidangan yang disediakan sangat menyelerakan. Dan ternyata masakan kampung menjadi pilihannya sekeluarga. Kalau tengok gulai yang dimasak, memang kita ikut terliur dan secara langsung terasa mahu masak menu yang sama pula. Sebutlah apa sahaja masakan kampung semua terlihat sangat menyelerakan.
Dari gulai tempoyak, masak lemak, gulai kari, asam pedas, pindang, asam rebus, rendang, sambal daun kayu, sambal tempoyak, kerabu, ulaman, nasi lemak, kuih muih dan apa sahaja yang dikongsi di laman FBnya sentiasa membuatkan rakan-rakan FB teruja.
Bukan sahaja pandai memasak, malah masakannya juga mendapat pujian rakan-rakan. Sikapnya yang suka menjamu tetamu juga membuatkan beliau sangat disenangi ramai. Malah beberapa rakan yang penulis kenali memberitahu masakannya memang terbaik.
Begitulah hebatnya wanita ini. Kerjaya yang besar, kesibukan tugas yang perlu diuruskan setiap hari, langsung tidak menjadi penghalang untuk menjaga perut suami dan anak-anak kerana beliau tahu, masakan seorang isteri dan seorang ibu menjadi pengikat kasih sayang keluarga.
GULAI ASEROM – GULAI TRADISI ORANG PAHANG
“Pertama kali dalam hidup, saya belajar masak gulai aserom (gulai tradisi orang Pahang sebelah Raub khususnya).Saya belajar dengan kakak saya; Hajjah Jamilah (yang tinggal di Kampung Batu Malim, Raub) yang memang pakar memasak gulai aserom.Gulai aserom ni berasaskan buah perah yang tumbuh melata di hutan. Petua masak aserom mesti pedas kemudian dicampur bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Rasa gulai aserom ayam kampung yang saya masak pagi ni? Winnnnnnn gilerrr!!!
RESIPI
Gulai ayam kampung aserom + bunga kantan + daun kesum
CARA MEMASAK:
Cili padi, kunyit hidup dan garam kasar ditumbuk lumat
Buah perah yang telah bertukar rupa menjadi aserom ditumbuk lumat bersama bahan2 yang ditumbuk awal
Adunan aserom dan bahan2 yang telah ditumbuk lumat
Masuk bahan2 yang ditumbuk ke dalam periuk, masukkan ayam kampung, air (ikut pekat yang dimahu) reneh hingga mendidih.
Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum. Remeh hingga ayam betul2 masak
Ads
INFO:
Buah perah yang tumbuh di hutan, apabila sudah masak akan jatuh ke tanah. Kulitnya dikupas dan diambil isinya,
Buah perah yang telah dijemur kering kemudian ditumbuk dan diperap menjadi aserom.
Ads
Terima Kasih Datuk Ruhaidini atas perkongsian dan kebenaran untuk menyiarkan artikel ini.
Setiap kali menjelang Ramadan, masakan yang sering menjadi sebutan pastinya masakan kampung terutamanya air tangan bonda tercinta. Setiap kali itulah anak rantau mula mengimbau keenakan masakan kampung air tangan bonda. Teringat zaman kanak-kanak, tak kala menjelang petang sibuk menunggu atau membantu ibu menyiapkan juadah berbuka puasa. Kali ini, Hotel Armada berkongsi menu istimewa warisan bonda.
GULAI TUMIS DARAT IKAN TALANG MASIN BERSAMA JERING
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan masin talang
200gm buah jering
300ml santan
2 peket kecil rempah kari ikan
1-2 cawan air
BAHAN TUMIS:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
½ sudubiji sawi
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Sediakan periuk, masukkan isi dan tulang ikan talang bersama serbuk rempah kari. Tambahkan sedikit air.
Masak seketika supya rempah masak dan sehingga tulang ikan tersebut lembut.
Masukkan jering dan isi ikan talang. Masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan kacau sehingga rata. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi mesra. Rasakan garam.
Tumiskan bahan tumis di dalam kuali yang berasingan bersama sedikit minyak. Tumis sehingga garing dan wangi.
Tuang bahan tumisan ke dalam periuk yang berisi ikan masin tadi. Minyak yang ditumis jangan di masukkan semua.
Kacau sehingga rata dan tutup periuk rapat supaya bau tumis meresap ke dalam kuah.
Siap untuk di hidang.
INFO CHEF: Untuk mengurangkan rasa masin ikan masin, anda rendam ikan masin sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak. Kemudian cuci bersih.
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN:
1kg udang putih | saiz XL
2 biji bawang merah | hiris bulat
100gm isi petai | bersihkan
2 batang serai | titik
100gm belacan
1 sudu makan pes asam jawa
200gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
200gm bawang merah
200gm bawang putih
100gm halia
300gm cili giling
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang, kemudian tapis.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng udang hingga kemerahan, Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali lain.
Masukkan bahan-bahan kisar.
Tums hingga naik bau, masukkan petai dan tunggu sehingga mendidih.
Barulah masukkan udang dan bawang besar yang telah dihiris tadi.
Kacau perlahan-lahan. Masukkan air asam jawa, serbuk perasa dan gula secukupnya.
Kecilkan api, apabila timbul minyak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Untuk mengurangkan rasa petai yang kuat, goreng dahulu petai separuh masak.
KETAM BERLADO BONDA
BAHAN-BAHAN:
1kg ketam bunga | potong dua
4 sudu makan pes cili kering
5 ulas bawang merah | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris halus
1/2biji bawang besar dipotong bulat
Daun bawang dan daun ketumbar secukupnya | hiris halus
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak Masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih hingga wangi, diikuti dengan bawang merah yang di hiris halus.
Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak, kemudian kacau sehingga sebati.
Masukkan bawang besar. Biar sehingga bawang besar layu. Barulah masukkan ketam dan air asam jawa. Kacau rata.
Tutup kuali supaya ketam masak dengan sekata.
Kemudian, buka penutup kuali dan kacau hingga pecah minyak dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa..
Hiaskan hidangan dengan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.
INFO CHEF: Jika suka boleh goreng dahulu ketam, kemudian masukkan selepas bahan tumisan pencah minyak.Dan tidak perlu tunggu lama.
TULANG LEMBU GULAI KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu
500ml santan pekat
500gm cili giling
2 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
6-8 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu makan ketumbar
CARA MEMASAK:
Bersihkan tulang, kemudian rebus hingga empuk.
Kemudian masukkan semua bahan kisar, kacau rata.
Masak seketika di atas api sederhana beberapa minit atau hingga mendidih seketika.
Seterusnya masukkan serai,santan pekat dan asam gelugor.
Kacau rata dan biarkan ia mendidih lebih kurang 3-4 minit.
Akhir sekali masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah secukup rasa,angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika anda tidak suka cili kering giling boleh tukar dengan cili padi.
AYAM KAMPUNG DAUN MAMAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor Ayam Kampung | potong kecil
300gm daun maman | ambil daun dan pucuknya sahaja
1helai daun kunyit | simpul
3 batang serai | titik
500gm santan pekat
200gm asam gelugor
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3 biji cili merah
3cm kunyit hidup
2cm halia
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan toskannya .
Masukkan dalam periuk bersama bahan kisar. Gaul rata.
Seterusnya masukkan sedikit air, serai dan asam gelugor, biarkan ia mendidih dan sekali sekala kacau.
Setelah empuk, masukkan daun kunyit dan maman serta santan pekat.
Biarkan seketika, setelah mendidih perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup.
Bila sudah masak, angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Lebih lama diperangatkan gulai ini ia lagi sedap.
IKAN MERAH MASAK KUAH LADA
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan merah | potong besar
500ml santan pekat
1 sudu makan kerisik kelapa
1 sudu makan ketumbar | kisar kasar
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
2 sudu makan cili giling
2 sudu makan kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
2 tangkai daun kari
3 sudu makan minyak masak
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
6-8 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
3cm halia
4cm kunyit hidup
3cm belacan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan masukkan daun kari.
Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik baunya.
Masukkan cili giling. Apabila sudah naik bau, masukkan lada hitam, ketumbar dan rempah kari. Biarkan masak seketika.
Kemudian masukkan ikan merah, santan dan air asam jawa.
Kacau sehingga rata dan biarkan mendidih
Seterusnya masukkan kerisik, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Kecilkan api dan biarkan mereneh 3-4 minit.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan merah,anda boleh gunakan ikan lain, ikut citarasa.
SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging lembu | potong kecil
3 keping asam gelugor
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
3 batang serai | titik
3-4 batang kacang bendi | potong dua
BAHAN KISAR:
6-8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
4cm kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Daging dibersihkan dan ditoskan.
Tumiskan kesemua bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik baunya.
Masukkan sedikit air dan dan asam gelugor biar sehingga mendidih.
Kemudian masukkan daging yang dipotong tadi dan masak sehingga empuk.
Bila sudah masak, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Siap untuk dihidang.
Enak dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Sesetengah negeri, singgang daging tidak ditumis atau dicampur dengan kunyit.
SOTONG MASAK KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong putih | buang kulit arid an hiris bulat
2 biji bawang besar | hiris
2 biji cili merah dan cili hijau | hiris
2 biji tomato | belah 4
50 gm serbuk kunyit
1 sudu teh biji sawi
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 gm bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan sotong, bawang besar, cili padi dan serbuk kunyit.
Kacau lebih kurang dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah sotong masak dan cukup rasa, taburkan sedikit biji sawi, cili merah, cili hijau dan tomato sebagai hiasan hidangan.
Tutup api, sotong sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jangan masak sotong terlalu lama,ia akan menjadi keras semula.
Sedapnya ayam BBQ. Ni ada cara mudah untuk buat perapan ayam BBQ yang sedap dan sesuai untuk sajian keluarga, berkelah atau majlis hari jadi. Bahan yang digunakan sangat mudah dan mudah didapati. Lagi lama perap, lagi sedap rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Amira Hasan ni. Pasti puas hati.
RESIPI CHICKEN WINGS SWEET SPICY
BAHAN-BAHAN:
1kg kepak ayam – bersihkan
Kicap manis secukupnya
1-2 sudu makan sos tiram
2-3 sudu makan madu
2-3 sudu makan sos cili pedas
Serbuk sweet paprika atau serbuk cili secukupnya
1 sudu makan serbuk lada hitam
10 ulas bawang putih – tumbuk lumat
2 inci halia – tumbuk lumat
Sedikit kunyit hidup – tumbuk lumat
Perencah cukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi ayam.
3. Gaul rata dan perap ayam selama 1 jam atau lebih. lebih lama perap lagi sedap rasanya.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak ayam menggunakan api perlahan hingga masak sepenuhnya. Disarankan menggunakan kuali non-stick. Boleh juga dibakar menggunakan arang atau ketuhar.
Cucur Ayam perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni sangat sempurna jika dijadikan hidangan minum petang. Malah kalau nak dijadikan menu untuk potluck atau bekal juga sesuai. Boleh tambah aneka sayur seperti daun sup, kucai, daun bawang atau bayam untuk menjadikannya lebih berkhasiat. Anak-anak pasti berselera. Cubalah.
RESIPI CUCUR AYAM @ BEBOLA AYAM BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
Ayam – ambil bahagian isinya sahaja
Bawang merah – hiris dadu
Cili merah
Daun sup/daun kucai/daun bawang – ikut citarasa
Sedikit garam
1-2 biji telur – jika guna banyak isi ayam, lebihkan.
CARA MEMASAK:
Rebus isi ayam terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam pengisar, letak sikit air dan kisar hingga hancur.
Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan-bahan lain. Gaul hingga sebati.
Panaskan minyak dan goreng bancuhan ayam tadi guna api sederhana.
Masak hingga kekuningan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.